Showing posts with label Eza Boom Boom. Show all posts
Showing posts with label Eza Boom Boom. Show all posts

CUTI KRISMAS, BLOG PUN CUTI..

Saturday, December 26, 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Semalam rasanya mood bercuti Eza amat tinggi ya. Rajin blogwalking je ke blog rakan-rakan yang ada kat reading list. Lepas tu, nak kemaskan blog. Jadi kena search tutorial yang sesuai digunakan. Banyak benda pulak tak reti. New interface ni ada yang tak boleh guna tutorial yang blogger dulu-dulu buat. So, sebab macam helpless Eza biarkan je la. Bukan tak gigih, gigih tu yang akan datang kemudian. Boleh kan gitu? Hihik. 

Mengenai perayaan Krismas, Eza sempat beraya pada malam 24 haribulan tu dekat rumah rakan sekerja yang baik dengan kami dua suami isteri. Ukhuwah yang baik perlu dikekalkan. Salah faham perlu dihindari. Sebab hidup ini untuk bahagia dan membahagiakan. Tak lama mana pun mereka pun perlu pergi ke gereja dan kami pun ada perkara lain yang perlu diuruskan. Done ngabang raya Krismas bagi tahun 2020. Ngabang dalam dialek Sarawak adalah aktiviti menziarahi ataupun berkunjung ke rumah.

Haa, semalam jugak Eza ada buat kek. Bancuhan kek yang memang ada dalam paket box beli kat Mall. Cuma tambah butter, air dan telur. Tak perlu Eza mention brand apa ye, sebab apa sebabnya tak jadi. Memang boleh dapat makan. Tapi, tak melepasi piawaian standard Eza sendiri. Hmmm, hambar dan gagal. Excited nak buat kek sebab oven yang dibeli di shopee belum digunakan sejak beli bulan puasa yang lepas. Masa beli tu semangat berkobar-kobar, konon nak buat biskut dan kek sendiri masa raya. Non-hado, kita main tunjuk je kek tu semua. Siap order dari Bintulu lagi dekat kawan sama SBP Eza dulu. So, semalam tu sempurnalah majlis perasmian oven Eza ya. Perasmian bagai, ye kena guna perkataan rasmi kan baru first time pakai oven tu. Hihik. 

Husband balik dari offshore, dia merasalah jugak kek tu. Dia cakap, "Cecah dengan teh panas sedap tok mami...". Ye lah tu. Jaga hati isteri nampak. Haha. Pagi ni, sambunglah ya menu kek sponge tak menjadik untuk sarapan. Memang sedia dengan set teh panas. 

Itu sahajalah cerita pagi Sabtu. Happy weekend!

Till then. 

Read More

KEINDAHAN PANTAI MENDAMAIKAN HATI

Wednesday, December 23, 2020

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Terima kasih singgah blog Eza dengan senyuman 😀. 

Alhamdulillah, kurang lebih dua tahun dah menetap dan bekerja di mana tempat Eza menjalani kehidupan sekarang. Dekat bandar ni, ada pantai. Tak seperti tempat asal Eza yang hanya ada sungai-sungai untuk dipandang bila hati gundah gulana. 

Bunyi deruan ombak bagi Eza adalah satu terapi ketenangan. Cantiknya ciptaan Allah. Semuanya sempurna pada tempatnya. MasyaAllah. Angin sepoi-sepoi bahasa menggambit hati yang keresahan. Bila rasa ingin menangis, pantai jugalah tempat dituju (sejadah tidak dilupakan). Melihat ombak datang dan pergi. Seperti memberi makna masalah dalam kehidupan pun begitu, datang dan pergi. Ada masanya, ombak yang datang besar dan tinggi. Risau bagaimanalah nasib para nelayan yang tengah mencari rezeki di lautan. Bertempur dengan ombak bukanlah perkara mudah. Sempat Eza titipkan doa mudahan selamat semua mereka pulang ke pangkuan keluarga membawa hasil tangkapan pada hari tersebut. 😇


Animated Photo kat atas ni merupakan hasil video yang kemudiannya Eza save dalam format GIF. Eza ambik video ini selepas aktiviti gotong royong bertiga dengan seorang lagi sahabat suami untuk membersihkan kawasan tempat letak perahu (Parking perauk padah orang Sarawak). Selesai kerja pembersihan melibatkan pemotongan rumput dan pencucian perahu yang hanya digunakan empat kali sahaja tahun ini, kami berdua menuju ke pantai tersebut. Jarak dengan berjalan kaki hanya dalam kira-kira 50 langkah. Dari pagi hingga berganjak tengahari akhirnya semua kerja tersebut selesai. Best jugak aktiviti macam ni, bantu suami. Bukan bantu sangat pun, lebih kepada teman suami. Ambil gambar, ambil video. Selain bantu sapu-sapu rumput sikit, sedia air minuman dan start enjin mesin rumput. Eza okay je lah start mesin rumput tu. Berkali-kali juga baru hidup enjin. HAHA. Paling penting, never ever give up. Buat je lah sampai jadi 😂!

