Memaparkan catatan dengan label Eza Boom Boom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Eza Boom Boom. Papar semua catatan

Welcome back, Eza Boom Boom!

Ahad, Mei 16, 2021

 Assalamualaikum. Hi guys!

Setelah dua minggu tak update blog. Lama sungguh blog ini ditinggalkan tanpa khabar berita. Busy memanjang ya kebelakangan ni. Weekend pun turun kerja. So, kudrat tak larat nak melawat blog dan masa lebih banyak diberikan untuk aktiviti rehat. Korang apa khabar tu? Eza harap semuanya baik-baik sahaja di samping keluarga tersayang. Kita masih dalam fasa ujian pandemik COVID-19. Eza doakan semua orang agar sihat walafiat dan amalan norma baharu. Jangan trust sesiapa dalam isu kesihatan awam ni. Pastikan gunakan facemask, jaga kebersihan diri dan pastikan penjarakan fizikal. 

Eza nak update serba ringkas je untuk entry kali ni. Plan Eza nak buat entry raya, hari guru, pengalaman puasa dan sebagainya. So, korang kena stay tune tau untuk baca tulisan-tulisan Eza. Harapnya sentiasa sudilah untuk membaca nukilan diri ini yang sekejab timbul sekejab tenggelam. Tak usah dipertikaikan lagi, memang sah part-time blogger. 

InsyaAllah lepas ni nak blogwalking dahulu kat blog kawan-kawan. Terima kasih tau sudi singgah blog Eza ni. In case korang nak follow media sosial Eza Boom Boom yang lain, jemput click icon social media paling atas sebelah kanan. Situ je lah tempat Eza bersosial di alam maya. Andai ada kawan-kawan yang sememangnya mengenali Eza secara fizikal, media sosial peribadi Eza tidak aktif ya. Ada akaun yang dah deleted. Malas nak jaga banyak benda. Akaun media sosial peribadi yang masih ada pun atas urusan rasmi. Gituuu. So, korang boleh je interaksi dengan Eza dekat medium sosial media yang Eza ada share kat blog ini. 

Sekian dahulu, coret coret jari pada entry kali ni. Welcome back, Eza Boom Boom!

Read More

Birthday Giveaway by Eksplorasilea #EzaJoin

Jumaat, Mac 05, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Hari ini Eza luangkan masa untuk join giveaway daripada salah seorang rakan blogger. Tarikh tutup 22 Mac nanti tau. Lama lagi, tapi tak apa kan join awal-awal ni. 

Syarat-syaratnya adalah:

Follow dua blog : Done 👍

Subscribe Youtube Channel: Done 👍

Copy paste banner Giveaway: Done 👍

Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen: Done 👍

Hadiahnya, tersenarai dalam bloglist beliau dan wang tunai. Menarik bukan? Jom la join sekali. Korang click je banner tu ya. 

Sekian dahulu. Bye!

Read More

TIPS BLOGGING: 11 CHECKLIST PENGANJURAN SEGMEN/GIVEAWAY/CONTEST

Selasa, Februari 16, 2021

Hari ni Eza nak share salah satu tips blogging iaitu checklist penganjuran Segmen/Giveaway/Contest dan yang sewaktu dengannya terutama di blog. Penganjuran aktiviti bagi rakan-rakan bloggers jugak antara usaha dalam mengeratkan silaturrahim dalam kalangan blogger selain dapat meningkatkan traffik blog. Pada masa yang sama, amalan murni seperti memberi dan menerima hadiah juga terlibat dalam aktiviti ini. Bagi penganjur/pemberi hadiah akan lebih gembira apabila berkongsi rezeki. Manakala, penerima hadiah pula mensyukuri rezeki yang diterima. Rezeki ni kita tak boleh nak agak. Ada rezeki, Alhamdulillah. Terutamanya jika penganjur menggunakan kaedah ala-ala cabutan bertuah atau menggunakan random generator. Itulah nenek moyang kita ada menyebut, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah sahaja yang tahu".

Checklist ni dalam bahasa melayunya adalah Senarai Semak. So, bolehlah kiranya dijadikan sebagai panduan bersama. Ini untuk rujukan sendiri sebenarnya. Tahun lepas dengan penganjuran segmen secara solo, Eza detect beberapa kelemahan dan kekurangan. Life is about learning process, right? Eza harap perkongsian ini ada manfaatnya kepada blogger-blogger yang belum pernah menganjurkan apa-apa Segmen/Giveaway/Contest dan sebagainya. Blog berbeza sedikit dengan sosial media lain seperti twitter yang memang aktif buat Segmen/Giveaway/Contest. Rasanya hari-hari ada je yang anjur benda tu semua. Retweet, follow, komen, siap! Ini perkongsian serba sedikit mengenai dunia twitter. 

Jom kita ambil tahu 11 [SEBELAS] CHECKLIST bagi penganjuran Segmen/Giveaway/Contest. Let's check it out:

  1. Nama Segmen/Giveaway/Contest - Nama ni penting bagi menarik minat rakan blogger untuk menyertai aktiviti yang kita anjurkan. Sekaligus bertindak sebagai platform agar blog kita lebih dikenali. Sangat digalakkan meletakkan sekali nama blog. Selalunya kalau Eza lupa nak bookmark sesuatu segmen yang Eza nak join, sekurang-kurangnya Eza akan ingat nama blog penganjur. Nama nak panjang ke pendek, terpulanglah. Sebab NAMA itu nanti yang menjadi title di entry-entry peserta. Contoh nama: SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPS BY EZA BOOM BOOM
  2. Objektif penganjuran - Setiap benda yang kita lakukan mesti ada tujuan dan matlamat yang ingin dicapai. Contohnya, mencari bloglist blog. Jadi segmen tersebut mempunyai tujuannya untuk mencari senarai blog yang hendak diletakan pada bloglist di sidebar. Ada juga objektif yang dinyatakan secara umum seperti bagi memeriahkan dunia blogging. Ini juga salah satu contoh objektif. Objektif yang tercapai akan menjadi kayu pengukur selepas selesainya sesuatu aktiviti tersebut. 
  3. Syarat Penyertaan - Kebiasaan syarat asas yang diletakkan adalah seperti follow blog, letak nama segmen dan banner disediakan penganjur serta tinggalkan link penyertaan di ruangan komen entry penganjuran. Syarat ini mesti dipatuhi agar peserta yang gagal mengikuti syarat ditetapkan boleh disqualified, penyertaan peserta itu boleh dibatalkan. 
  4. Tempoh masa penganjuran - Pendapat peribadi Eza, paling lama adalah dua minggu. Tapi terpulanglah kepada korang jugak. Semakin lama tempoh penganjuran, selagi itulah kita ada komitmen hendak dijaga. Jika dapat bagi komitmen yang terbaik, should be no problem. Masa tamat pun kena maklumkan sekali. Nak letak detail, bubuh sekali dengan jam berapa. Contohnya, tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Februari 2021 pada jam 8.00 malam. 
  5. Hadiah - Ini adalah pilihan. Nak bagi hadiah ataupun tidak. Tengok bajet yang korang ada. Contoh hadiah adalah barang-barang, wang tunai, vouchers, pemilihan blog yang terpilih jadi bloglist dan sebagainya. Jika rajin nak pergi pos barang, boleh tawarkan hadiah berupa barang-barang fizikal. Nak cepat settle, hadiah wang tunai. Zup zap transfer thru online banking. Settle. Hadiah ni selagi tak sampai ke tangan pemenang, selagi tu lah duk tak senang hati. 
  6. Banner Segmen/Giveaway/Contest - Banner ni penting untuk inform everything. Put all the information in one picture. Masuk la nama segmen, tempoh penganjuran, hadiah, syarat. Semua buh saja. Lagi padat lagi bagus. Nak buat banner segmen, senang sahaja ya. Boleh try aplikasi CANVA. Pantas dan cantik!
  7. Entry Senarai Peserta - Buat satu entry untuk menyenaraikan semua peserta yang menyertai aktiviti kita. Boleh update secara daily atau weekly, ikut kesesuaian masa korang. Fungsi senarai ni untuk semak in case ada penyertaan yang tercicir. So peserta yang dah join pun boleh detect, "Eh eh mana link blog saya, saya kan dah hantar link".  Boleh rujuk contoh di SINI.
  8. Maklum Balas kepada peserta yang menyertai - Tinggalkan komen dekat entry penyertaan peserta. Contohnya, "Terima kasih atas penyertaan Cik Boom Boom dalam Segmen Cikeboom Cikeboom, Cik adalah peserta yang ke-20. Happy blogging ya". So, peserta akan rasa dihargai dan maklum bahawa penyertaan mereka telah diterima oleh pihak penganjur. 
  9. Entry Tamat - Entry ini bertujuan untuk mengumumkan segmen/giveaway/contest telah tamat. Jadi sebarang penyertaan selepas tamat tempoh aktiviti tidak akan dilayan sama sekali. Dekat entry inilah korang akan bagitahu bila agaknya pemenang akan diumumkan. Jika entry tamat sudah posted, korang take your time untuk godek-godek balik entry peserta mengikut syarat ditetapkan dan buat shorlisted. Entry ni boleh je buat awal dan schedule kan mengikut masa tamat yang korang tetapkan.
  10. Entry Pengumuman Pemenang - Ini pun memerlukan satu entry bagi memaklumkan para pemenang yang telah berjaya. Mohon para peserta email maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, alamat, nombor telefon atau nombor akaun bank jika memerlukan transaksi bank. In case aktiviti yang korang anjurkan takda pemenang mahupun pengalah, takda entry ni pun tak apa. Dalam entry ini korang zahirkan juga penghargaan kepada semua peserta dan sponsor (jika ada) atas kerjasama yang diberikan. Budi bahasa kan amalan mulia. 
  11. Maklum Balas kepada Pemenang - Bear in mind, setiap blogger ada masanya sendiri. Ada yang online weekend je, ada yang check blog tiga kali seminggu je. Oleh itu, penting bagi pihak penganjur untuk meninggalkan komen di entry penyertaan untuk memberitahu perkhabaran berita gembira mengenai kemenangan saudara/saudari tersebut. Jika dalam seminggu belum ada feedback lagi dari pemenang, usahakan untuk mencari info contact yang ada kat blog mereka. Sedaya upaya to reach them by email, phone or social media. Ini namanya, courtesy
Sekian sahaja perkongsian Eza mengenai 11 checklist penganjuran Segmen/Giveaway/Contest. Eza tak ada pengalaman luas beribu batu pun. Cuma nanti Eza boleh jadikan sebagai rujukan sendiri. Memang panjang entry ni kan. Suka je nak type explain panjang-panjang, dua malam baru siap. HAHA. Semoga bermanfaat ya. 

Eza doakan andai kata korang anjurkan sebarang Segmen/Giveaway/Contest, semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya mencapai objektif yang diimpikan. Selamat maju jaya! Happy blogging!
Read More

Long Weekend - Tiga Hari Di Bulan Februari 2021

Ahad, Februari 14, 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Gelaran long weekend diperolehi sekiranya dalam sesuatu minggu tersebut ada Public Holiday atau Cuti Umum pada Jumaat ataupun Isnin. Bagi bulan Februari ini, Public Holiday atau Cuti Umum  jatuh pada tarikh 12 dan 13 Februari 2021 iaitu Jumaat dan Sabtu. Tambah hari Ahad, dapatlah long weekend itu. Bestnya hidup tiga hari weekend. Memang detik yang paling Eza tunggu-tunggu memandang rezeki untuk Work From Home (WFH) belum ada lagi. Jadi, nikmat rehat itu sangat dihargai sepenuh jiwa raga. Banyak benda boleh settle di rumah ni seperti kemas dapur, restock barang rumah, cuci cadar, tuala dan banyak lagi lah. Nampaknya aktiviti berkebun ditunda dahulu kerana cuaca kurang mengizinkan. Tengok tanaman yang ada pokok roselle sahaja yang membuahkan hasil selain pokok cili sepohon. Sedih sungguh ya. Next week la nak baja pokok tu semua, kemungkinan kurang kasih sayang 😢. 

