Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama benor blog Eza bercuti ya. Jenguk selalu, updatenya tidak. Itulah namanya blogger separuh masa. Tapi untuk Eza special sikit sebab mostly update blog or jadi blogger masa weekend je. Haru betul 😓. Berbalik kepada penyertaan Giveaway Sampul Raya Hipster. Last week ada baca entry blogger lain join, memang berminat nak join sekali. Sebab Sampul Raya Hipster ini istimewa sikit bagi Eza, tak dapat kat mana-mana. Memang direka khas oleh penganjur kita tak lain tak bukan lagi adalah Blogger Fiza. Saya setuju dengan kenyataan beliau di blog, ada sentimental value hadiah Sampul Raya Hipster ni.
CERITERA RAYA EZA BOOM BOOM 💗
Raya bagi Eza masa kat kampung dulu, persiapan raya memang selalu di saat-saat akhir. Malam raya jangan harap nak tidur awal. Kena iron baju semua orang. Kena kemas rumah. Kena simpan biskut dalam bekas. Kena basuh gelas raya. Tapi yang hairannya, suka sangat nak buat last minute ya. Bila diingat balik, moment kelam kabut itulah yang dirindui. Padahal raya pertama, buka rumah pun tak sebab raya kat rumah nenek dan saudara mara dulu di kampung. Melainkan ada Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran di pagi raya. Ini memang jemput penduduk kampung untuk datang mengimarahkan majlis. Selain daripada itu, memang pintu tertutup. Makan juadah raya masakan air tangan mama tercinta selang 30 minit sambil menonton televisyen. Oh indahnya! Ayam masak merah mama paling sedap!
Moment paling bermakna masa acara bersalaman dengan babah dan mama. Masa bersalaman tu dengan iringan takbir raya di televisyen, air mata bercucuran serius tak boleh dibawa berbincang. Macam biasa kena salam, cium pipi dan peluk. Terhad dengan mama babah, kakak dan ipar sejantina. Gituu. Time ini, cahaya keinsafan ni biasanya bersinar seperti mengimbas kembali perbuatan-perbuatan yang perlu dimohon keampunan manusia. Moga hati ini juga mudah memaafkan manusia yang lain walaupun pernah dilukai.
Akhir kata, mohon maaf zahir dan batin. Inilah cerita raya Eza. Rasa nak berkongsi pulak dekat entry ni. Lama tak menaip, berjela-jela pulak entry. Hehe.
Syukur sempat join Giveaway Sampul Raya Hipster. Selalu support aktiviti blogger dan happy blogging tau!
Bye!
kmk lamak dh berumah dirik pun.. beranak pinak... nk elakkan keja last min tp kdg² terlepas juak... hehehe
BalasPadamRindunya rindunya.. Ai kalau raya dengan family belah Ai, jangan harap nak tido awal. Malam raya lah banyak kerja nak buat. Tapi itulah happy moment menjelang hari raya seorang Aisya Ismail.
BalasPadamGoodluck and all the best eza! :)
BalasPadamgood luck :)
BalasPadamAll the best eza!
BalasPadamGood luck
BalasPadamGood luck!
BalasPadam