Ok, gambar di atas merupakan percubaan Tutorial: How To Add Animated Photo Into Blog Entry. Terima kasih Blogger Wak Lat atas perkongsian tutorial atas pertanyaan Eza sendiri di ruangan komen entry beliau. Hasilnya, Eza berjaya! Alhamdulillah. Jika ada sesiapa yang berminat, dipersilakan untuk tekan link di atas untuk ke blog beliau ya. 

Sebenarnya, nak cerita pasal animated photo je. Tapi banyak pulak idea lain yang berkaitan. Moga ada manfaatnya. Sekarang ni masih musim tengkujuh. Janganlah pergi ke persisiran pantai ya. Bahaya jika angin kuat dan ombak besar. Jaga keselamatan diri sendiri ya!

Esok Eza masih kerja sampai 31 Disember. Korang yang dah cuti tu, Eza ucapkan selamat bercuti bersama keluarga tercinta. Jangan fikir hal kerja dah kecuali diperlukan 😆. Enjoy your holiday cikeboom cikeboom saudara saudari semua. 

Till then. 💕💕

Read More

About Me: The Author

Tuesday, December 22, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza dengan senyuman. 

Mari mengenali pemilik blog ini yang menggunakan nama penanya sebagai Eza Boom Boom. Berusia 29 tahun pada tahun 2020. Berasal dari Utara Bumi Kenyalang, Sarawak. Mempunyai hobi membaca dan menanam sayuran di kebun belakang rumah. 

Menceburkan diri dalam dunia blogging bermula November 2020 sehingga kini. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan yang lebih santai dan bukan fiksyen. Blog ini lebih cenderung menceritakan mengenai gaya hidup penulis (lifestlye blogger) yang merangkumi pelbagai sudut kehidupan seperti motivasi, tips tanaman, tips blogging, pengalaman peribadi, ulasan-ulasan produk yang telah digunakan dan sebagainya. 

Dari aspek pendidikan, Eza Boom Boom memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) Kelas Pertama. Beliau merupakan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM). Penglibatan aktif beliau pada zaman persekolahan tertumpu kepada pengucapan awam termasuklah bahas, syarahan agama dan pantun.

Kini, beliau sedang bertugas di sektor awam. Beliau merupakan part-time blogger yang mengisi masa lapangnya dengan menghasilkan sesebuah entry yang mencukupi syarat yang ditetapkannya sendiri iaitu informasi, menarik, infografik, penggunaan bahasa yang baik dan karya yang asli. 

Harapan beliau agar bakat penulisannya akan berkembang ke tahap yang lebih baik seterusnya mencapai impian sebagai seorang blogger yang berjaya suatu hari nanti. Beliau juga merupakan salah seorang penulis dalam kalangan penulis wanita Sarawak yang bakal menghasilkan sebuah buku pada tahun 2021. 

Sebarang pertanyaan lanjut mahupun kolaborasi review (ulasan produk), advertisement (iklan) dan advertorial, boleh hubungi Eza Boom Boom di alamat email ini ezaboomboom@gmail.com.

Kepada Allah yang selalu memberi ILHAM, alhamdulillah. 😍

Selamat maju jaya dan terus berjaya, Eza Boom Boom! Sekian, terima kasih. 

Read More

HADIAH SUAMI: XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM

Sunday, December 20, 2020

Assalamualalaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza Boom Boom dengan senyuman. 

Apa aktiviti korang seharian di hujung minggu ya? Mesti berehat bersama seisi keluarga bukan. Memang kebiasaannya begitu. Setelah penat membanting tulang dari Isnin sampai Jumaat. Mencari rezeki untuk keluarga, mana ada kerja yang senang kecuali curik tulang!

