Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok

Sabtu, Mei 22, 2021

Assalamualaikum dan hai korang. Ini giveaway kedua Eza join hari ni. InsyaAllah. Selalu support aktiviti blogger lain, walaupun blog Eza ni suam-suam kuku je. Tabik spring la kat korang yang selalu update blog. Mana nak fikir idea, gambar, penulisan dan sebagainya. Syabas! Korang semua terbaik 😍😍😍. 

Blog Bola Katok ni Eza dah follow lama dah. So memang nak beri sokongan padu. Khabarnya giveaway pertama dia ni cari tujuh pemenang. Hadiah duit raya. Siapa nak bagi duit raya pada usiaku begini? Haha. No hal. Kita usaha dengan hantar penyertaan 😂. 

Eza tag rakan blogger yang terbaca/membaca entry Eza yang ini. Aci tak penganjur? Hihi. Korang jemputlah join sekali. Syarat simple sangat ni. Mana lah tau sama-sama menang duit raya. Eh? Haha. Oklah, korang boleh je click banner bawah ni tau jika nak join sekali. 

Tarikh tutup adalah 2 Jun 2021. Kat Sarawak pada masa itu cuti umum sebab ada perayaan Hari Gawai. Itu je bebel. Korang kena join sekali tau. Sekian dahulu, bye!

Read More

Happy Birthday Giveaway by Abam Kie

 Assalamualaikum dan salam sabtu guys. 😍

Hari ni memang hari yang Eza patut update belog. Weekend saja mampu. Di kesempatan ini, Eza nak support giveaway rakan blogger. Melalui pembacaan tadi, penganjur birthday 19 Mei ya. Happy birthday Abam Kie! Didoakan agar dimurahkan rezeki melimpah ruah dan umur yang penuh keberkatan. Happy-happy selalu dengan keluarga tersayang ya!

If korang nak join jugak, just click banner kat bawah ni. Eza dah siap-siap backlink ke entry penganjur. 

Syarat semua Eza dah buat. So korang cepat-cepat lah join ya. Tarikh tutup pada 31 Mei nanti. Jom lah support sama-sama. Sekian, terima kasih!😄

Read More

Welcome back, Eza Boom Boom!

Ahad, Mei 16, 2021

 Assalamualaikum. Hi guys!

Setelah dua minggu tak update blog. Lama sungguh blog ini ditinggalkan tanpa khabar berita. Busy memanjang ya kebelakangan ni. Weekend pun turun kerja. So, kudrat tak larat nak melawat blog dan masa lebih banyak diberikan untuk aktiviti rehat. Korang apa khabar tu? Eza harap semuanya baik-baik sahaja di samping keluarga tersayang. Kita masih dalam fasa ujian pandemik COVID-19. Eza doakan semua orang agar sihat walafiat dan amalan norma baharu. Jangan trust sesiapa dalam isu kesihatan awam ni. Pastikan gunakan facemask, jaga kebersihan diri dan pastikan penjarakan fizikal. 

Eza nak update serba ringkas je untuk entry kali ni. Plan Eza nak buat entry raya, hari guru, pengalaman puasa dan sebagainya. So, korang kena stay tune tau untuk baca tulisan-tulisan Eza. Harapnya sentiasa sudilah untuk membaca nukilan diri ini yang sekejab timbul sekejab tenggelam. Tak usah dipertikaikan lagi, memang sah part-time blogger. 

InsyaAllah lepas ni nak blogwalking dahulu kat blog kawan-kawan. Terima kasih tau sudi singgah blog Eza ni. In case korang nak follow media sosial Eza Boom Boom yang lain, jemput click icon social media paling atas sebelah kanan. Situ je lah tempat Eza bersosial di alam maya. Andai ada kawan-kawan yang sememangnya mengenali Eza secara fizikal, media sosial peribadi Eza tidak aktif ya. Ada akaun yang dah deleted. Malas nak jaga banyak benda. Akaun media sosial peribadi yang masih ada pun atas urusan rasmi. Gituuu. So, korang boleh je interaksi dengan Eza dekat medium sosial media yang Eza ada share kat blog ini. 

