Giveaway Buku Himpunan Kuih Muih Tradisional Etnik Melaka

Ahad, April 25, 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Pagi-pagi ni Eza nak join lagi satu Giveaway. Menariknya hadiah yang ditawarkan adalah buku iaitu Buku Himpunan Kuih Muih Tradisionl Etnik Melaka. Syarat pun mudah sangat. Apa tunggu lagi tu guys, jom kita join. Sila click banner di bawah. Tamat pada 29 April 2021. Cepat join!

Eza sebenarnya sejenis manusia yang akan refer buku resipi bila masak benda yang tak selalu dimasak. Sikit-sikit belek buku untuk tengok bahan-bahan dan langkah masakan. Setakat ini Eza dah beli tiga edisi resipi buku masakan. That's why Eza berminat nak join giveaway ini. Mana tahu rezeki kan. Kita hanya berusaha. Ye dakkk?

Eza nak tag mana-mana blogger yang baca entry ni. Aci tak? Hehehe. Sama-sama kita support rakan blogger kita ni. 

Salam Ramadhan dan happy blogging you all!💛

Read More

GIVEAWAY RAMADHAN BY SHFYQHAZHR.COM

Sabtu, April 24, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca. Hari ni dah Sabtu. Of course la Eza update blog. Hari ni bukan-bukan busy dia. Penat dari pagi hingga ke tengah hari. Keletihan sangat sampai tertidur tiga jam. Bangun-bangun dari tidur ada tugasan belum settle, lepas tu selesaikan dulu kerja. Barulah fikir menu berbuka yang serba ringkas. Minum air yang banyak. Makanan yang ringan-ringan. Nasi tak tersenarai dalam menu hari ni. 

Nak join sekali Giveaway ni, click je banner bawah ni. Eza dah siap-siap backlink. Tarikh tutup pada 30 April 2021. Jom jom! Hadiah comel giler!
  

Kita beralih kepada Impian Raya Eza Boom Boom Tahun 2021 ini. Senarai impiannya adalah:

Elak pembaziran 👻👻

Ini impian Eza paling utama. Belajar dari kesilapan tahun lepas. Membazir banyak beli kek lapis Sarawak. Dalam tiga ratus jugak melayang. End up tak balik kampung pun. Kek tak habis makan, dan rosak. Semua kek sedap tetapi mungkin sebab tekstur kek adalah lembab jadi tak tahan lama walaupun simpan dalam peti ais. So, tahun ini kaedahnya Eza beli seloyang je kek iaitu kek belacan by my Sister-In-Law (SIL). Eza lebih suka jenis kek kukus dari kek yang dibakar. 

Jamu keluarga terdekat menu sedap 😋😋

InsyaAllah, impian di hari raya yang pertama nak jamu keluarga sebelah husband dan keluarga abang Eza ke rumah. Mungkin Eza ada masak sikit. Ataupun tempah catering sahaja. Kita tengok tahap kerajinan Eza macam mana ya. HAHA. Jamu makan keluarga ni best bila nampak mereka berselera makan juadah yang dihidangkan. Satu kegembiraan yang tidak dapat digambarkan. Pemilihan menu pun kena rancang lebih awal lagi mengikut bajet yang ditetapkan. Ini kerana jarak gaji Mei ke gaji Jun boleh tahan tempoh harinya. Oleh itu, beringat sebelum berbelanja. 

Tak beli baju raya 👕👖👘👚

Ini telah dipersetujui oleh jemaah mesyuarat suami isteri. Guna baju last year. Persoalannya, masih muatkah? HAHA. Tema masih samalah maksudnya hijau dan maroon. Baju tu harga boleh tahan, tapi baru pakai tak sampai lima kali. Sama kes dengan baju melayu husband. So, agak sayang jika nak beli baharu lagi. Harapnya impian ini kekal sama sehingga raya menjelang. Risau jugak Eza terpujuk oleh nafsu nak beli baju raya pulak last-last minute nanti. 

Bagi duit raya lebih 💰💸🤑

InsyaAllah akan start memberi kepada yang terdekat di hati. Family. Last year macam tak ada bagi duit raya. So, start tahun ini akan mula memberi kepada ahli keluarga. Kena ready beli sampul raya ni. Bolehlah nampak anak-anak buah mengukir senyuman di pipi comel mereka. InsyaAllah murah rezeki selalu untuk lebih memberi. Ada juga bercadang untuk buat simple giveaway duit raya dekat blog dan twitter. Tapi tengok dulu macam mana. Jika tiada aral melintang, Eza akan proceed dengan giveaway tersebut. Al maklum kerja Eza tak dijangka tahap sibuknya, tak dapat nak janji. 