Yesterday, Eza ada program yang perlu dihadiri. Satu pagi dan satu lagi sebelah petang. Pagi Eza guna baju bertema merah, petang guna baju tema biru. By the way, kalau korang ada baca komen Eza kat blog korang dan perhati jam dalam 4.30 ke 5.00 pagi tu memang Eza ya. Bukan orang lain. HAHA. Awal Eza bangun setiap hari. Dah terbiasa kot mata ni. Time tu jugak la Eza buat draft post untuk new entry. Aman damai ya suasana pada hening-hening pagi. Husband Eza cakap kalau kita awal bangun, masa yang kita ada sehari tu lebih banyak untuk diluangkan kepada aktiviti yang bermanfaat. Lepas kahwin begitulah ya, dah jadi habit awal bangun di pagi hari. Sekian cerita part tu. HAHA. Hashtag #readersperlutahu 

So, selepas selesai program kedua Eza teruslah meneruskan perjalanan ke Mall untuk beli hadiah istimewa untuk husband tercinta. Of course lah dia ikut sekali pergi Mall 😆. Lama dah menabung untuk beli hadiah dia ni. Bukan apa, effort kena ada kan. Nak bagi orang hadiah ada syaratnya jugak tau. Pertama, kena bagi apa yang terbaik di mata kita. Kedua, bagi dengan seikhlas hati. Jika dua syarat ni ada, you're at the right track!



Ok, nak dijadikan cerita tajuk di atas adalah hadiah beliau. Betul, XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM. Sebuah handphone baharu yang dibeli cash. Tak suka nak hutang kalau beli phone. Sebab tu pilih dan beli handphone dengan harga yang affordable. Husband dah latih untuk beli apa-apa aset/barangan di bawah RM10k, kami kena kumpul duit month by month, berjimat cermat amalan mulia. 

Untuk entry ini, Eza ceritakan serba sedikit spesifikasi handphone XIOMI POCO X3 NFC. Untuk review penuh, Eza akan post new entry selepas penggunaan sebulan. Kelebihan dan kekurangan (jika ada). 


Dengan harga RM1099. Telefon bimbit jenama XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM yang dilancarkan pada 8 september 2020 memiliki kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri.

  • Saiz skrin - 6.67" (inches). Maksudnya skrinnya cukup luas ya, saujana mata memandang. 
  • Camera - 64MP (wide). Handphone ni for sure takda masalah mengenai camera. Cantik je gambar-gambar yang diambil. Sharpness, low light. Great!
  • 6GB RAM - Snapdragon 732G. 6GB RAM ini mencukupi untuk bertindak pantas. Jadi taklah lag or loading je memanjang. Lagipun snapdragon tu memang sesuai dengan individu kaki games macam husband Eza ni. Contohnya, bagi permainan MOBILE LEGEND. Dia cakap TAKDA MASALAH dan running smooth!
  • Battery - Li-Po 5160mAH (non-removable) dengan adanya fast charging 33W melalui USB-C. Penggunaan yang lama dan cas yang cepat. Ini yang diperlukan ya dalam sesebuah handphone tuan-tuan dan puan-puan. Renyah juga nak cas handphone memanjang, bawa powerbank. So, this one adalah spec yang eza titikberatkan jugak sebelum buat pembelian.
  • Storage - 128 GB. Bolehlah simpan gambar-gambar dan fail-fail kerja. Tak perlulah husband delete everyday benda yang tak penting dalam phone dia seperti sebelum ni. Tapi, whatsapp dari orang yang merapu dan merepek kena delete la. Sakit mata dan sakit hati. HAHA! Oh dude, your message is deserved to be deleted. 
  • Infrared port - YES. Oh yeah, bagi spec ni memang husband suka sangat. Dengan adanya infrared port ini anda boleh mengawal peralatan elektrik seperti televisyen, penghawa dingin, kipas dan termasuklah peralatan berkaitan jenama Xiomi dengan menggunakan phone ini saja. So dia senang nak control on off air con, on off televisyen. Mudah sangat!
So secara kesimpulannya, phone ni dalam kategori worth buying ya. Kami pun hanya golongan rakyat kategori marhaen sahaja dan pemilihan telefon adalah mengikut kemampuan kami. So, post ini adalah pandangan dan ulasan peribadi Eza dan suami setelah memiliki phone tersebut. Benda yang kita dah miliki, baru dapat review kan. 

Sekian dulu, cerita hari ni. Esok cerita lain pulak ya. 
Till then, kesayangan semua. 

