Hello April - Appreciate Everything!

Jumaat, April 02, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita dah sampai ke bulan keempat dalam tahun 2021 iaitu bulan April. Sekejabnya masa berlalu. Tak lama lagi nak puasa. InsyaAllah kita sama-sama ada rezeki untuk merasai bulan Ramadhan pada tahun ini. 

Entry kali ini random je lah. Cerita apa yang terlintas di fikiran. Laptop Eza sebenarnya ada masalah sikit, bila tekan backspace/delete jadi enter. Mood pun agak berlari-larian di tepi pantai. Sebab nak edit sikit, rasa renyah. Tengok esok macam nak bawak pergi klinik PC, kot-kot boleh sembuh semula. Mudah-mudahan ya, ini je lah laptop yang Eza ada sejak lebih lima tahun yang lalu. InsyaAllah dalam target jugak nak ada satu set PC lengkap, skrin besar, laju dan berprestasi tinggi. Bajet dalam RM2000. Tapi itulah, masih ada benda yang hendak didahulukan. 

Eza juga merupakan antara petugas barisan hadapan yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19. Totalnya adalah dua dos. Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan menyalurkan vaksin ni secara percuma kepada rakyat Malaysia. Semoga dengan usaha ini Allah bantu negara kita untuk mengurangkan dan menghapuskan virus COVID-19 jahat ni di muka bumi. Lebih setahun lebih bertempur kepada musuh yang tak nampak tapi berbahaya dan meragut nyawa. Harapan Eza bila dah dapat vaksin ini risiko jangkitan semakin rendah dan boleh balik kampung halaman raya ni. Mudahkan segala permintaan dan urusan kami ya Allah. Rindu sangat dengan mama babah. Entah berapa kali dah tulis dalam blog ni. Kadang, masa telefon pun bergenang kolam air mata. Lepas letak telefon, burst la empangan air itu. Korang registerlah sekali untuk terima suntikan vaksin ni. InsyaAllah semua baik-baik sahaja. Memang ada kesan sampingan, cuma sementara sahaja. Banyakkan minum air suam. 

Bulan April ini juga kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Persediaan nak beli kurma dan bekalan makanan yang mencukupi. Hajatnya memang cuba khatam Al-Quran dan laksanakan solat sunat terawih serta witir. Moga kesihatan baik-baik sahaja. Alhamdulillah juga dah selesai ganti puasa pada tahun lepas. 

Hari Jumaat ni, husband ada satu share video. Lately dia selalu share benda baik-baik. Benda yang boleh buat kita fikir. Dia kata dalam sepuluh orang kita jumpa, mesti seorang yang baik. Kita tak boleh assume semua jahat. Pengajaran yang diperolehi daripada video yang dia kongsikan adalah,

No one has ever become poor from giving.. 

Hari ni cuti umum atau hai kelepasan am iaitu Cuti Good Friday. So, merasa jugaklah long weekend sekali lagi. Memang suka sangat long weekend. Tak suka nak turun kerja weekend in case ada arahan atau kecemasan. Husband pun macam tu. Weekend ini masa bersama keluarga. Mahal sangat harganya. Tak dapat dibeli masa dengan wang ringgit. Bab rezeki pulak insyaAllah jika sumbernya halal akan menjadi rezeki diberkati. 

Oklah sekian dahulu perkongsian hari ini. Harap korang baik-baik sahaja ya. 

9 ulasan

  1. tak lama dah nak masuk ramadhan. semoga dipermudahkan segala urusan Eza :)

    BalasPadam
  2. Betul, masa bersama keluarga tu mahal harganya. Jadi kena hargainya :)

    BalasPadam
  3. semoga gembira selalu bersama keluarga tercinta..

    BalasPadam
  4. Semoga yang baik baik je di Bulan April ni dan dapat menunaikan ibadah puasa dan menyambut syawal dengan keluarga. Aaminnn

    Happy long weekend Eza :)

    BalasPadam
  5. kejap jaaa da masok april kan.. :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah Eza dah selamat divaksin..
    Semoga dipermudahkan semua urusan Eza..

    BalasPadam
  7. worth the time kan spent time dgn family

    BalasPadam
  8. April yg sibuk bg shida huhuuu..Salam Ramdhan Ezaa :)

    BalasPadam
  9. Semoga bulan April ni baik-baik saja bagi Eza dan kita semua. :)

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.