Sekian dahulu, coret coret jari pada entry kali ni. Welcome back, Eza Boom Boom!

Read More

Segmen Bloglist Pertama by Faezah Mdnor

Ahad, Mei 02, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih sudi singgah blog ini. Awak apa khabar? Semoga sihat selalu hendaknya. 

Pagi ini Eza nak join segmen blogger iaitu Kekja. Muda lagi orangnya. Jom kita support segmen beliau. Harap terpilih dalam kalangan lima blogger yang bertuah tu. Sebabnya, Kekja nak review blog sebagai hadiahnya. Blog Eza ni belum pernah kena review. So andai terpilih nanti, it would be an honour! 💙💛💚💜💖

Jangan buang masa lagi, jom join sekali. Click je banner di bawah ya. Syarat simple sangat. 

Tutup 10 Mei nanti tau. Happy blogging uolss! 

Read More

1 Mei - Selamat Hari Pekerja

Sabtu, Mei 01, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hari ni bertarikh 1 Mei 2021, jatuh pada hari Sabtu. Selamat Hari Pekerja ataupun omputehnya Happy Labour Day! Hari ni diiktiraf sebagai Cuti Kelepasan Am, Cuti Umum ataupun Public Holiday. Sesiapa yang bercuti, Eza ucapkan selamat beristirehat. Manakala, kepada yang bertugas pada hari ini diucapkan selamat menjalankan tanggungjawab sebaiknya. 

Pekerjaan di sini tidak kira anda bekerja sendiri, anda bertugas di sektor awam mahupun di sektor swasta. Selagi mendapat gaji ataupun upah dalam wang ringgit, maksudnya anda mempunyai pekerjaan. Saban hari melihat isu-isu semasa di laman sosial media, ramai juga yang menderita tatkala negera masih lagi dilanda pandemik. Ramai yang hilang pekerjaan dan mata pencarian untuk menampung kehidupan keluarga. Ramai juga yang sengsara apabila sedikit-sedikit harta ditarik demi untuk melangsaikan hutang. Entah bila agaknya pandemik ini akan beransur reda. 

Bagi yang mempunyai pekerjaan tetap pula bersyukurlah masih ada gaji masuk setiap bulan. Malahan ada pertambahan dari jumlah dengan adanya elaun, bonus dan pelbagai tuntutan. Namun, gaji yang diperolehi tersebut bukan hanya sekadar nilainya ringgit di mata kita. Perlu juga diperhalusi dengan perkataan tanggungjawab dan amanah. Ada kawan Eza pernah berkongsi mengenai erti sebuah tanggungjawab. Kita kena tanggung tugas yang digalas dan kita perlu jawab atas amanah yang diberikan. Amanah adalah sesuatu yang berat. Ramai yang culas. Ramai juga buat endah tak endah. Hargailah nilai pekerjaan yang memberikan kelangsungan kehidupan kita. Syukurilah segala nikmat yang kita perolehi. 

Moga mata dan hati ini akan sentiasa melihat pekerja yang lebih berintegriti dalam melaksanakan tugasan, tahu yang mana salah itu salah, mana yang betul itu adalah betul. Hanya mampu berdoa dan tidak mampu untuk mencegah kemungkaran itu dengan perbuatan. 

Harapan Eza, mutu perkhidmatan dan kualiti kerja yang Eza hasilkan setiap hari akan bertambah baik dari hari ke hari. Mana tahu murah rezeki untuk naik pangkat. Sama-sama korang doakan ya secara berjemaah. InsyaAllah. 

Eza reka satu pantun khas sempena 1 Mei Hari Pekerja ni.. Siapa nak jual dan beli pantun dengan Eza, sila drop komen ya. Hehe!

💙💚💛💜💗

Pasar minggu ramai penjaja

Ibu ke pasar bersama ayah

Setiap 1 Mei Hari Pekerja

Genggamlah integriti tanpa goyah


Oklah. Sekian dulu quick update ni. Bye!

Read More