Read More

Vector dan Doodle Eza Boom Boom

Tuesday, December 15, 2020

Assalamualaikum semua. Apa khabar hari ni? Harap semuanya sentiasa bersemangat waja. Terima kasih kerana sudi singgah ke Blog Eza Boom Boom dengan senyuman. 😊

So, Eza nak borak mengenai kenangan lalu mengusik jiwa. Sebab setiap kenangan tu akan hilang kalau tidak disimpan sebaiknya. Biasalah kita manusia mudah lupa. Benda boleh simpan kita simpan. Oleh kerana itu, Eza letak di blog kesayangan ini kenangan manis buruan seluruh kerabat semut. Semut kan suka gula yang sifatnya manis!

Bila throwback atau #tikambelakang masa zaman blogging dulu, ada jugak dapat beberapa hadiah daripada rakan blogger. Eza dapat dua benda yang sifatnya sama iaitu gambar. Satu adalah vector. Satu lagi adalah doodle. Pemberian rakan blogger suatu masa dahulu. Dapat hadiah ni pun Eza happy sangat. So blessed actually merasai kasih sayang sesama blogger walaupun sekadar di alam maya. 

Prinsip Eza senang je, kita tak kenal orang tu kita kena bersangka baik. So kita kena fikir yang baik-baik pasal orang itu. Macam tu jugak dekat dunia blogging. Anggap aje la semua blogger baik-baik ya. Orang buat jahat dekat kita, barulah kita kata dia jahat. Betul dak?😏😒😞

PERTAMA ialah:


Vector ini dihadiahkan oleh Blogger Fiza. Boleh rujuk entry Fiza pada 26 Disember 2011, sembilan tahun lepas. Dapat hadiah sebab berjaya teka vector artis Lisa Surihani paling pantas. Sangat bermakna dan nostalgia ya hadiah ni. Gambar turun kelas pakai tudung warna merah jambu, baju kurung pun warna merah jambu tanpa bunga. POLOS! Tahun 2020 ni, baju warna pink pun tak ada. Alahai. By the way, korang boleh baca je entry tu dekat LINK ini. Terima kasih banyak awak, Blogger Fiza.

KEDUA ialah:


Doodle ini Eza dapat dari Blogger Cahaya Pencinta. Comel sangat doodle ni, dia sampai terangkan kenapa dan bagaimana pemilihan warna untuk doodle ini. Eza sangat menghargainya. Terima kasih banyak. Walaupun, blog dia macam tak aktif lagi tapi kenangan ini tetap manis sampai bila-bila. Boleh baca entry dia pada 03 Februari 2012 bersamaan lapan tahun yang lepas dekat LINK ini. 

Inilah cerita dia mengenai macam mana dia describe Eza sebagai blogger. Antara sedutannya adalah:

Last but not least, dua gambar ini antara tinggalan blog Eza yang terdahulu. Eza memilih untuk diletakkan semula di dalam blog ini untuk simpanan diri sendiri. Setiap kenangan manis itu bisa mengukir senyuman yang cukup indah. Bahagia. Pandanglah semua benda dengan penuh kesyukuran, dari itulah kita akan merasai nikmatnya kasih sayang kurnia Allah. 

Terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah. 😇

Till then. 💕

Read More

DARI BLOGSPOT KE DOT COM

Sunday, December 13, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga pembaca sekalian walau di mana anda berada. Terima kasih singgah ke blog ini dengan senyuman. 

Ada sesiapa tak perasan pertukaran link baru ke blog Eza. Ke blog Eza ya bukan ke hati awak. Cia cia cia!

Ok sebelum ini, link blog Eza adalah:

http://paejahbebels.blogspot.com

Sekarang, blog Eza telah mengalami penghijrahan drastik kepada:

https://www.ezaboomboom.com

Orang kata, anjakan paradigma. Guna perkataan jargon pulak. Tak adalah. Eza just suka nak ber-dot-com sebab Eza memang nak serius berblogging. Dan Eza harap blog ini malar segar hingga ke 10 tahun dan ke 20 tahun akan datang. Minat Eza memang dalam penulisan kreatif. Jadi Eza rasa Eza tak patut nak bazirkan bakat yang diberikan oleh Allah. Dan macam selalu Eza tekankan, Eza harap setiap tulisan itu akan menjadi sesuatu yang bermanfaat walaupun sedikit. Kalau korang dapat banyak manfaat lagilah Alhamdulillah. 

Eza beli domain blog Eza ni daripada NetKL Network. Lepas tu, ada sahabat blogger Sii Nurul bantu Eza untuk atur setting. Ada problem sikit semalam, Eza minta tolong lagi dekat NetKL Network dekat Facebook mereka. So, settlelah urusan membeli domain untuk blog kesayangan Eza ni semalam, pada tarikh twelve twelve twenty twenty (12.12.2020). Happy me!