Rehat tiga hari ni bagi Eza sangat best. Santai badan dan minda. Umur dah meningkat ni, selalu pula beli minyak angin, lenguh-lenguh badan. Blog pun meriah je updatenya. Eza selalu akan support aktiviti blogger lain yang anjurkan segmen, giveaway, contest dan sebagainya jika diizinkan waktu dan kesempatan. Selain itu, Eza juga aktif di Instagram dan Twitter. Facebook ada jugak, tapi tak reti nak aktif macam mana. HAHA. Lain kali lah share ya kalau followers or friends dah banyak sikit. Segan Eza dibuatnya. In case korang scroll media sosial dan jumpa account Eza, dipersilakan je follow dan add friend. No problem 👌.

Walaupun boleh dikatakan berehat selama tiga hari ni, Eza ada je semak-semak email untuk urusan kerja. Mana yang dapat settle segera, dapatlah Eza siapkan. Mana yang tak terdaya otak ini berfikir, Eza fikir esok lah ya. Haa, Eza ada sesi perkongsian atas talian sebenarnya. Slide tak ready lagi ni. Nervous la pulak nak bercakap ni. Tengok mood esok nak macam mana, recording atau live. Takut ketaq suara, orang tak faham pulak apa yang Eza cuba sampaikan ni. All is well, you can do it darling Eza Boom Boom!

Bulan Februari ni pulak investment Eza banyak ke buku also known as book. Dalam lima buah jugak sudah dibeli. Masih menunggu sampai ke tangan. Tiga dari lima tu buku resipi. Eza sangat perlukan buku resipi yang tangible ya sekarang ni. Semoga ilmu pengetahuan mengenai masak memasak akan bertambah dengan pesatnya. Rindu masakan mama sebenarnya. Kami suami isteri ni tak sama bangsa ya, memang agak banyak perbezaan dari aspek makanan. Tapi bagi Eza boleh je makan masakan style mereka. Dia je lah memilih sangat, allergic itu ini. Tak apa sayangku, asal awak sihat walafiat dan cukup makan. Syukur alhamdulillah. 

Ok lah. Ini borak-borak kosong je. Korang suka ke baca entry macam ni? 😅😅 Oklah, Eza nak prepare slide dulu. InsyaAllah esok tak letih balik kerja, Eza update lagi ya. Bye!

Read More

[TQ Post #2] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kembali lagi kita dalam rancangan TQ Post kali kedua. Dapat hadiah lagi. Alhamdulillah. Mana nak dapat hadiah bergolek. Syukur sangat atas rezeki yang diberikan. Hadiah ini diberikan oleh rakan blogger Dunia Sebenar Shida. Siapa tak kenal bukan? Antara blogger yang lama jugak telah bertapak di dunia blogging.

Nak tahu macam mana boleh dapat hadiah ni? Korang boleh baca entry berikut:

ENTRI 1

ENTRI 2

Hadiah ini menjadi kenang-kenangan di kemudian hari. Lain kali boleh throwback. Eza nak create banyak lagi moment blogging selagi masih bergelar blogger. Dulu tak simpan pun kenangan tu semua. Sayang bila dikenang semula. So, simpanlah dalam blog siap-siap. Bila rindu boleh baca balik. 

Eza suka je blogging ni sebab dapat banyak baca cerita-cerita blog korang. Mengenali tanpa perlu menilai. Itulah yang paling best sekali. Baca entry sedih, sedih jugak lah Eza. Baca entry ada ilmu, bertambah juga ilmu Eza. Pendeknya, blogging memang sangat fun dan jadi hobi yang berfaedah untuk Eza. 

Inilah hadiah yang Eza dapat 😍:


Nice sangat kan dapat kalendar rona kebiruan. Kreatif dan praktikal. Eza boleh simpan di workstation Eza kat rumah ni. Terima kasih tau  Blogger Shida sudi kirim dan bagi Eza kalender ni. 

Sekian dahulu ya! Jumpa lagi 😘



Read More

Segmen Bloglist Ombak Bergigi X Shopee Lisz Global Resources #Ezajoin

Sabtu, Februari 13, 2021

Hai korang. Eza join segmen lagi ya. Mana tahu dapat tudung dan masuk bloglist Puan Penganjur Segmen. So, cuba je lah ya. Moga berjaya kepada awak Eza Boom Boom. 

Syaratnya mudah je seperti yang berikut:

Follow blog Ombak Bergigi - 👌

Follow Shopee Lisz Global Resources - Done 👌

Letak banner (click banner eh jika nak join sekali) dan tinggalkan link entry dekat ruangan komen entry segmen penganjur. 

Ok done. Nak hantar link ni, posto posto!

Read More

Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey #EzaJoin

Hai korang. Hari ni Eza nak join segmen rakan blogger lagi. Alhamdulillah weekend ni banyak masa sikit untuk bersantai bersama blog tercinta. Senang je nak join. Syarat pun mudah. 

Syarat yang perlu dipatuhi:

Follow blog - Done👌

Follow Instagram - Done 👌

Letak banner atas ni (click banner jika nak join sekali) 👌 dan tinggalkan link penyertaan dekat ruangan komen entry segmen penganjur. 

