AMALAN DOA IBU MENGANDUNG

Isnin, Ogos 08, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Hari ini, Eza nak kongsikan doa yang selalu Eza baca sepanjang tempoh mengandung. Buat yang beragama Islam, berserahlah sepenuhnya dengan Allah dengan segala usaha dan doa yang tidak putus-putus. Zuriat merupakan rezeki dari Tuhan. πŸ’—

Eza doakan sesiapa sahaja yang sedang berusaha untuk mendapatkan anak, dianugerahkan dan dikurniakan rezeki anak. Jangan putus usaha dan doa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui masa yang tepat dan terbaik untuk kita mendapat zuriat. 

Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, didoakan kesihatan yang baik (untuk ibu dan bayi dalam kandungan), emosi yang stabil, dimurahkan rezeki melimpah ruah dan dimudahkan proses kelahiran. InsyaAllah amiin. 

Setiap kali baca doa ni, Eza rasa sebak sangat tau. Eza amal baca dari awal pregnancy hingga 40 weeks of blessings sebab Eza overdue. Baca masa contraction. Baca masa dalam ward. Baca sebelum pergi labour room. Hanya Allah tahu apa di dalam hati kita dan kita adalah kepunyaan Allah SWT. πŸ’—

Bismillahirrahmanirrahim..

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. 

Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. 

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam."

Amiin Amiin Yarabbal Alamiin.

Bacalah doa ini bersama-sama suami tercinta dan amiinkan secara berjemaah. Kita doa yang baik-baik. InsyaAllah akan dapat yang baik-baik. Nikmati moment-moment indah semasa mengandung dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Bukan mudah untuk menjadi seorang ibu, banyak liku-liku yang perlu dilalui dan tidak mampu dijelaskan panjang lebar dengan kata-kata. 

Insaf untuk cuba menjadi sedaya upayanya menjadi anak yang baik untuk parents, yang menyenangkan hati mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Masa mengandunglah akan teringat balik dosa dengan mak ayah dulu. Semuanya berlegar-legar diruangan minda dan diakui istilah pendosa itu😒.

Semoga rezeki seumpama ini sentiasa disyukuri dan berjuanglah dengan semangat keibuan yang tekad. Mohonlah kemaafan daripada suami, ibu ayah, insan-insan terdekat dan sesama manusia. Moga Allah juga mengampuni dosa-dosa kita selama hayat di dunia ini. Amiin. 

5 ulasan

  1. tahniahnyer.. aminn ya robbal Alamein πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah... dah bersalin kah belom tok? ptt lamak menghilang... ria lamak di miri pun lupak juak nk contact ktk

    BalasPadam

Jemput komen. Jangan malu-malu.