Untuk pengetahuan korang, blog Eza ni bermula dari zero. Even dulu memang kenal secara maya blogger Fiza dan Uncle Gedek. Excited bukan main bila dapat tahu, mereka masih lagi blogging. Serius happy sangat! Zaman 10 tahun lepas masa masih ambik diploma. Then, time degree dah deactivated/deleted blog. Rindu old times yang cerita-cerita pasal pergi travelling bajet guna hasil berjimat PTPTN. 

Awal nak bagitahu, jangan tanya apa kelebihan ada domain sendiri. Eza kena study dan experience sendiri dulu benda ni, baru dapat share. Eza jenis tak dapat reka cerita yang Eza tak tahu. Nerdnya kamu ni Eza! One fine day, I will share about it to you guys bila dah celik minda sikit pasal ni. 


To dear self, what should you do when you need to choose between two options?

Should I buy it?

or 

Should I not?

If it's still in your mind, it is worth taking risk. 
That's the reason why I bought this domain.


Thank you for reading guys!

Read More

#Ezajoin - "Giveaway by Rasyidahsheresimpleblog"

Friday, December 11, 2020

 Assalamualaikum dan hye reader semua 😍

Eza join lagi Giveaway rakan blogger. Jemput join sekali. Syarat pun mudah je. Apa tunggu lagi, klik je banner bawah ni okay. 

Till then,

Terima kasih sudi singgah blog Eza 💕

Read More

EZA JOIN - "SAYANG GIVEAWAY BY SYEEDA SANIEY"

Thursday, December 10, 2020

 Assalamualaikum dan hai semua saudara saudari pembaca blog Eza..

Malam ini Eza tertarik nak join segmen rakan blogger ya. Sangat simple. So, entry Eza yang ini pun akan pendek jugak la ya. Jika rakan-rakan blogger yang lain nak join, klik saja banner di bawah. 

Sekian, terima kasih. 

Read More

Laptop buat hal!

Tuesday, December 08, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya. 😁😁😁

Apa khabar korang? Dua hari Eza bercuti tak ada post baru. Hari Ahad, sibuk dengan aktiviti keluarga. Macam biasa Isnin Eza memang selalunya agak mencabar dengan urusan kerja ya. 

Nak dijadikan cerita, Eza dah tekad sampai pasang niat tau nak blogging sungguh-sungguh supaya one day jadi blogger yang berjaya. Untuk tujuan itu, peralatan seperti laptop contohnya perlulah berada dalam keadaan yang tip top. Untuk pengetahuan semua, laptop ni Eza beli masa masih kerja kontrak dekat sebuah jabatan pada tahun 2014. Abah yang teman beli pada masa itu. Kalau tak silap harga laptop ini tak mahal sangat la sebab gaji time tu gaji harian sahaja. Bawah RM2k. Oleh kerana harganya sedemikian, prestasi pun seperti yang dijangka. Agak lambat nak start semua benda. Nak tunggu loading.. Boleh sidai baju dulu. Laptop masih pusing-pusing loading.. 

Macam lirik lagu Didi and Friends, 

"Tayar bas berpusing-pusing, tayar bas berpusing-pusing, sepanjang hari..... "

Oleh kerana perkara ini sangat menguji kesabaran jiwa raga, so Eza pun upgradelah kepada Solid State Drives (SSD) 2.5" 240GB dengan bayaran termasuk upah perkhidmatan pemasangan adalah RM210. Hasilnya, memang sangat laju ya. Ujian kesabaran Eza itu dengan rasminya berakhir. Dengan duit, boleh settle 😅😅😅.

NAMUN...

Masalah lain pulak yang timbul apabila laptop Eza tak mengeluarkan bunyi langsung 😡😡💣💣. Padahal sebelum hantar ke kedai komputer bukan main Eza layan youtube menyanyi riang. Laptop Eza hanya akan berbunyi apabila disambung dengan wayar speaker, earphone/headphone, bluetooth speaker SAHAJA. So, agak kurang berpuas hatilah perasaanku ini. Dengar pulak kena tambah bayaran kalau nak ganti kabel kecik yang berkemungkinan penyebab faulty. Memang baran ya Eza petang tu ditambah pula angin pun tak begitu baik seiring cuaca asyik nak hujan je menangisi bumi bertemankan angin kencang dan kilat sambung menyambung (Wah kemain kau Eza, main sambung je ayat berbaur emosi dengan cuaca! 😂)

Sekarang ini, Eza dalam proses nak try sound installer (betul ke ni eh?) yang bersesuaian dengan laptop Eza setelah mendapat khidmat nasihat kawan Eza yang bertugas di Unit ICT. HAHA. Dia cakap kena try and error. So, Eza akan try sampai jadik (Mampu ke?). Cara-cara yang ada dekat Google mahupun Youtube untuk pulihkan sound laptop, Eza dah cuba berulang kali. Dan berulang kali itu jugalah GAGAL 💔💔💔. 