Ok siap dah! Sekian dahulu ya😍

Read More

[TQ Post #1] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari tu Eza ada post mengenai terpilih untuk dapat hadiah sebab selalu drop komen. Rezeki tak salah alamat, Eza terima dengan hati yang girang gembira. Alhamdulillah. Dalam minggu ni ada beberapa hadiah yang sampai. Cuma Eza ambik masa sikit nak buat entry dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. 


Syukur jugak sakit tak datang masa bekerja, dia menjelma bila di rumah. So, orang akan ingat kita okay-okay sahaja di tempat kerja. Eza selalu doa jugak supaya sakit yang dirasai tak menyerang masa kerja. Sebab tak suka orang kesian dengan keadaan Eza. Terima kasih male nurse aka husband tersayang selalu rawat tak kira masa sampai tak cukup tidur. Husband Eza bukan nurse pun, hihi. Gelaran tu  Eza saja je bagi, sebab dia selalu jaga Eza baik-baik. Ah nak nangis pulak cerita pasal ni. 

By the way, nak baca macam mana boleh dapat hadiah? Jemputlah baca entri berikut:

ENTRI 1

ENTRI 2

So, dah baca dah tahu ceritalah ya. 😍😍😍



Terima kasih sangat rakan blogger, Kak Shikin Razali dah bagi hadiah macam-macam kat Eza. Terharu sangat bila staff hantar kat pejabat. Eh apa benda berat-berat ni. Takkan order shopee pulak. Hihi. Rupa-rupanya ada nota diselitkan di dalam parcel. Terima kasih sangat kak Shikin. Moga murah rezeki melimpah ruah untuk buat renovation rumah dan dipermudahkan segala urusan. Semoga terus berblogging dan menyebar manfaat melalui penulisan blog. 

Inilah yang ada dalam parcel tu. Alhamdulillah sangat.

Sekian dahulu cerita hari ni. Nanti update lagi ya. 
Bye!


Read More

Segmen Blogwakling By Si Hati Berbolak Balik #Ezajoin

Jumaat, Februari 12, 2021

Assalamualaikum korang. Okay hari ni Eza nak join segmen blogwalking rakan blogger kita. Macam biasa Eza support untuk memeriahkan suasana di dunia blogging. Korang pun jemput la join sekali ya. 

Tekan je banner atas ni jika nak join sekali eh. 

Itu je. Simple sangat. 

Sekian 😘

Read More

Thes's Love Giveaway - #Ezajoin

Selasa, Februari 09, 2021

Hi korang. Hari ni Eza nak join Giveaway daripada rakan blogger. Syarat mudah je, simple omputih kata. 

  • Follow blog - Done 
  • Follow IG Account - Done
  • Comment blog - Blog sangat kemas. Concept minimalist. Less is more orang kata. Sejuk mata tengok, senang nak baca. Eza ikutkan hati nak jugak blog design ala-ala begitu, tapi tak reti. Ilmu hias blog macam ni je la. Itupun try and error tengok tutorial blog orang. Mana yang jadi itulah yang dikekalkan. Mana yang failed, Eza try lagi next time. So, keep it up tau awak! 😍 Happy blogging!
  • Nak join sekali, click je banner warna merah jambu atas ni eh. Okay lah, Eza nak hantar penyertaan dah.
Till then. 😘

Read More

Hi February! Second month of the year

Isnin, Februari 01, 2021

Kita masuk bulan kedua iaitu Februari bagi tahun 2021. Pejam celik pejam celik dah melepasi bulan Januari dan tibanya bulan Februari. Cepatnya masa berlalu. Hari ini masuk hari ke-32 dari 365 hari setahun. Nampaknya sibuk tahun lepas hampir menyamai kesibukan tahun ini. Bersedia sahaja untuk apa sahaja kemungkinan. Kes di kawasan Eza masih lagi tinggi. Entah bila akan turun kes. Doa untuk zon menjingga nampaknya jauh lagi perjalanan tersebut. 

Hai korang, apa khabar tu? Maaf ya lama tak blogwalking. Ada baca-baca entry baru korang, tapi tak tinggal komen. InsyaAllah nanti, Eza buat marathon blogwalking. Kepala pening-pening, susah sikit nak buat ayat. Banyak sangat fikir kot. Masih menstabilkan diri fizikal dan mental untuk terus bersemangat berkhidmat untuk negara. Ecewah. Doakan ya korang. 

Bulan Januari ni ada beberapa pencapaian yang membanggakan. Bangga untuk diri sendiri je lah. Nak tahu apa? Senarai adalah seperti yang berikut:

  1. Done beli Makita Metal Cutting Cold Cut Saw. Ini pencapaian husband la. Bagus peralatan ni nak potong besi. Cepat, potongan yang sempurna, tidak panas, serpihan yang minumum. Ini nampaknya Eza akan review la. Beli kat shopee je okay. Trusted seller. Dah guna dah pun, memang puas hati. 
  2. Done beli alas meja makan 8-seaters. Kenapa beli meja makan besar walaupun hidup berdua je, sebab nak semua tetamu duduk kat kerusi bila datang rumah kitorang. Family kitorang besar, lagipun spacing dapur luas lagi. Why not kan? Lama jugak dok fikir nak beli ke tak nak beli. Akhirnya beli jugak. Moga istiqamah ya hasrat nak mencantikkan rumah ni. Ini pun kalau cantik, Eza akan share nanti. Hope kualiti standing harganya. 
  3. Done received hadiah daripada blogger Shida. Belum sempat nak post entry lagi. InsyaAllah soon. Sebab belum photoshoot gambar. Alhamdulillah rezeki Eza dapat cenderahati daripada rakan blogger. Thank you kak Shida!
  4. Oh ya, kereta pun dah tukar kasut. Tukar tayarlah maksudnya. Dah 5 tahun pakai so walaupun masih elok lagi, Eza tukar je lah. Takut tayar buat perangai masa kegawatan ekonomi rumahtangga, tak ke naya nak membayarnya. Huhu.
  5. Berjaya masak bubur ayam. Lulus pada selera suami ni kira pencapaian besar tau. Sebab dialah raja cerewat pasal makanan ni. Renyah sikit langkah-langkah dia, tapi hasilnya sangat sedap. Ini pun bakal Eza kongsikan resipinya. Maklum sahajalah, musim hujan ni teringin pula nak masak bubur ayam. 

