Assalamualaikum dan salam berhujung minggu.
Apa khabar kawan-kawan blogger sekalian? 4 hari Eza tak update apa-apa new post ya. Previous post adalah 1 Disember. Apa tidaknya, memang keletihan dengan tugasan di siang hari. Minggu yang agak mencabar sampaikan balik rumah pun tidur awal before jam 9.00 malam. Letih sungguh ya otak berfikir. Namun hari ini, itu semua tolak sahaja ketepi, kita fikirkan semula Isnin depan.
Kerja takkan selesai selagi kita masih dalam perkhidmatan. Jadi, hadapi sahaja dengan senyuman. Melihat ragam orang di tempat kerja, caca marba. Ada yang boleh dicontohi, ada yang boleh dielakkan, ada yang merisaukan. Itulah kehidupan kan. Tidak dijanjikan bulan bintang jatuh ke riba. Maka, berusahalah dengan gigih untuk rezeki yang lebih diberkati.
Ok, panjang sungguh Eza bebel sebab tak berblogging lebih 3 hari. Haha! Itu memang hakikat ya. Eza tak rajin mana nak cerita hal kerja kat blog ni. Tapi mana yang dapat diambil iktibar, dipersilakan ya.
Kita kembali ke Sri Pentasss.. #tiberrrr 😂😂😂
____________________________________________
BLOGWALKING merupakan gabungan perkataan BLOG dan WALKING. Definisi blogwalking adalah kita berkunjung/melawat/singgah blog orang lain. Biasanya, aktiviti blogwalking akan melibatkan blog yang tersenarai dalam bloglist atau reading list kita. Biasanya Eza berkesempatan untuk melakukan blogwalking semasa hujung minggu atau hari-hari cuti riang ria. Pendeknya, bukan semasa hari bekerja. My first trial untuk ber-blogwalking semasa working days menemui KEGAGALAN. Apa tidaknya, awal sangat mata mengantuk. Zzzz.. 😴😴😴
Aktiviti blogwalking mempunyai kepentingan/kelebihannya tersendiri:
- Melatih diri untuk menjadi pembaca setia (loyal reader). Selalunya orang-orang loyal ini akan disayangi 😉😉😉. Sekaligus, blog kita pun akan selalu dilawati.
- Memupuk minat membaca pelbagai jenis genre bacaan. Setiap blog mempunyai identiti tersendiri meliputi cara penulisan, gaya bahasa, gaya penceritaan dan sebagainya. Terdapat kepelbagaian blog seperti masakan, informasi, gaya hidup dan sebagainya. Blog Eza ini macam biasalah, janjiku bahagia sahaja 😆😆😆.
- Pencambahan idea dan penambahbaikan blog. Kita akan dapat idea-idea malar segar bila melawat ke blog yang sudah lama bertapak atau kata lainnya blogger berpengalaman. Dari situ, kita akan dapat menghasilkan suatu post yang berkualiti. Dari penambahbaikan pula, kita boleh menilai kesesuaian sesuatu gadget untuk diletak atau dibuang melalui aktiviti blogwalking ini.
- Beri sokongan kepada rakan bloggers yang lain. Biasakan diri untuk meninggalkan jejak seperti di ruangan komen dan shoutbox bagi tujuan interaksi. Kita juga boleh menzahirkan sokongan melalui penyertaan Segmen/Contest/Giveaway anjuran bloggers lain. Sokongan antara satu sama lain adalah penting ya adik, abang dan kakak.
- Berupaya untuk meningkatkan followers blog. Orang suka blog kita, orang akan follow. Orang tak sudi follow apakan daya. Jangan sekali-kali paksa kecuali suami sendirik 😜😜😜. HAHA.

Selesailah sudah lima kelebihan dan kepentingan BLOGWAKLING yang Eza boleh kongsikan dengan pakej infografik sekali. Kalau memanjang je kita update post kita tanpa beramah mesra dengan blogger lain, macam syok sendiri pulak ya. Kita dalam sebuah komuniti alam maya ini, kita memerlukan orang lain untuk menceriakan kehidupan yang begitu banyak pancarobanya. Ecewah!
Penulisan Eza dalam blogging ini, Eza sedaya upaya untuk menulis perkara yang bermanfaat walaupun sedikit. Semoga pembacaan korang di blog ini mendapatkan ilmu baharu dan perkongsian yang bermakna.
Selamat berhujung minggu.
Eza nak start jalan-jalan ke blog korang.
Salam kenalan dan salam ukhuwah fillah abadan abada.
Read More