Impian Inovasi, Seindah Cita-Cita

Tuesday, September 07, 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera korang.

Hari ini Eza nak cerita mengenai inovasi. Mungkin hari-hari bekerja ni topik beginilah kan. Eza selalu nak fikir apa lagi untuk tambah baik untuk proses kerja. Tahun ketiga di jabatan orang lain ni, rasanya ada khabar angin kus-kus dan potensi untuk kembali ke jabatan asal. Untuk itu, ada beberapa urusan kerja lagi Eza tak buat inovasi. Entah sempat atau tak. Moga Allah bagi kesempatan, insyaALLAH. Lebih suka serah tugas benda yang kita dah atur flow baik-baik. Kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. 

Inovasi di sini membawa maksud kaedah mencari inisiatif untuk menghasilkan perkhidmatan/produk yang lebih baik sama ada dengan cara pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti dengan objektif yang lebih fokus dan bersasar. Ianya meliputi prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun dengan kemodenan teknologi. 

Cara berfikir lebih terbuka agar percambahan idea-idea ke arah yang positif. Bagi Eza, inisiatif Eza untuk buat inovasi kendiri ni sebab Eza nampak akar masalah yang jelas kelihatan. Mulanya nampak tidak memberi kesan kepada perkhidmatan, tetapi kebajikan anak-anak buah juga perlu dijaga. Untuk mereka tidak merasakan ketidakadilan, untuk mereka merasakan tidak semua ketua mendengar satu pihak sahaja, untuk mereka percaya professionalisme itu masih wujud. Moga mereka juga belajar untuk percaya dengan potensi diri tanpa budaya bodek yang tidak kesudahan. Eza sangat mengharapkan motivasi dan prestasi mereka sentiasa semakin baik apabila budaya kurang sihat tidak lagi dipratikkan. 

Jangan putus asa bila orang tak nampak pun inovasi yang dibuat. Walaupun dengan bertungkus lumus berfikir dan tambah baik proses hari demi hari. Bagi masa. Masa akan menentukan segalanya. Yes, yakin setiap kejadian itu ada time framenya. Bersangka baik. Tak perlu bersedih bila dipertikai atau diperlekeh. Tak ada inovasi terus perfect dalam sekelip mata. Keep on improving. Allah tahu engkau berusaha. 

Pernah kawan Eza bagitahu, susah untuk memperbetulkan apa yang kebiasaan yang salah. Seorang diri takkan mampu mengubah sesuatu struktur organisasi. Ya, memang susah. Namun selagi di situ, tidak salah untuk mencuba. Agar membiasakan yang betul itu menjadi kebiasaan. Mudahan, moga Allah izinkan aku rasakan kebahagiaan melihat itu suatu hari nanti. 

Semoga segala usaha yang diperjuangkan, bermanfaat kepada ramai orang. Perubahan makan masa, bukan sehari, seminggu, sebulan malah bertahun. Biarlah perlahan, rela hati ini sama-sama bertatih memberi tunjuk ajar. Dengan perlahan juga aku akan melepaskan bila tiba masanya nanti semuanya boleh berjalan dan berlari sendiri. 

Terima kasih Allah yang selalu memberi ilham yang baik-baik. Moga niat dan usaha yang baik akan mempersembahkan mutu perkhidmatan yang terbaik. Doaku begitu selalu. Always. 

Itu sahaja cerita hari ni. Korang okay tak tu?😉😊😀

3 comments

  1. Betullah tu.. Kita tak boleh selesa dengan apa yang ada. Perlu mencari inovasi atau berkreativiti untuk mencapai tahap yang tertinggi dalam pekerjaan seharian..

    ReplyDelete
  2. Hendak ubah kena mula daripada kita dahulu.
    Harap berjaya.

    ReplyDelete
  3. kmk pun carik idea inovasi tok.. dr last yr xda juak idea koh

    ReplyDelete

Jemput komen. Jangan malu-malu.