Segmen Bloglist Ramadan 1442H / 2021M

Ahad, April 11, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera para budiman yang sudi singgah di blog yang jarang update ini. Macam biasa, kita masih dalam momentum untuk support aktiviti rakan blogger kita. Kali ini Eza join Segmen Bloglist Ramadhan 1442H/2021M. Tarikh tutup segmen adalah esok hari bersamaan 12 April 2021 iaitu Isnin. Lalu jari jemari pun ligat menari untuk menghasilkan entry penyertaan ini. Nak join sama, click je banner bawah ni ya 💗

Harapan Eza dalam menyertai segmen ini adalah:

Semoga menjadi asbab kebaikan dalam menghasilkan entry yang bermanfaat kepada para pembaca sempena Bulan Ramadhan yang mulia. Semestinya jadual harian juga berbeza dengan adanya ibadah iftar, solat terawih, solat witir, tadarus Al-Quran dan bersahur. Moga dalam pada masa yang sama, jari-jari ini seiring dengan ilham yang mengalir untuk menulis yang baik-baik sahaja. 

Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Sentiasa berdoa agar mendapat malam Lailatul Qadar. Malam Kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Moga semangat sentiasa berkobar untuk mendapat hidayah, petunjuk, bimbingan dan kasih sayang Allah. Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. Salam Ramadhan 1442 Hijrah. 

Terima kasih sudi baca. Jangan ponteng puasa tau!😊

10 ulasan

  1. kekalkan momentum ktk za... salam ramadhan

    BalasPadam
  2. Selamat bersegmen Eza.. dan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk awak sekeluarga.. Semoga di bulan yang mulia ini, segala ibadah kita akan diterima oleh Allah dan dapat menampung bekalan kita untuk akhirat nanti, Insha Allah...

    BalasPadam
  3. Alahai dah Lepas.. all the best eza

    BalasPadam
  4. selamat bersegmen :)

    ya, moga2 amalam kita di bulan puasa ini diterima inshaaAllah

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.