Showing posts with label COVID-19. Show all posts
Showing posts with label COVID-19. Show all posts

BURNOUT - The Storm Will Pass

Tuesday, June 01, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar semua masa PKP ini? Masing-masing ada pengalaman dan peristiwa sendiri sebagai lipatan sejarah peribadi. Bagi yang frontliner, tugasan tetap tugasan. Hari-hari kena turun bekerja. Jalankan amanah Allah. Tak ada BDR atau WFH, kerja tetap kena jalan. 

Namun keletihan bekerja itu tidak dapat disangkal lagi. Kadang rasa nak rebah, kadang nak menangis air mata bercurahan dan kadang rasa nak putus asa. Begitulah perasaan yang perlu turun bekerja berbekalkan motivasi kendiri. Bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Orang anggap senang. Memanglah senang kalau kerja awak tu bagi dengan orang. Orang yang menerima beban tugas awak tu rasa sangat terseksa dan terbeban. Susah untuk dijelaskan keletihan yang disebabkan kerja yang memerlukan kedua-duanya, fizikal dan mental. Entah ada orang hargai atau hanya dipandang sepi. Pada ketika ini, cukup sekadar bantuan motivasi dan persekitaran yang positif diharapkan. 

I really thankful sebab ada suami, keluarga dan kawan baik tempat meluahkan rasa. I really need someone yang pinjamkan telinga untuk dengar segala keletihan dan perasaan yang tersakiti. Struggle is real. Perlu teamwork yang padu. Other wise, ada yang akan tumbang sendiri di medan peperangan. Mungkin perlu empati dan simpati. Bekerja bukan kerana gaji dan elaun yang diperolehi. Bukan berlakon rajin sokmo depan ketua sahaja, tapi yang betul-betul kerja atas amanah yang Allah suruh pikul. Don't create unhealthy environment. You will end up harm other people yang betul-betul kerja. 

Bila agaknya pandemik ini akan berakhir. Belum ada sinar lagi untuk merasai kehidupan seperti dahulu. Moga Allah ringankan beban tugas semua petugas barisan hadapan. Semoga sentiasa diberi bekalan motivasi untuk terus berkhidmat. Semoga dijauhi daripada jangkitan COVID-19 walaupun pendedahan (exposure) terhadap jangkitan tersebut sangatlah tinggi. Bantu kami untuk kurangkan jumlah kes harian. Sembuh cepat Malaysia. Please. 

Dear Eza, the storm will pass. Keep strong!

Sekadar entry luahan. Bye.

Read More

Tolonglah LARI dari Malaysia, COVID-19!

Saturday, January 23, 2021

COVID-19 atau nama penuhnya Penyakit Coronavirus 2019 telah melanda di seluruh dunia. Difahamkan COVID-19 berjangkit dari individu ke induvidu melalui titisan pernafasan dan sentuhan. Penyakit ini juga telah meragut ramai nyawa. Kebelakangan ini, kes COVID-19 di Malaysia semakin bertambah dan sangat merisaukan. Dari seangka, dua angka, tiga angka dan kini empat angka. Kes kematian juga semakin meningkat saban hari. Jujurnya, hati ini sangat sayu dan terkesan apabila kes kematian tersebut berlaku di kawasan sendiri. Betul, ajal maut itu ditangan Allah. Tak siapa menyangka bila ajal berkunjung tiba. Bila-bila masa sahaja. Tidak mengira usia kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Apabila melihat cara pengurusan jenazah pesakit COVID-19 yang diuruskan dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE), menangis lagi hati ini. Tidak seperti pengurusan jenazah yang biasa. 

