Assalamualaikum semua. Hari ini Eza baru terkedek-kedek nak join Giveaway Cipta Sajak sempena Kelahiran Ainnul Dania Huda. Hari ni hari last day penyertaan, sudilah kiranya menerima sajak dari insan bergelar Eza Boom Boom.
![]() |
Nak join sekali, click banner atas ni ehh 😘 |
SELAMAT 17, GADIS MANIS
Ainnul, si gadis manis
25 September 2021
Dihitung hari dengan jemari
Menanti tarikh teristimewa
Hari kelahiran sang puteri
Mengecapi usia tujuh belas
Mensyukuri hadirmu di bumi Tuhan
Dania, si gadis manis
Hidup ini tidak dijanji mudah
Tetaplah kuat dalam perjuanganmu
Jangan pernah mengalah
Tempur selagi dayamu
Sehingga cita digenggam rapi
Huda, si gadis manis
Doa dan kasih sentiasa mengiringimu
Agar engkau selalu sihat
Agar engkau selalu bahagia
Agar engkau selalu ceria
Agar engkau selalu berjaya
Dan agar engkau tahu hakikat kehidupan
Memilih permata itu jauh lebih sukar
Daripada terpijak taburan kaca yang melukakan
Ainnul Dania Huda yang manis,
Sentiasalah jadi yang terbaik
Seadanya dirimu
Semampunya dirimu
Sebagai anak
Sebagai cucu
Sebagai kawan
Dan sebagai makhluk indah ciptaan Tuhan
Yang memberi manfaat sebaiknya.
Selamat hari lahir Sang Puteri
Insan bernama Ainnul Dania Huda
Selamat 17, Gadis Manis.
Sekian dahulu penyertaan Eza nukilan malam 30 September 2021. First time buat sajak sempena birthday. Tiada kata selain doa-doa yang baik-baik untuk puteri kesayangan blogger Suria Amanda. Sajak ini juga bermakna untuk Eza kerana menukangi sajak ini dengan mendengar kata hati.
Syarat-syarat GA telah dipatuhi sepenuhnya. Jemput menilai dan paling penting terhibur melalui penulisan Eza ini. Hehe.
Sekian, terima kasih.
Tahniah!
BalasPadamSaya nak turut serta juga tapi idea tumpul... cuba asah tapi tak keluar juga.
senoga ada rezekinya. saya nak join tp tak ada bakat utk puisi sajak haha. klu cerpen atau pantun mungkin boleh cuba 😂
BalasPadamSuka part ni..
BalasPadam"Dan agar engkau tahu hakikat kehidupan
Memilih permata itu jauh lebih sukar
Daripada terpijak taburan kaca yang melukakan"
Salam perkenalaan..
Hebat berpuisi. Sedap bahasanya. Tahniah Eza :)
BalasPadamwahhhh pandainya diaaa berpuisi!!
BalasPadamso sweet dania macam mama dia juga
BalasPadam