So, itulah antara impian Eza untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Moga sentiasa dirahmati Allah dan dilindungi daripada segala penyakit yang berbahaya. 

Salam Ramadhan 💜

Read More

TQ POST #5 - Terima Hadiah Daripada Ako Tetap Ako

Sabtu, April 17, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Apa khabar di hujung minggu ni? Lepas settle taip entry ini, insyaAllah Eza terus je nak masak untuk juadah berbuka puasa nanti. Hari ini hari ke-5 kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa yang merupakan Rukun Islam yang ke-tiga. Alhamdulillah. Semoga Ramadhan kali ini memberi banyak erti yang bermakna. Tahun kedua menyambut Ramadhan dalam suasana negara masih dilanda pandemik COVID-19.

Ok berbalik kepada tajuk entry. Sebulan lalu, iaitu pada 13 Mac Eza ada join satu Giveaway ni. Boleh baca entry: GIVEAWAY SUKA-SUKA BY ANAKOMAK. Syarat simple dan mudah untuk join, so memang tak ada hal nak join.

Setiap kali join apa-apa contest, giveaway atau segmen Eza tak letak apa-apa harapan pun. Sebab aim utama nak masuk bloglist. Walaupun blog Eza masih sendu, tapi bila update nanti ada jugak yang sudi jenguk bila dah masuk bloglist blogger lain. 

Pada 20 Mac pula pengumuman Pemenang GA. Jemput baca entry penganjur: TAHNIAH KEPADA PEMENANG SUKA-SUKA by ANAKOMAK6. Rezeki Eza alhamdulillah memenangi GIFT CARD STARBUCKS COFFEE bernilai RM50 dan felt craft comel berona biru yang sangat comel!




Actually masa dapat tahu menang tu dah happy sangat dah sebab menang felt craft comel. Sebab mungkin Eza terskip baca mengenai kad Starbucks tu. So, bila sampai hadiah boleh Eza tanya " Tak salah hantar ke ni?".  Maaf ya Kak Ret. Memang bersyukur alhamdulillah dapat rezeki macam ini dapat belanja husband minum sekali😍😍😍😍😍. Felt craft tu korang boleh follow IG dia kat sini: felt_craft_chummy.  

Terima kasih ya blogger Ako Tetap Ako atas hadiah yang diberikan. Semoga semakin murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Siapa yang tak follow lagi blog Ako Tetap Ako, jemput follow ya. Blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging sejak tahun 2008. Salute!😍

Oklah, itu je nak update hari ni. Happy blogging semua. 

Read More

Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M

Ahad, April 11, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera para budiman yang sudi singgah di blog yang jarang update ini. Macam biasa, kita masih dalam momentum untuk support aktiviti rakan blogger kita. Kali ini Eza join Segmen Bloglist Ramadhan 1442H/2021M. Tarikh tutup segmen adalah esok hari bersamaan 12 April 2021 iaitu Isnin. Lalu jari jemari pun ligat menari untuk menghasilkan entry penyertaan ini. Nak join sama, click je banner bawah ni ya 💗

Harapan Eza dalam menyertai segmen ini adalah:

Semoga menjadi asbab kebaikan dalam menghasilkan entry yang bermanfaat kepada para pembaca sempena Bulan Ramadhan yang mulia. Semestinya jadual harian juga berbeza dengan adanya ibadah iftar, solat terawih, solat witir, tadarus Al-Quran dan bersahur. Moga dalam pada masa yang sama, jari-jari ini seiring dengan ilham yang mengalir untuk menulis yang baik-baik sahaja. 

Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Sentiasa berdoa agar mendapat malam Lailatul Qadar. Malam Kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Moga semangat sentiasa berkobar untuk mendapat hidayah, petunjuk, bimbingan dan kasih sayang Allah. Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Salam Ramadhan 1442 Hijrah. 

Terima kasih sudi baca. Jangan ponteng puasa tau!😊

Read More

Giveaway Sampul Raya Hipster

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama benor blog Eza bercuti ya. Jenguk selalu, updatenya tidak. Itulah namanya blogger separuh masa. Tapi untuk Eza special sikit sebab mostly update blog or jadi blogger masa weekend je. Haru betul 😓. Berbalik kepada penyertaan Giveaway Sampul Raya Hipster. Last week ada baca entry blogger lain join, memang berminat nak join sekali. Sebab Sampul Raya Hipster ini istimewa sikit bagi Eza, tak dapat kat mana-mana. Memang direka khas oleh penganjur kita tak lain tak bukan lagi adalah Blogger Fiza. Saya setuju dengan kenyataan beliau di blog, ada sentimental value hadiah Sampul Raya Hipster ni. 