Credit to: Infografik | COVID-19 MALAYSIA


COVID-19 memang wujud. Bukan satu gurauan. Bukan boleh dibuat main. Bukan dapat dianggap mudah. Hakikatnya virus ini sudah berterbangan di udara. Namun, masih ada yang membawa anak -anak kecil ke tempat sesak ramai orang, masih ada lagi yang memakai mask di bawah hidung dan masih lagi bertepuk tampar sesama sendiri. Penyakit ini tidak mengira siapapun anda. Bersiap siaga sentiasa. Paling penting, berusahalah untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Perlu sedia handsanitizer dalam kereta, dalam beg, dalam laci meja kerja. Usahalah semampu yang boleh untuk menjaga diri sendiri dan keluarga. 

Buat petugas barisan hadapan,
Kekal bersemangat. Semoga tiap titik peluh dan keletihan dikira Allah Maha Pencipta. Terus berjuang sehabis baik. Terus kuat okay! Sama-sama bagi semangat sesama sendiri untuk berkhidmat demi negara. Buat keluarga kami, doakan keselamatan kami. Semoga kami sentiasa dilindungi Allah. Melihat sahabat-sahabat seperjuangan di kuarantin, hati ini menangis lagi. Mungkin sahaja raut wajah menguntumkan senyuman, namun hati gundah gulana tak siapa tahu. Mengharapkan aura positif selalu ada sepanjang masa bertugas. 

Credit to: Infografik | COVID-19 MALAYSIA

Ingatlah,
Tak ada permintaan lain yang ingin dimohon, cukuplah untuk bersama-sama patuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Amalkan penjagaan kebersihan kendiri di tahap yang tertinggi. Selalu amal 3W - Wash, Wear & Warn. Elak 3C - Crowded Place, Confined Place, Close Conversation. Bila tengok orang ramai berkumpul, mohon elak untuk pergi. Please jaga diri sendiri, please jaga keluarga sendiri. Positif COVID-19 bukan good news yang boleh dicanang-canang riang. Ini melibatkan nyawa. Ada orang imunisasinya sangat rendah. Ada orang ada penyakit yang dirahsiakan. Setiap orang itu ada risiko yang kita tidak ketahui. Tolonglah jadi individu yang bertanggungjawab untuk bangsa dan negara. 

Credit to: Infografik | COVID-19 MALAYSIA

Araising cases,
Doaku semoga graf semakin menurun. Zon Merah menjadi Zon Jingga. Zon Jingga bertukar Zon Kuning. Dan paling diimpikan adalah Zon Hijau. Semoga beroleh semula takhta ini. 

Buat mereka yang terjejas,
Doakan mereka semoga dimurahkan rezeki. Apabila tengok orang promote-promote barang jualan, boleh bantu untuk beli. Setidaknya pun, tolong like dan share. Itu sudah memadai. Tak semua bernasib baik untuk bekerja tetap dan punya gaji setiap bulan. Entah kenapa hati ini agak tersentuh apabila melihat peniaga kecilan berniaga di tepi jalan. 

Makcik Penjual  : Makcik ada atur sikit stall makcik ni guna duit bantuan kerajaan. 
Eza Boom Boom: Alhamdulillah makcik, mudahan kuih dijual kitak abis dibeli tiap hari. 

Bantuan kerajaan itu memang diperlukan oleh rakyat untuk kelangsungan hidup. Untuk dibuat modal niaga. Murahkan rezeki semua orang ya ALLAH, berikan mereka rezeki melimpah ruah seluas lautan. 

Credit to: Infografik | COVID-19 MALAYSIA

Entry ni luahan hati sahaja. Bernada melankolik. 
Sedih kes semakin banyak. Kematian juga semakin banyak.
Apa peranan korang untuk mencegah jangkitan COVID-19 ini?
Duduk rumah, jika rezeki untuk duduk di rumah. 
Bertugaslah dengan ikhlas, kiranya dipilih Tuhan untuk bertugas. 
Pengorbanan ini tidak pernah sia-sia di mata Tuhan. 

Pergilah wahai COVID-19, 
Rindu teramat kepada ayahanda dan bonda. 
Sungguh, aku ingin balik ke kampung halaman.
Namun, apakan daya masih cekal berjuang. 
Kuatlah semangat, kuatlah hati!

Sekian, till then. 

Read More