Eza rasa kalau seminggu ni tak bagus jugak, bayar je lah lagi untuk repair. Rasa tak sempurna pulak laptop ni tanpa suara/bunyi. Please remind diri sendiri ya Eza, "Duit boleh cari". Hasutan betul ya ayat tu. Korang kena faham, ini namanya sesi luahan. HAHA. 



Begitulah kisahnya, point Eza sebenarnya ada tiga je:
  1. Tak semua yang kita rancang tu semuanya akan menjadi. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya. 
  2. Nak lajukan laptop, tukar la kepada SSD 2.5" terpulang berapa storage yang korang nak. Eza fikir banyak kali, Eza just perlu dalam 240GB. 
  3. Usahalah dengan apa cara sekalipun, kalau dah penat mencuba baru give up. Hantar je lah laptop ni ke kedai tu semula. Selesai masalah 😅. 
Korang yang sentiasa sudi baca blog ini, Eza ucapkan terima kasih daun keladi. 💋💕
Read More

TIPS BLOGGING: BLOGWALKING KE SANA KE SINI

Saturday, December 05, 2020

 Assalamualaikum dan salam berhujung minggu. 

Apa khabar kawan-kawan blogger sekalian? 4 hari Eza tak update apa-apa new post ya. Previous post adalah 1 Disember. Apa tidaknya, memang keletihan dengan tugasan di siang hari. Minggu yang agak mencabar sampaikan balik rumah pun tidur awal before jam 9.00 malam. Letih sungguh ya otak berfikir. Namun hari ini, itu semua tolak sahaja ketepi, kita fikirkan semula Isnin depan. 

Kerja takkan selesai selagi kita masih dalam perkhidmatan. Jadi, hadapi sahaja dengan senyuman. Melihat ragam orang di tempat kerja, caca marba. Ada yang boleh dicontohi, ada yang boleh dielakkan, ada yang merisaukan. Itulah kehidupan kan. Tidak dijanjikan bulan bintang jatuh ke riba. Maka, berusahalah dengan gigih untuk rezeki yang lebih diberkati. 

Ok, panjang sungguh Eza bebel sebab tak berblogging lebih 3 hari. Haha! Itu memang hakikat ya. Eza tak rajin mana nak cerita hal kerja kat blog ni. Tapi mana yang dapat diambil iktibar, dipersilakan ya. 

Kita kembali ke Sri Pentasss.. #tiberrrr 😂😂😂

____________________________________________

BLOGWALKING merupakan gabungan perkataan BLOG dan WALKING. Definisi blogwalking adalah kita berkunjung/melawat/singgah blog orang lain. Biasanya, aktiviti blogwalking akan melibatkan blog yang tersenarai dalam bloglist atau reading list kita. Biasanya Eza berkesempatan untuk melakukan blogwalking semasa hujung minggu atau hari-hari cuti riang ria. Pendeknya, bukan semasa hari bekerja. My first trial untuk ber-blogwalking semasa working days menemui KEGAGALAN. Apa tidaknya, awal sangat mata mengantuk. Zzzz.. 😴😴😴

Aktiviti blogwalking mempunyai kepentingan/kelebihannya tersendiri:

  • Melatih diri untuk menjadi pembaca setia (loyal reader). Selalunya orang-orang loyal ini akan disayangi 😉😉😉. Sekaligus, blog kita pun akan selalu dilawati. 
  • Memupuk minat membaca pelbagai jenis genre bacaan. Setiap blog mempunyai identiti tersendiri meliputi cara penulisan, gaya bahasa, gaya penceritaan dan sebagainya. Terdapat kepelbagaian blog seperti masakan, informasi, gaya hidup dan sebagainya. Blog Eza ini macam biasalah, janjiku bahagia sahaja 😆😆😆.
  • Pencambahan idea dan penambahbaikan blog. Kita akan dapat idea-idea malar segar bila melawat ke blog yang sudah lama bertapak atau kata lainnya blogger berpengalaman. Dari situ, kita akan dapat menghasilkan suatu post yang berkualiti. Dari penambahbaikan pula, kita boleh menilai kesesuaian sesuatu gadget untuk diletak atau dibuang melalui aktiviti blogwalking ini. 
  • Beri sokongan kepada rakan bloggers yang lain. Biasakan diri untuk meninggalkan jejak seperti di ruangan komen dan shoutbox bagi tujuan interaksi. Kita juga boleh menzahirkan sokongan melalui penyertaan Segmen/Contest/Giveaway anjuran bloggers lain. Sokongan antara satu sama lain adalah penting ya adik, abang dan kakak. 
  • Berupaya untuk meningkatkan followers blog. Orang suka blog kita, orang akan follow. Orang tak sudi follow apakan daya. Jangan sekali-kali paksa kecuali suami sendirik 😜😜😜. HAHA.

Selesailah sudah lima kelebihan dan kepentingan BLOGWAKLING yang Eza boleh kongsikan dengan pakej infografik sekali. Kalau memanjang je kita update post kita tanpa beramah mesra dengan blogger lain, macam syok sendiri pulak ya. Kita dalam sebuah komuniti alam maya ini, kita memerlukan orang lain untuk menceriakan kehidupan yang begitu banyak pancarobanya. Ecewah!

Penulisan Eza dalam blogging ini, Eza sedaya upaya untuk menulis perkara yang bermanfaat walaupun sedikit. Semoga pembacaan korang di blog ini mendapatkan ilmu baharu dan perkongsian yang bermakna. 

Selamat berhujung minggu. 
Eza nak start jalan-jalan ke blog korang.
Salam kenalan dan salam ukhuwah fillah abadan abada. 

Read More

HORMAT itu mahal harganya

Tuesday, December 01, 2020

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera warga pembaca sekalian. Hari ini hari pertama bulan Disember. Tinggal 30 hari lagi untuk melangkah ke tahun baharu 2021. Tahun yang mempunyai seribu satu cerita yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. 

Menyentuh mengenai nilai HORMAT. Kami suami isteri bertugas dalam satu jabatan yang sama tetapi berlainan unit. Jadi, hal-hal kerja yang melibatkan kedua belah pihak senang sampai ke telinga masing-masing. Urusan kerja perlu dilaksanakan dengan professional dan sedaya upaya tidak melibatkan emosi yang berlebihan. 

One day, husband said to me.. "Saya respect dengan cara awak bekerja. Even masih baru dalam perkhidmatan (almost 5 years), tapi cara awak bekerja boleh dijadikan contoh. Tak curi tulang dan sebagainya. Saya percaya bila awak ada rezeki naik pangkat nanti, awak akan jadi ketua yang baik." 😭😭 (Masa dengar ini Eza cool je, dalam hati sebaknya)

Sebenarnya, kata-kata husband itu amat menyentuh hati Eza. Dia nampak macam tak kisah pun tetapi seorang yang memerhati. Perasaan terharu macam menang anugerah. Sebak pun ada. Bagusnya penilaiannya di mata yang tersayang, semoga begitu juga di mata Tuhan. Selama ini, memang cakap kat diri sendiri "whatever you do, do the best you can do!" 😃

Apa yang Eza nak sampaikan sebenarnya, tak kira kita baru masuk kerja atau sudah bergelar senior buatlah sesuatu dengan terbaik. Walaupun mungkin tidak terbaik untuk orang lain, memadai terbaik untuk diri sendiri. Sampai satu masa, kita rasa bahagia dengan pekerjaan yang kita lakukan. 

Hormat ini mahal harganya. Tak semestinya kita pangkat tinggi orang akan hormat kita. Orang tak akan pandang pangkat pun kalau awak kerja aniaya orang, teriak orang sana sini. Jaga etika bekerja semasa di tempat kerja. Hal kerja, kerja. Hal peribadi tolak tepi, bawaklah hal peribadi tu dekat tepi laut semasa bersantai bersama keluarga. 

Secara jujurnya, Eza sangat respect dengan orang bersungguh kerja. Bukan depan je baik, rajin dan segala sifat positif ditonjolkan secara jelas. Tetapi, jadilah diri sendiri. Semampunya awak, seadanya awak. Jadilah diri awak yang sebenar. Sebabnya, kalau lakonan semata-mata, takut awak penat dengan lakonan sendiri. 