CERITERA RAYA EZA BOOM BOOM 💗

Raya bagi Eza masa kat kampung dulu, persiapan raya memang selalu di saat-saat akhir. Malam raya jangan harap nak tidur awal. Kena iron baju semua orang. Kena kemas rumah. Kena simpan biskut dalam bekas. Kena basuh gelas raya. Tapi yang hairannya, suka sangat nak buat last minute ya. Bila diingat balik, moment kelam kabut itulah yang dirindui. Padahal raya pertama, buka rumah pun tak sebab raya kat rumah nenek dan saudara mara dulu di kampung. Melainkan ada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran di pagi raya. Ini memang jemput penduduk kampung untuk datang mengimarahkan majlis. Selain daripada itu, memang pintu tertutup. Makan juadah raya masakan air tangan mama tercinta selang 30 minit sambil menonton televisyen. Oh indahnya! Ayam masak merah mama paling sedap!

Moment paling bermakna masa acara bersalaman dengan babah dan mama. Masa bersalaman tu dengan iringan takbir raya di televisyen, air mata bercucuran serius tak boleh dibawa berbincang. Macam biasa kena salam, cium pipi dan peluk. Terhad dengan mama babah, kakak dan ipar sejantina. Gituu. Time ini, cahaya keinsafan ni biasanya bersinar seperti mengimbas kembali perbuatan-perbuatan yang perlu dimohon keampunan manusia. Moga hati ini juga mudah memaafkan manusia yang lain walaupun pernah dilukai. 

Akhir kata, mohon maaf zahir dan batin. Inilah cerita raya Eza. Rasa nak berkongsi pulak dekat entry ni. Lama tak menaip, berjela-jela pulak entry. Hehe. 

Syukur sempat join Giveaway Sampul Raya Hipster. Selalu support aktiviti blogger dan happy blogging tau!

Bye!

Read More

Juadah Minum Petang Santai dan Sedap!

Ahad, April 04, 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Juadah minum petang hari ini dah ada dalam plan tak? Bila berhujung minggu ni, kebanyakan masa memang di rumah sebab hari biasa banyak masa dihabiskan di pejabat. Bila dah berada di rumah, mesti kena sedia makanan best-best untuk menjamu keluarga sambil menikmati masa berkualiti yang ada. Kebiasaannya, mood rajin datang menyeru macam-macamlah projek masakan di dapur untuk dihidangkan semasa bersama teh O panas semasa bersantai di petang hari. Antranya ialah masak cucur udang, donut dan goreng keropok lekor. Nak simple lagi, cecah biskut cracker empat segi sama untuk dicelup 5 saat di dalam secangkir cawan teh O panas kurang manis satu!

Nak dijadikan cerita, masa scroll di laman muka buku (Facebook) nampaklah seorang kawan ni promote brownies dan review sedap. Apa lagi, Eza ambik nombor telefon seller terus whatsapp nak beli. Zup zap zup zap! Tambah lagi order. Orang lain tak review, aku teringin pulak nak makan Nutella Brownies Burn Cheese Cake. In short, aku order satu Brownies Kedut dan satu lagi Nutella Brownies Burn Cheese Cake. 

Memandangkan husband busy menjadi nelayan kota untuk mencari ikan untuk dijadikan lauk kami sekeluarga, jadi aku mengambil keputusan untuk mohon delivery. Maklum sahaja la, kalau boleh aku memang nak stay at home sahaja untuk berehat sepuas hati. Masa inilah masa terbaik untuk menonton Drama Korea ataupun Kdrama. Untuk delivery, caj penghantaran adalah RM5.00. 

Brownies Kedut

Bagi kami (aku dan husband) sangat sedap. Rasa rich dan tak muak makan banyak-banyak untuk menambah kemontelan dan kecomelan kami. Bila husband aku kata sedap, sedaplah tu. Sebab dia picky-eater. Sangat kontra dengan aku. Aku ni semua makanan aku rasa sedap, dasar kuat makan. Seller cadang untuk letak nutella, tapi rumah kami takda semua benda tu. Tapi serius tanpa nutella dicurahkan pun rasanya agak sedap guysss! Memang seller guna bahan-bahan yang premium. Alhamdulillah. Nice try!