Manakala pencapaian entry post Eza kat blog pula belum menemui consistency. Goal Eza adalah 31 post. Cuma dapat capai 21 post sahaja. Maknanya, 67.7%. Peratus yang kurang memuaskan. Moga bulan Februari ni lebih banyak post dihasilkan dan boleh melawan keletihan selepas bertugas. Harapan Eza begitulah hendaknya. 

Itu je lah sedikit perkembangan semasa Eza. Maaf tau korang sebab belum berkesempatan nak ziarah blog korang. Entry ni kira random stori mori je lah di malam yang ditemani hujan dan kesejukan. Until next time. 

Bye!

Read More

Segmen Drop Your Link By Adinda Baizura Mazlan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sebagai pembuka hari pertama bulan Februari Eza nak support rakan blogger bernama Adinda Baizura Mazlan. Syarat simple dan mudah sangat. Tanpa melengahkan masa, mari kita bersama-sama memeriahkan segmen beliau. Mana tahu rezeki dapat masuk bloglist kedua beliau. Who knows right?

Ok done. Nak hantar link penyertaan dulu ya. Korang yang baca entry ni, kena join sekali tau. Hehe, Jom lah!

Bye!


Read More

Aiskrim Magnum White Almond & Lipton Teh Tarik Sandwich

Selasa, Januari 26, 2021

Bulan Januari 2021, cuaca majoritinya hujan membasahi bumi. Bila selalu hujan, rindu akan mentari. Tertunggu-tunggu munculnya matahari. Bau baju yang dijemur di bawah terik matahari, istimewa baunya. Jemur bantal pun best, sebab ada bau matahari dan hangat haba mentari. Indah sungguh ciptaan Allah. 

Masa cuaca panas, memang akan tercari-cari makanan yang sejuk-sejuk. Kena cari aiskrim, hati pun sejuk sekali. Magik betul ya! Korang macam tu jugak ke?

Nak dijadikan cerita, Eza dan suami pun singgah la stesen minyak Petronas. Bestnya pergi isi minyak ni, boleh usha sekali aiskrim baru-baru yang ada. Memang tak ketinggalan zaman. Ada je aiskrim baru yang ada di freezer aiskrim tu. Tak kira brand. Tinggal kita nak pilih je lagi yang mana satu pujaan hati. 

So review Eza adalah seperti yang berikut:

Aiskrim ini memang favourite weolls. Harga dalam harga RM4.90. Eza suka round off je harga jadi RM5.00 standard harga dia memang gitu. Plus minus 50 sen ikut kedai. Rasanya memang terbaik. Kami bagi 10/10. Suka beli aiskrim ni dari zaman bertunang. Salutan white chocolate yang crunchy. Memang sedap la aiskrim ni. Serius! Banyak-banyak flavour Magnum ni, kami kekal memilih aiskrim ni sebagai aiskrim favourite. 

Ini pun not bad jugak rasanya. Eza suka je beli aiskrim yang Eza tak pernah try lagi. Ada rasa pahit-pahit sikit. But, still acceptable. Habis juga aiskrim tu dan telah selamat di dalam perut. Korang jangan risau ya, memang ada rasa teh tarik dalam aiskrim ni. Tak lari jauh rasa, just lidah Eza rasa ada sedikit pahit teh. Harganya pula lebih murah. So, korang jemputlah try sekali. 

Masa beli aiskrim ni, cuaca panas. Lepas tu both of us macam serabut kepala pasal kerja, so we decided to buy ice cream. Husband lebih dominan dengan pilihan aiskrim. Memang aiskrim Magnum White Almond jugak pilihan utama. Eza pula lebih suka try dan error. Who knows ada aiskrim yang lagi sedap kan. Never try never know! Hihik. Itu semua alasan mu wahai Eza!

Ok la. Ini je nak cerita. First time type entry blog guna handphone sambil tengok berita. Husband atur joran. Zzz. Menarik bukan? Haha.

Till then. 
Read More

Giveaway Sii Nurul - #EzaJoin

Ahad, Januari 24, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cepat-cepat Eza nak join Giveaway Sii Nurul ni tanda sokongan. Orangnya sangat helpful bila kita bertanya perihal blog. Nice young lady! Semoga semakin berjaya dalam dunia blogging. Eza kena banyak belajar lagi ni dari Blogger Sii Nurul ni. InsyaAllah, jika diizinkan Allah akan berjaya juga mengikut jejak langkah beliau. Sama-sama kita doakan. Hihik. 

Syarat mudah sangat. Macam biasa kena follow blog Sii Nurul dan blog kedua beliau. Follow Facebook page Sii Nurul. Itu je. siap! Nak join sekali, tekan banner bawah ni ya. 

Ok done, happy blogging semua! Till then. 

Read More

Appreciation Post #2 - Terima Kasih Daun Keladi

Entry Appreciation Post ini akan muncul apabila ada entry mengenai blog Eza. Entry jenis ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada Eza untuk menghargai rakan bloggers yang lain. Pastinya, entry seperti ini akan menjadi kenangan yang manis bila dikenang semula atau #throwback pada suatu hari nanti. 

Pada kali ini, Eza nak mengucapkan terima kasih kepada blogger As Samsudin atas entry yang bertajuk:

Menang Hadiah Segmen By Eza Boom Boom

Jemputlah baca entry tersebut. Blogger As Samsudin merupakan salah seorang pemenang dalam kategori Lucky Participant untuk Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom yang berakhir dengan jayanya pada hujung tahun 2020. Beliau ada reveal hadiah yang dimenangi dalam entry tersebut. Jemput baca tau!

