Memaparkan catatan dengan label CNY 2021. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CNY 2021. Papar semua catatan

Kisah CNY, alamak salah rumah!

Jumaat, Februari 12, 2021

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina bagi masyarakat cina yang menyambutnya. Happy Chinese New Year, Gong Xi Fa Cai! Hari ini 12 Februari  2021 dan esok 13 Februari 2021 merupakan cuti umum (public holiday) bagi seluruh rakyat Malaysia. 

Masa Eza dalam usia lingkungan sekolah rendah kejadian ini berlaku. Namun masih segar diingatan. Rumah kami sekeluarga, eh rumah abah lah terletak di tanah persendirian dan geografinya adalah tanah bukit. Jiran kami kebanyakkan adalah masyarakat Tiong Hua. Area rumah cikgu yang ajar subjek Fizik pun di kawasan kejiranan. Maaf cikgu Fizik saya dapat B saja masa SPM walaupun saya suka je cikgu dan minat subjek ni. Haa, tiber cerita pasal Fizik pulak. 

Biasanya, ada budak-budak kampung akan beraya pergi rumah ke rumah jiran tetangga untuk berkunjung. Selain nak ziarah tu, dapatlah angpow sekali. Adik-beradik Eza tak dapatlah nak pergi raya-raya macam tu sebab mama abah strict sikit. Jadi masa cuti perayaan macam ni, memang duduk rumah sahaja. Buat ulangkaji pelajaran. Pendidikan sangat penting ya dalam keluarga kami, dapat markah pen rona merah pun takut nak balik rumah. Tak sanggup nak tengok muka abah kecewa dengan keputusan exam. Tapi ada je lah subjek dapat gagal, kehidupan mana tak bergelora kan. Huhuk.

Nak dijadikan cerita, ada sekumpulan budak ni datang hingga depan pintu rumah kami masa CNY. Mungkin mereka ingat kawasan tu semua berbangsa Cina. Walaupun tanglung tak pasang, Dung Dung Chai tak panggil ke rumah. So, abah pun bagitahu kat mereka semua, "Adik-adik semua, maaf kami bukan orang Cina kami tak sambut Tahun Baharu Cina. Boleh pergi rumah depan sana. Terima kasih". Mereka pun berlalu pergi ke rumah jiran yang lain. 

Hihi. Itulah kenangan CNY Eza masa kecil. Malam tadi, masa bertelefon dengan mama bunyi mercun tu memang jelas dan nyata walaupun jam baru jam 7.30 malam. Boom! boom! Dengan percikan bunga api yang berwarna warni menghiasi langit kelam. Meriah bukan kawasan perumahan kami? Itulah kebiasaannya yang terjadi setiap tahun. Kami saling menghormati perayaan orang lain. Benda tak ada isu, tak perlu dijadikan isu. 

Itu sahaja cerita sempena CNY. 

Sekian dahulu, bye!

Read More