Nutella Brownies Burn Cheese Cake

Ini makanan bagi kami mewah. Makanan macam ni kena makan sikit-sikit supaya tak cepat habis. So memang akan repeat setiap kali meal sebagai dessert. Ini pun sedap jugak tau! Memang rasa cheesenya dan base kek macam ada campuran coklat cadbury. Premium sangat rasanya. Alhamdulillah sekali lagi. Eza makan kek ni bersama air suam bagi mengelakkan rasa bersalah makan makanan yang banyak kalori. Hihik. Nak bersenamnya malas. 


InsyaAllah akan repeat order lagi soon. Brownies ni sesuai jugak untuk birthday kan. Just letak deco-deco sikit dan nama orang yang birthday. Berbaloi sangat order dua menu ni. In case korang nak order jugak terutama di Daerah Miri, bolehlah hubungi maklumat yang tertera di bawah. 

Sekian sahaja dahulu dari Eza Boom Boom. Stay safe tau!

Read More

4 Cadangan Doorgifts Majlis

Sabtu, April 03, 2021

Doorgift merupakan cenderahati yang diberikan oleh tuan rumah yang menganjurkan sebarang majlis seperti Majlis Doa Selamat, Majlis Kesyukuran, Majlis Sambutan Hari Jadi, Majlis Pertunangan, Majlis Resepsi Perkahwinan mahupun Majis Perpisahan Pejabat. Suka juga bagi doorgift ni sebab tanda terima kasih orang sudi hadir ke majlis kita. 

Doorgift ini sebenarnya mengikut kemampuan kita. Bagi Eza pula biarlah doorgift ni memberi satu kenangan manis kepada para tetamu. Antara ciri-ciri doorgift pilihan Eza adalah bersaiz kecil, senang dibawa (tak bulky), harga berpatutan, kemas dan praktikal untuk dimakan atau digunakan. Ini mengambil kira pengalaman menguruskan majlis perkahwinan sendiri ya. Sekadar pendapat peribadi untuk berkongsi, boleh jugak dijadikan rujukan orang lain. 

1. Cookies. 

Ini menjadi pilihan Eza sebab Eza suka beri apa yang Eza suka. So, Eza ada berkenan sangat dengan cookies ni. Selalu order masa nak raya. Pernah order masa majlis farewell. So, why not bagi tetamu cookies dengan tetamu kan? Seller pun agak membantu dalam memberi cadangan bajet dan urusan packaging cookies. Masa majlis tu, Eza tempah 1100 pax. Tak cukup pun untuk tetamu yang datang. Ramai yang sudi hadir. Maaf ya, hanya mampu merancang. 

Happy sangat sebab lepas majlis banyak jugak yang share dekat sosial media dan bagitahu cookies tu sedap. Tambahan pula order cookies dari Kuching untuk dihantar ke Miri. Postage pula menggunakan kemudahan bas. Cepat dan selamat. Sampai dengan sangat baik tak ada biskut yang pecah atau rosak. Jauh betul perjalanan doorgift. 





Eza kongsikan maklumat seller melalui aplikasi Instagram iaitu mcookiesrangup. Boleh runding harga ikut bajet yang korang ada. Don't worry ok. Seller baik orangnya. 😘

2. Tuala Muka
Ini doorgift yang Eza sediakan untuk hari Sabtu sebab saudara mara dan orang kampung gotong royong untuk majlis kami. Tak expect ramai. Syukur ya Allah. Doorgift ini pun tak mencukupi. Tuala untuk lap-lap peluh setelah bertungkus lumus membantu keluarga Eza. Terutama bab sembelih seekor kerbau yang sihat fizikalnya. Terima kasih banyak ya semua. Tuala yang bagus tuala yang menyerap air dan tebal. Jangan bagi tuala yang alang-alang ya. Tak best bagi barang orang yang tak dapat guna. Bagi Eza sesuatu pemberian itu bagilah seperti membeli hadiah untuk diri sendiri. Jika kita suka hadiah tu, insyaAllah orang yang terima tu pun akan suka jugak. Ini pun Eza dapat feedback yang baik dari saudara mara sebab bagi tuala dengan kualiti yang bagus. Sebenarnya Eza yang bersyukur sangat-sangat. Moga Allah sahaja dapat balas jasa baik korang ya. 

3. Buku Kecil Al-Ma'thurat (Doa dan Zikir Harian)
Idea doorgift ini tercetus bagi memberkati Majlis Khatam Al-Quran sebelum acara NIKAH berlangsung. Terima kasih kawan-kawan mama yang solehah sudi mengimarahkan majlis ini. Semoga dengan doorgift ini ada pahala yang mengalir bila dibaca dan diamalkan oleh pembacanya. Masa majlis ni rasa sebak sangat. Alunan bacaan tilawah surah-surah pendek. Bacaan doa khatam dibaca oleh Eza sendiri atas permintaan mama. Tengah baca tu menangis pula, air mata jatuh ke pipi. Selesai doa tersebut, kawan-kawan mama datang peluk. Ada yang menangis dan cakap kenapa sebak sangat baca doa tadi? Mixed feeling sangat time ni. Banyak benda dalam fikiran. Nervous nak  nikah. Kena cepat salin baju lagi. Berdebar pun ada hingga ada beberapa kesalahan bacaan dengan pakai microphonenya. Kenangan oh kenangan.