Terima kasih As sebab sudi terima hadiah yang Eza kirimkan daripada Bumi Kenyalang. Risau jugak Eza sebab ada kelewatan sedikit dalam pengeposan hadiah. Bila dah settle semua rasa lega sangat-sangat. Selagi tak settle, selagi tu lah dok fikir hari-hari. 

Jujurnya, Eza pun senang jugak berurusan dengan Blogger As Samsudin ni. Alhamdulillah, Mama Yan pun dah terima dengan selamat hadiah yang Eza kirimkan. Selesai akhirnya keseluruhan penyampaian hadiah bagi segmen pertama Eza. InsyaAllah ada rezeki lagi next time, Eza akan anjur segmen lagi untuk semua rakan bloggers. Semoga ukhuwah yang dibina walaupun di alam maya tetap baik dan harmoni sampai bila-bila. 

Click untuk baca: Appreciation post #1

Salam sayang buat semua 💗.

Till then. 

Read More

Giveaway by ejulz & anakdenesor - #EzaJoin

Sabtu, Januari 09, 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini Eza meluangkan diri untuk menyertai giveaway daripada blogger ejulz dan anak denesor. Macam biasa, memang syarat mudah yang amat. So, nak join sekali tekan banner bawah ni ya. 

Syarat semua dah patuhi. Untuk Instagram pun sama.ID IG Eza adalah the_ezaboomboom. Tarikh tutup giveaway ni pada 15 Januari 2021.. Cepat-cepat join tau!

Till then. 

Read More

Kisah Hari Jumaat dan Trauma

Jumaat, Januari 08, 2021

Jumaat dan Trauma. Ini sekadar perkongsian Eza. Sesuatu situasi yang hampir serupa tetapi tidak sama. Kesannya hampir sama seperti empat tahun lalu. It is not a matter of time. But it was a painful time for me and my mother. Mungkin bagi orang yang tidak merasai situasi sebenar itu, perasaannya tidak sama. Mana mungkin peristiwa bertahun lamanya masih segar diingatan. Malah, masih sangat terkesan pada hati. Moment apabila hati dup dap dup dap. Moment sentiasa berdoa dengan Allah semoga melindungi orang yang sangat kami sayangi. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih sentiasa sudi singgah blog Eza membaca coretan yang diharapkan bermanfaat kepada pembaca. 



Lima tahun lalu, pada hari Jumaat aku dan mama dikejutkan dengan berita yang memilukan hati. Aku dan mama berdua di rumah. Manakala, babah pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat di masjid yang terletak di bandar. Jam menunjukkan hampir 2.00 petang, kerisauan dalam hati ku dan mama juga bersarang. Mana babah ni pergi, lambat juga selesai sembahyang Jumaat. 

Beberapa ketika, pintu rumah kami diketuk. Ketua kampung rupanya. Dari riak wajah, memang wajahnya ingin menyampaikan berita yang kurang menyenangkan. "Cepat pergi hospital, pergi sekarang!" katanya kepada mama. Mama kelihatan longlai dan aku juga speechless dengan apa yang terjadi. Hanya ayat itu dan tidak penerangan lanjut. Kami bergegas ke hospital, Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD). 

Barulah kami tahu cerita sebenar. Babah mengalami kemalangan jalan raya semasa pulang dari masjid menuju ke rumah. Tidak silap aku, kejadian tersebut berlaku disebabkan ada kereta terkena bahagian motosikal babah dan babah gagal mengawal motornya lalu jatuh rebah ke jalan. 

Semasa di ETD, babah tidak sedarkan diri dan ku lihat ada kesan darah pada kepalanya. Ada benjolan besar juga di kepala. Sungguh sayu rasa hati ini. Aku pastinya tidak dapat menahan sedih. I cried. Dalam hati ku berdoa, selamatkanlah babah. Itu saja doa yang aku sangat-sangat meminta dan merayu pada Allah. Berat sungguh ujian ini kepadaku, apatah lagi kepada mama. 

Babah akhirnya sedar. Pasukan perubatan mula berkumpul untuk melihat keadaan babah bersama kami ahli keluarga terdekat. Babah bersuara lemah, "Apa yang terjadi?". Soalan-soalan yang ditanya oleh pasukan perubatan juga gagal dijawab. Tidak dapat ingat apa-apa yang jadi. He did not recognize me as well. Terlerai juga hati ini pada ketika itu. But, I said to myself as long as babah selamat everything will be okay. 

Alhamdulillah. Babah beransur pulih, dengan ada beberapa jahitan di badan dan keretakan tulang belakang. Nasib kepala babah tidak apa-apa cuma untuk sembuh itu makan masa yang sedikit lama. Aku masa tu masih bertugas di HQ and all thanks to my boss sebab mengizinkan aku extend cuti untuk menjaga babah di wad. Sepanjang babah sakit tu, aku secara jujurnya dan amat menghormati mama sebab siang malam she prayed for babah, sembahyang hajat, baca yassin, dan sedia segala keperluan babah. I witnessed to this challenging time for our family. Mama loves you very much, Babah. I love you too so much, Babah!

Today, babah balik akhir lagi dari solat jumaat. My mom called me mana nak cari babah. I felt so helpless. Because I'm not living in the same district to them. Nasiblah, balik jugak almost at 3.00 pm. Rupanya pergi minum dengan kawan. Phone babah tinggal di rumah, sebab dia pergi solat Jumaat tak bawa phone. Aku memang sangat-sangat risau tadi. Perasaan hati berombak tu datang balik. Hanya Allah yang tahu. Ya Allah, lindungilah seluruh keluargaku hanya kepadamu tempat aku meminta pertolongan. 

