BURNOUT - The Storm Will Pass

Selasa, Jun 01, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua masa PKP ini? Masing-masing ada pengalaman dan peristiwa sendiri sebagai lipatan sejarah peribadi. Bagi yang frontliner, tugasan tetap tugasan. Hari-hari kena turun bekerja. Jalankan amanah Allah. Tak ada BDR atau WFH, kerja tetap kena jalan. 

Namun keletihan bekerja itu tidak dapat disangkal lagi. Kadang rasa nak rebah, kadang nak menangis air mata bercurahan dan kadang rasa nak putus asa. Begitulah perasaan yang perlu turun bekerja berbekalkan motivasi kendiri. Bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Orang anggap senang. Memanglah senang kalau kerja awak tu bagi dengan orang. Orang yang menerima beban tugas awak tu rasa sangat terseksa dan terbeban. Susah untuk dijelaskan keletihan yang disebabkan kerja yang memerlukan kedua-duanya, fizikal dan mental. Entah ada orang hargai atau hanya dipandang sepi. Pada ketika ini, cukup sekadar bantuan motivasi dan persekitaran yang positif diharapkan. 

I really thankful sebab ada suami, keluarga dan kawan baik tempat meluahkan rasa. I really need someone yang pinjamkan telinga untuk dengar segala keletihan dan perasaan yang tersakiti. Struggle is real. Perlu teamwork yang padu. Other wise, ada yang akan tumbang sendiri di medan peperangan. Mungkin perlu empati dan simpati. Bekerja bukan kerana gaji dan elaun yang diperolehi. Bukan berlakon rajin sokmo depan ketua sahaja, tapi yang betul-betul kerja atas amanah yang Allah suruh pikul. Don't create unhealthy environment. You will end up harm other people yang betul-betul kerja. 

Bila agaknya pandemik ini akan berakhir. Belum ada sinar lagi untuk merasai kehidupan seperti dahulu. Moga Allah ringankan beban tugas semua petugas barisan hadapan. Semoga sentiasa diberi bekalan motivasi untuk terus berkhidmat. Semoga dijauhi daripada jangkitan COVID-19 walaupun pendedahan (exposure) terhadap jangkitan tersebut sangatlah tinggi. Bantu kami untuk kurangkan jumlah kes harian. Sembuh cepat Malaysia. Please. 

Dear Eza, the storm will pass. Keep strong!

Sekadar entry luahan. Bye.

5 ulasan

  1. Inshaa Allah mudah mudahan segalanya akan baik2 belaka..kita doa moga covid19 diangkat Allah swt AMIN.

    BalasPadam
  2. Terima kasih, Eza. Keep strong! We can do it :)

    BalasPadam
  3. Terus gagah.. Terima kasih petugas barisan hadapan.

    BalasPadam
  4. Stay strong, stay safe eza... semoga FL semua dilindungi Allah semasa bertugas

    BalasPadam
  5. BW sini. Semoga dipermudahkan urusan Eza dan dijauhkan dari virus Covid 19. Semoga Allah angkat virus ni dari muka bumi

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.