4. Goodies bag kahwin (Dry food)
Eza pilih jenis non-woven bag jenis tebal agar tahan lama dan boleh digunakan selalu. Isi bag pula letak air minuman kotak, bihun, biskut dan Drinking Water Moma. Ini eza tak berapa ingat sangat. Kakak Eza bantu part ni sebab Eza dah sibuk uruskan perkara lain. Tapi basicnya kira macam itulah. Terima kasih kakak ku sayang. 

Itulah serba sedikit Eza dapat share mengenai pengalaman Eza membuat persiapan untuk majlis sendiri. Terima kasih sudi baca. Semoga majlis yang korang pun dipermudahkan Allah ya. 
Read More

Hello April - Appreciate Everything!

Jumaat, April 02, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita dah sampai ke bulan keempat dalam tahun 2021 iaitu bulan April. Sekejabnya masa berlalu. Tak lama lagi nak puasa. InsyaAllah kita sama-sama ada rezeki untuk merasai bulan Ramadhan pada tahun ini. 

Entry kali ini random je lah. Cerita apa yang terlintas di fikiran. Laptop Eza sebenarnya ada masalah sikit, bila tekan backspace/delete jadi enter. Mood pun agak berlari-larian di tepi pantai. Sebab nak edit sikit, rasa renyah. Tengok esok macam nak bawak pergi klinik PC, kot-kot boleh sembuh semula. Mudah-mudahan ya, ini je lah laptop yang Eza ada sejak lebih lima tahun yang lalu. InsyaAllah dalam target jugak nak ada satu set PC lengkap, skrin besar, laju dan berprestasi tinggi. Bajet dalam RM2000. Tapi itulah, masih ada benda yang hendak didahulukan. 

Eza juga merupakan antara petugas barisan hadapan yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19. Totalnya adalah dua dos. Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan menyalurkan vaksin ni secara percuma kepada rakyat Malaysia. Semoga dengan usaha ini Allah bantu negara kita untuk mengurangkan dan menghapuskan virus COVID-19 jahat ni di muka bumi. Lebih setahun lebih bertempur kepada musuh yang tak nampak tapi berbahaya dan meragut nyawa. Harapan Eza bila dah dapat vaksin ini risiko jangkitan semakin rendah dan boleh balik kampung halaman raya ni. Mudahkan segala permintaan dan urusan kami ya Allah. Rindu sangat dengan mama babah. Entah berapa kali dah tulis dalam blog ni. Kadang, masa telefon pun bergenang kolam air mata. Lepas letak telefon, burst la empangan air itu. Korang registerlah sekali untuk terima suntikan vaksin ni. InsyaAllah semua baik-baik sahaja. Memang ada kesan sampingan, cuma sementara sahaja. Banyakkan minum air suam. 

Bulan April ini juga kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Persediaan nak beli kurma dan bekalan makanan yang mencukupi. Hajatnya memang cuba khatam Al-Quran dan laksanakan solat sunat terawih serta witir. Moga kesihatan baik-baik sahaja. Alhamdulillah juga dah selesai ganti puasa pada tahun lepas. 

Hari Jumaat ni, husband ada satu share video. Lately dia selalu share benda baik-baik. Benda yang boleh buat kita fikir. Dia kata dalam sepuluh orang kita jumpa, mesti seorang yang baik. Kita tak boleh assume semua jahat. Pengajaran yang diperolehi daripada video yang dia kongsikan adalah,

No one has ever become poor from giving.. 

Hari ni cuti umum atau hai kelepasan am iaitu Cuti Good Friday. So, merasa jugaklah long weekend sekali lagi. Memang suka sangat long weekend. Tak suka nak turun kerja weekend in case ada arahan atau kecemasan. Husband pun macam tu. Weekend ini masa bersama keluarga. Mahal sangat harganya. Tak dapat dibeli masa dengan wang ringgit. Bab rezeki pulak insyaAllah jika sumbernya halal akan menjadi rezeki diberkati. 

Oklah sekian dahulu perkongsian hari ini. Harap korang baik-baik sahaja ya. 

Read More