Moralnya, setiap kehidupan seseorang itu ada kisahnya sendiri. I will do everything for my parents. Sayangi mereka sebanyak mana yang boleh. Tak ada benda yang boleh dibanding dengan kasih sayang makbapak kepada kita. Bila ada peluang untuk berbuat baik untuk mereka, buatlah sehabis baik. Apa sahaja yang membahagiakan mereka, usahakan. Semoga doa-doa mereka untuk kita setiap hari akan membuatkan kita seorang yang lebih berjaya, lebih baik dan soleh/solehah. 

Hari Jumaat dan Trauma tu sentiasa ada. 
Untuk aku dan mama. 

Sekian sahaja. 
Till then. 
Read More

My First Giveaway by Blog Sal - #EzaJoin

 Assalamualaikum semua. Salam sejahtera para pembaca sekalian. 

Hari Jumaat yang mulia ni Eza nak join first giveaway daripada blog Sal. Cik/Puan Sal ni selalu jugak singgah blog Eza tinggalkan komen-komen. Terima kasih tau awak sudi singgah blog Eza ni. Ini merupakan first giveaway beliau secara solo. Jomlah sama-sama support dan join ya kawan-kawan. Syarat simple dan mudah sangat. Nak join, click je banner bawah ni ya 😍

Eza dah join, korang bila lagi? Harap bertuahlah dapat hadiah dari Cik/Puan Sal nanti. Sebab Eza ni jarang bertuah kalau ada lucky draw. Haha. So, sama-sama kita doakan. Agitchewww...

Okaylah, till then. 💕

Read More

Lepas rindu sekejap!

Khamis, Januari 07, 2021

Assalamualaikum korang. Hai semua. Terima kasih tau masih sudi singgah blog Eza. Ada yang baca entry lepas-lepas jugak. Terharunya. Terima kasih tau korang. 

Macam biasa Eza tak pro lagi nak sediakan draft-draft cerita untuk di-scheduled post. Selalunya memang terus type situ jugak edit gambar lepaih tu publish. Pageviews memang drop habislah. Followers pulak tidak berganjak. 

Bukan sengaja tak nak update blog, tetapi sebab Eza masih tak pandai nak atur masa. Balik dari kerja hakiki, ada kerja lain jugak. Itupun ada due date. So, Eza kena set benda nak buat ikut tahap urgency. Nak capai impian ni tak mudah bukan? Kena bersengkang mata lewat tido, jerawat pun tumbuh membiak dengan pesatnya. Entahlah kenapa pulak tumbuh jerawat tahun 2021. Silap guna skincare agaknya!

InsyaAllah esok petang akan kembali lagi menghasilkan entry-entry panjang untuk pembaca sekalian. Hari ini tak ada idea nak borak apa, mungkin sebab dua hari dah memerah idea untuk menulis beribu-ribu ayat. Dua hari dah stay up. Dua hari dah tak cukup tidur. Kerja di pejabat pun boleh tahan banyaknya. 

By the way, korang okay tak tu? Kes COVID-19 dah makin melonjak naik sekarang. Korang jaga diri baik-baik tau. Sama-sama kita doa semoga kes cepat turun sebab Eza nak balik kampung ziarah mama abah. Lama sangat dah tak balik, tau tak? Homesick 😭 walaupun ada home sendiri kat sini, home di kampung tetap pujaan hati. 

Itu sahaja buat kali ni. 
Rindu korang tau.

Perasan ada blogger tanya soalan di ruangan komen, insyaAllah akan dijawab start esok hingga ke hari ahad ya. Eza dah noticed, don't worry. Just belum sempat jawab. Maaf Eza hutang jawapan dulu ya. Blogwalking pun Eza marathon je nanti ya. Belum sempat nak blogwalking malam ni, ada kerja lagi tak siap. 

Till then. 💕

Read More

I SURVIVED 2020, I AM READY 2021!

Jumaat, Januari 01, 2021

Thank you a year of twenty-twenty. 
To those people who are kind, caring and inspiring to me, thank you. 
For all the lessons throughout the year, thank you. 
Thank you for making my life easier, when it gets hard. 
Thank you for your love, support and encouragement. 
Thank you to all front-liners for fighting so hard in combating COVID-19.
Thank you very much 2020. It wasn't easy for me, indeed. 
But, I survived 2020.

Welcome twenty-twenty-one.
Happy new year 2021, a year older. 
Start a new life. Reset the mind set. 
Forgive people. Be kind to people.
Help each other. We should lift each other up. 
More happiness, more love, more sleep. 
Less drama, less tears, less stress.
Be thankful, be grateful, be blessed.
I am ready, 2021.


Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca budiman. Happy new year 2021! First entry di tahun baharu pastinya menyajikan entry yang bermakna bagi Eza tahun ini. Boleh bayangkan Eza type entry fresh-fresh ni lepas makan sarapan yang agak mewah (dibaca: kuantiti yang banyak, masak berdua dengan suami dengan penuh kasih sayang, sedap pulak. Alhamdulillah). Makan masa jugak ya nak fikir ayat dengan perut kenyang ni. 

Bagi pencapaian 2020 kita mulakan mengikut cabang-cabang kehidupan serta rumusannya. HAHA. Amboi, rumusan bagai. Haruslah, suka suki je nak cerita. Chill-chill je di hari jumaat yang pertama di tahun baharu yang mulia. 

