4 Cadangan Doorgifts Majlis

Sabtu, April 03, 2021

Doorgift merupakan cenderahati yang diberikan oleh tuan rumah yang menganjurkan sebarang majlis seperti Majlis Doa Selamat, Majlis Kesyukuran, Majlis Sambutan Hari Jadi, Majlis Pertunangan, Majlis Resepsi Perkahwinan mahupun Majis Perpisahan Pejabat. Suka juga bagi doorgift ni sebab tanda terima kasih orang sudi hadir ke majlis kita. 

Doorgift ini sebenarnya mengikut kemampuan kita. Bagi Eza pula biarlah doorgift ni memberi satu kenangan manis kepada para tetamu. Antara ciri-ciri doorgift pilihan Eza adalah bersaiz kecil, senang dibawa (tak bulky), harga berpatutan, kemas dan praktikal untuk dimakan atau digunakan. Ini mengambil kira pengalaman menguruskan majlis perkahwinan sendiri ya. Sekadar pendapat peribadi untuk berkongsi, boleh jugak dijadikan rujukan orang lain. 

1. Cookies. 

Ini menjadi pilihan Eza sebab Eza suka beri apa yang Eza suka. So, Eza ada berkenan sangat dengan cookies ni. Selalu order masa nak raya. Pernah order masa majlis farewell. So, why not bagi tetamu cookies dengan tetamu kan? Seller pun agak membantu dalam memberi cadangan bajet dan urusan packaging cookies. Masa majlis tu, Eza tempah 1100 pax. Tak cukup pun untuk tetamu yang datang. Ramai yang sudi hadir. Maaf ya, hanya mampu merancang. 

Happy sangat sebab lepas majlis banyak jugak yang share dekat sosial media dan bagitahu cookies tu sedap. Tambahan pula order cookies dari Kuching untuk dihantar ke Miri. Postage pula menggunakan kemudahan bas. Cepat dan selamat. Sampai dengan sangat baik tak ada biskut yang pecah atau rosak. Jauh betul perjalanan doorgift. 





Eza kongsikan maklumat seller melalui aplikasi Instagram iaitu mcookiesrangup. Boleh runding harga ikut bajet yang korang ada. Don't worry ok. Seller baik orangnya. 😘

2. Tuala Muka
Ini doorgift yang Eza sediakan untuk hari Sabtu sebab saudara mara dan orang kampung gotong royong untuk majlis kami. Tak expect ramai. Syukur ya Allah. Doorgift ini pun tak mencukupi. Tuala untuk lap-lap peluh setelah bertungkus lumus membantu keluarga Eza. Terutama bab sembelih seekor kerbau yang sihat fizikalnya. Terima kasih banyak ya semua. Tuala yang bagus tuala yang menyerap air dan tebal. Jangan bagi tuala yang alang-alang ya. Tak best bagi barang orang yang tak dapat guna. Bagi Eza sesuatu pemberian itu bagilah seperti membeli hadiah untuk diri sendiri. Jika kita suka hadiah tu, insyaAllah orang yang terima tu pun akan suka jugak. Ini pun Eza dapat feedback yang baik dari saudara mara sebab bagi tuala dengan kualiti yang bagus. Sebenarnya Eza yang bersyukur sangat-sangat. Moga Allah sahaja dapat balas jasa baik korang ya. 

3. Buku Kecil Al-Ma'thurat (Doa dan Zikir Harian)
Idea doorgift ini tercetus bagi memberkati Majlis Khatam Al-Quran sebelum acara NIKAH berlangsung. Terima kasih kawan-kawan mama yang solehah sudi mengimarahkan majlis ini. Semoga dengan doorgift ini ada pahala yang mengalir bila dibaca dan diamalkan oleh pembacanya. Masa majlis ni rasa sebak sangat. Alunan bacaan tilawah surah-surah pendek. Bacaan doa khatam dibaca oleh Eza sendiri atas permintaan mama. Tengah baca tu menangis pula, air mata jatuh ke pipi. Selesai doa tersebut, kawan-kawan mama datang peluk. Ada yang menangis dan cakap kenapa sebak sangat baca doa tadi? Mixed feeling sangat time ni. Banyak benda dalam fikiran. Nervous nak  nikah. Kena cepat salin baju lagi. Berdebar pun ada hingga ada beberapa kesalahan bacaan dengan pakai microphonenya. Kenangan oh kenangan.

4. Goodies bag kahwin (Dry food)
Eza pilih jenis non-woven bag jenis tebal agar tahan lama dan boleh digunakan selalu. Isi bag pula letak air minuman kotak, bihun, biskut dan Drinking Water Moma. Ini eza tak berapa ingat sangat. Kakak Eza bantu part ni sebab Eza dah sibuk uruskan perkara lain. Tapi basicnya kira macam itulah. Terima kasih kakak ku sayang. 

Itulah serba sedikit Eza dapat share mengenai pengalaman Eza membuat persiapan untuk majlis sendiri. Terima kasih sudi baca. Semoga majlis yang korang pun dipermudahkan Allah ya. 

8 ulasan

  1. good sharing Eza. Saya seorang yang suka dapat doorgift cookies atau brownies :)

    BalasPadam
  2. kita baca je...
    so far time kakak n adik2 kawen dl, kami just bagi brownies je...
    simple...

    BalasPadam
  3. wowww,paling minat ada biskut tu.. sedapnyaaaa :)

    BalasPadam
  4. Masa Sha kawin dulu Sha buat goodies bag (isi air kotak, biskut dgn snack)..
    Sekarang banyak pilihan untuk dijadikan goodies bag perkahwinan..

    BalasPadam
  5. omgg nanti in future klu la andai kata bertemu jodoh.. mmg susah nak fikir nak bg gift apa

    BalasPadam
  6. betul simple je kan..shida pn time kenduri dulu..order kek muffin besar pastu buh dlm kotak yg ade tali tu dah..mkn kek tu pn dh ckp kenyg :)

    BalasPadam
  7. ms aqiqah anak kmk dolok kmk penah berik choc chip cookies as a doorgift... yg penting mst sedap br senang hati nk berik org kn?

    BalasPadam
  8. Dapat cookies memang sedap. Ada juga kenduri bagi bahulu, selain dari gula-gula, dan kueh tradisional seperti dodol dalam pek kecik.

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.