Assalamualaikum dan hai semua.
Hujung minggu ni tengah buat apa? Masa hujung minggu ni sangat berharga untuk dihabiskan bersama keluarga. Very precious. Bagi suami Eza, masa inilah dia nak makan sedap bertambah nasi berpinggan-pinggan. Jadi sebagai isteri yang penyejuk hati dan mata, berusaha untuk masak menu yang istimewa selama dua hari berhujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Agitchuu.
Bila pergi market, kami akan ronda dulu satu kali pusingan sebelum nak membeli bahan basah seperti ikan, udang dan sebagainya. Bagi insan bernama Eza ni mana tahu sangat pasal ikan mana satu yang segar dan mana satu yang dah lama. Itulah peranan suami untuk memilih ikan yang terbaik untuk dijadikan lauk kami berdua. Lagipun dia ada latar belakang yang berkaitan. Kita serah sahaja pada yang pakar. Dalam konteks ini Pakar Ikan! Haha. 😆😆
Inilah hasil tangkapan kami di Pasar Ikan. Ikan Kembung Betina beli 1 kilogram dengan harga RM26 tapi abang seller bagi less RM1, jadi dapatlah RM25. Thank you abang seller. Menurut suami, pembelian ikan itu mengikut kriteria dan informasi yang berikut,
- Ikan tersebut baru dapat dan belum diais lagi, jadi rasanya akan lebih sedap dan manis walaupun sekadar masakan ringkas.
- Ikan Kembung Betina boleh diperolehi oleh nelayan di persisir pantai, tidak seperti Ikan Kembung Jantan yang perlu pergi ke tengah lautan.
- Kaedah yang digunakan untuk menangkap ikan kembung ini adalah memukat.
- Berkemungkinan besar nelayan menggunakan mata pukat berukuran dua inci dan panjang pukat 30 hingga 50 utas.
- Ikan kembung tempatan ini rasanya lebih enak berbanding ikan kembung import. Sebab tu harganya lebih tinggi.
- Secara umumnya, Ikan Kembung Jantan harganya lebih mahal berbanding Ikan Kembung Betina.
hahahha k ret pun x reti sangat pasal ikan..
BalasPadamtau makan aje ehehe...
mmg FAIL klu gi pasar..
debo bila org suruh kita gi cari macam2 kat pasar.
Nak tanya org jual pun kadang2 malu gak :D
Baru tahu skill memilih ikan tu. Kita pun tak mahir sangat. Tak tahu pulak nak kena pilih jantan betina. Main ambil asalkan ikan kembung. kadang pun confused ikan kembong ke mambong ke lolong ke. Huhu...Selamat berhujung minggu Eza
BalasPadamIkan kembung kalau fresh dari laut memang sedap
BalasPadamAlolooo... tak tahu nak pilih jantan atau betina. kalau siang ikan baru tahu betina kalau ada telur dalam perutnya hahahaa.
BalasPadamIkan kembung ni goreng saja pun sedap dimakan..
BalasPadamMenarik info pasal ikan kembung ni. Baru tahu yang ikan kembung betina dapat kat pesisir pantai dan yang jantan ditengah lautan..
BalasPadamSegar segar ikannya..
wahh nk beli ikan pon kena pndai tgok ye..
BalasPadamsy xtau sgt bab ikan.. tau mkn je! haha
Cida setiap kali balik kampung mesti sendeng ayah ajak g cari udang ketak, ikan fresh baru naik darat. balik buat masak pindang pun sedap, manis.
BalasPadamikan fav tok... suka digoreng ajak... mun fresh br nyaman masak singgang
BalasPadam