  • Arena Blogging
Detik permulaan berblogging adalah pada 29 November 2020. Keputusan yang begitu besar untuk dibuat dengan izin suami. Alhamdulillah, sehingga Satu-Januari-DuaPuluh-DuaPuluhSatu pun masih berblogging. Pencapaian entry yang dibuat sebanyak 28 entry. 4 entry di bulan November, manakala 24 entry di Bulan Disember. Perancangan Eza sebenar adalah satu entry satu hari. Nampaknya tidak kesampaian kerana terdapat beberapa hari tak ter-update dek keletihan dan ketandusan idea. Nampaknya, Eza kena sedia scheduled entry around 5 entry sebagai back up. Jadi, blog Eza akan sentiasa aktif dalam menyalurkan informasi yang bermanfaat kepada para pembaca. Tahun ini juga, Eza sempat menganjurkan SATU SEGMEN iaitu Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom. Followers blog setakat ini adalah 71 orang. Terima kasih tau korang sudi follow blog Eza ni. Semoga kita semua sentiasa bersemangat dalam membangunkan kerjaya/hobi sebagai blogger ke tahap yang lebih tinggi di seantero dunia. Cewah!
  • Arena Pekerjaan
Bagi arena pekerjaan pula, bagi Eza sangat tough tahun ini. Walaupun tough, banyak perkara jugak Eza belajar. Entah berapa kali pergi berurut tahun ni sebab sakit badan. Kerja tak lah angkat-angkat barang berat pun. Otak kena ligat berfikir. Boleh dikatakan stress dengan urusan kerja. Tak boleh nak explain banyak. HAHA. Mana ada kerja yang senang. Kerja paling senang selalu curi tulang, punch card then menghilang. Orang yang betul-betul kerja, rasa tau pahit manis sesuatu pekerjaan. Bila satu kerja tu dapat dibuat dengan cukup cemerlang, kepuasan tu terasa macam nak melompat-lompat. YES dengan tangan digenggam kuat. Apa yang paling penting dalam bekerja, hormat jawatan orang lain. Walaupun serendah-rendah gred, mahupun servis sokongan seperti cleaner dan security. Mereka juga ada perasaan. Tinggi pangkat tapi perangai tak professional, ke laut jugak orang pandang. 

  • Arena Kehidupan
Mengenai kehidupan yang ada pasang surutnya. Bersabarlah. Paling penting, ada toleransi sesama kita. Alhamdulillah, tahun 2020 adalah tahun yang banyak memberi khidmat dan bantuan. Masih didik diri untuk selalu bersedekah. Agama dah ajar, untuk menjadi orang kaya kena banyak sedekah. Duit kita pun pinjaman Allah, Allah jugaklah pemberi rezeki kepada kita semua. Lagipun, nikmat sedekah ni yang Eza paling suka bila tengok orang gembira. MasyaAllah, gembira berbunga-bunga hati Eza. Secara tak langsung, husband pun terikut sekali. Terharu sangat. Terima kasih Allah. Tahun ini juga Eza mula berkebun. Mini kebun je lah ya. Tanam cili, kacang panjang, bendi, timun, kailan krinting, mulberry dan terung asam. Best aktiviti berkebun ni, tak perlu beli sayur. Sayur yang mengeluarkan hasil yang lebih, kami sedekah kepada  keluarga dan kawan-kawan. 
  • Arena Persahabatan 
Terus terang dalam persahabatan ni Eza bukanlah orang yang ramai kawan. Yes memang senang nak bergaul dengan orang, cuma tak rapat. Faham tak beza tu? Eza ada masalah sikit untuk memberi kepercayaan tu dekat orang. Pengalaman itu mengajar kita, bukan? Sahabat yang rapat boleh dikira dengan jari. Itupun jauh-jauh dekat semenanjung sana. Seorang kawan yang rapat dengan Eza di tempat kerja, kena cuti sakit tahun ini. Ini Eza sedih sangat. Bila dia bagitahu diagnose sakit dia, berderai air mata Eza. Dia baik sangat. Dia selalu tanya khabar Eza. Dia selalu bagi semangat as she knew my job memang tak lekang dengan stress dan perangai manusia yang entah apa-apa. Cepat sembuh kawan. Cepat balik kerja. I miss you! Sahabat-sahabat Eza yang lain tu memang yang kenal Eza dari zaman study dan same batch lapor diri kerja. Semua jauh-jauh. Sahabat paling dekat husband Eza sendiri. Paling penyabar. Paling terindah (Err salah tatabahasa 😆). Paling baik. Semoga yang baik-baik untukmu, Dadi!
  • Arena Keluarga
Mengenai hal keluarga, Eza jarang nak cerita. Nama pun keluarga, keep it within your family. Orang luar nak tahu, sorry naik lorry lah. Busy body sangat ya sampai kena tahu hal keluarga orang. Jagalah family sendiri, mungkin ada yang tak cukup makan. Bantu. Bukan nak sibuk hal keluarga orang pulak. Not nice lah macam tu ladies. Orang share, then you know. Orang tak nak share, jangan sibuk korek dan tanya. Eza bukanlah tak nak expose hal keluarga tetapi dunia sekarang ni kena hati-hati. Bila tunjuk bahagia, muncul hati-hati yang dengki. Better lagi kebahagiaan yang dirasai, keluarga itu saja yang tahu. Lebih mendamaikan dan menyemarakkan kasih sayang seisi keluarga. Gituu? So, pencapaian peribadi Eza di peringkat keluarga adalah menyampaikan niat sendiri nak belikan mama gelang kunyit, belikan mama babah kereta baharu, handphone baharu suami, trip ikut balik Mukah kampung husband dan pergi mengail udang galah. Alhamdulillah atas segala nikmat. Tak perlulah Eza share secara terperinci. Cukuplah untuk makluman sahaja sebab semuanya dari Allah jua. Kebahagiaan itu tidak ternilai harganya, mencukupi kami bahagia dengan cara kami sendiri 😍. 


Sekian untuk kali ini. Ini pun panjang betul ya. Ada ke yang baca sampai baris ni? Dua jam type entry ni campur masa edit gambar. HAHA. Gigihnya 1 Januari 2021 engkau Eza. 

Sampai berjumpa lagi. Tahun baru, kena azam baharu!
Till then. 😍😍😍

Read More