Assalamualaikum dan hi semua. Apa khabar?
Lama menyepi dan sekarang Eza dah kembali. Alhamdulillah, halangan nak berblogging tu sudah pulih seperti sedia kala di samping kerja-kerja pejabat yang jarang-jarang surut tugasannya. Rasanya semua sosial media Eza tak aktif sangat sepanjang dua bulan krik-krik-krik ni.
Tak ada masalah besar mana pun. Just laptop buat hal. Asyik restart dan tak boleh guna. Masalah kat SSD. Itulah risikonya, bila nak tambah kelajuan laptop ni ada pulak perkara lain yang terjejas. Nasib ada warranty tiga tahun. So, SSD yang rosak tu diganti secara percuma. Jika melibatkan kos, memang Eza dah jadi harimau. Grrrr!
Ujiannya bertambar besar apabila kita sekarang masih dilanda pandemik yang belum berkesudahan, kedai-kedai yang bukan essential services tak buka, menyukarkan lagi urusan nak repair laptop kesayangan intan payung tidak bertepian.
Dengan usia laptop yang melebihi lima tahun dan bateri sudah tidak berfungsi, Eza sangat bersyukur masih dapat menggunakan laptop berona maroon-merah-delima. Berkhidmatlah lebih lama lagi ya. InsyaAllah akan ada aset baru iaitu PC sebagai adik baru awak ya. Masih dalam perancangan, tetapi sudah mendapat kelulusan ketua keluarga. Semoga murah rezeki untuk memiliki PC tersebut. Ramai-ramai tolong doakan.
InsyaAllah akan selalu update blog. Tak berani janji dulu. HAHA. Sejak ada Android TV ni, selalu layan KDrama sampai stay up ke pagi buta. Tambahan pula, ketua keluarga dah terjebak minat menonton sama. Terima kasih ya awak! Aci la saya sudi teman awak memancing apek (udang galah) guna perahu, awak sudi teman saya tengok kdrama.
Sekian dahulu coretan Eza ya. Till then!💗
selamat kembali online..hehehe
BalasPadamthank you awak..
PadamAlhamdulillah..selamat kembali, teruskan bersemangat ye...
BalasPadamInsyaAllah SA. Terima kasih..
Padamwahhh ada team korea lah..
BalasPadamFollowers ke 104 ya..please
BalasPadamWelcome back.. Hehe..
BalasPadamwelcome back! :)
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamDah habis cuti 2 bulan
Semoga aktif kembali mengentri blog
rs mcm knl je eza ni.. rsnya dulu2 prnh jgk komen mengomen.. ke sy slh org.. kikiki
BalasPadambtw, welcome back eza! jom la sama2 meriahkan dunia blogger.. =)
Patut lah lama tak nampak. Welcome back! Semoga akan mendapat PC yang diinginkan
BalasPadamyeay welcome back eza...
BalasPadamwah hahaha layan kdrama juga eh...
best!
Welcome back Eza. Semoga terus semangat ye update blog. Layan KDrama kalau dah terjebak memang tak dapat buat kerja lain. Ada peneman pulak tu kan. Hihi
BalasPadamWelcome back Eza. Semoga terus semangat ye update blog. Layan KDrama kalau dah terjebak memang tak dapat buat kerja lain. Ada peneman pulak tu kan. Hihi
BalasPadamWelcome back Eza. Jom tuis tulis lagi.
BalasPadamwelcome back eza... maok diseruk juak nya koh br nk start blogging gik.. hahaha.. plentey jak bah... ktk muncul kmk gik tenggelup... bz gilak nektok x cukup jak rasa masa di opis
BalasPadam