Pekerjaan yang baik adalah rezeki yang berkat. Buatlah dengan seikhlas hati. Gaji kecil tidak mengapa, yang penting mencukupi untuk keluarga. Bila gaji besar pula pastikan sumbernya dari yang halal sahaja dan tiada ketirisan di mana-mana. 

Menghormati dan dihormati adalah perkataan yang berbeza. Raihlah nilai hormat dengan amanah serta rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, unit, jabatan, dan organisasi. 

Sekian dulu dari Eza 💕.

Ada flu sikit, semoga disegerakan kesembuhan.

Wassalam. 

Read More

PENANGGUHAN URUS NIAGA ASB DAN ASN 2020/2021

Monday, November 30, 2020

Hai semua. Hari ini hari terakhir Bulan November 2020. Hari Isnin pulak tu. Isnin Eza memang selalu busy sebab time ni la nak catch up balik semua benda yang telah terjadi dan akan terjadi yang memerlukan tindakan segera. Isnin yang penat, tapi biasalah tu. Eza sempat blogwalking mana yang sempat je lah tadi. 😄

SAVE THE DATE YA.

Okay kita berbalik semula ke tajuk kita iaitu Penangguhan Urus Niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN). 

Tarikh-tarikh penting adalah:

22 Disember 2020 - 3 Januari 2021 ☝

Tempoh penangguhan urus niaga. Time ini jangan pulak nak masuk dan keluar duit ya. Kena sabar dan tunggu dengan berhemah. Mereka nak kira duit tu berbillion-billion. Kita bagi mereka masa ya. 

4 Januari 2020 ✌

Pembukaan semula urus niaga. Masa ini barulah korang boleh pergi pejabat ASNB yang berdekatan. Maklumlah dividen keluar. Entah berapa ya kita akan dapat tahun ini? Semoga percentagenya tidak begitu mengecewakan. 

Eza memang menyimpan di ASB everymonth tanpa gagal. Guna je auto labur, senang dan pantas transaksi yang dibuat. 

Bila dunia kini diduga dengan pandemik, sentiasalah beringat akan tabungan di hari kemudian. Ramai yang susah mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup. Bagi kita yang mempunyai kerjaya, beringatlah sebelum terlambat. Wujudkan simpanan dan ingatlah masa depan bukan perkara yang boleh dijangka. 

We should save money. Jimat okay!

Read More

THROWBACK KOLEKSI HEADER BLOG DAHULU

Sunday, November 29, 2020

 Assalamualaikum dan hai semua. 😊

Entry malam ini mengenai kenangan blog Eza dulu-dulu. Kita mengimbau kembali pada tahun 2011. Masa ni Eza masih study diploma dekat UiTM dihatiku 😉. Header blog penting bagi Eza sebab ianya merupakan pandangan pertama (first impression) pembaca kepada pemilik blog. 

Nak dijadikan cerita, banyak kali jugak la Eza tukar-tukar header pada zaman itu. Dari tema warna oren ke hitam putih dan sebagainya. Dalam dunia blogging ni kena berani try and error. Sebab Eza rasa takda orang kisah pun design blog kita macam mana, yang paling utama sejuk mata kita sendiri yang memandangnya 👀. Setuju tak?

Eza felt very thankful kepada blogger yang sangat baik hati pada ketika itu sehingga sudi design header blog Eza secara percuma mahupun berbayar. Semuanya Eza kenang hingga ke tahun 2020 dan insyaAllah selamanya 😊.


Pertama [1]:

Terima kasih kepada blogger Geekzster's world atas header free ini.

Kedua [2]:


Terima kasih kepada blogger Nurulain1101 atas design header ini. 


Ketiga [3]:

Header ketiga ni Eza dah tak ingat siapa yang tolong buatkan. Haha, dulu muda remaja suka buat DUCK FACE 😂😂😂. Well, dulu kini dan selamanya memang kena confident ya walaupun segan jugak dibuatnya 👀. 

Namun, semua ini adalah kenangan. Kenangan yang begitu bermakna. Tidak semua kenangan perlu dilupakan. Ada pahit dan ada yang manis. Kenangan pahit kita kena belajar melepaskan perlahan-lahan dan bersikap memaafkan. Manakala, kenangan manis hendaklah selalu dipupuk agar sentiasa segar diingatan. 

Terima kasih yang sudi follow blog Eza ini. Semoga bersemai silaturrahim sampai bila-bila 😍😍😍.

Stay safe stay healthy you all💙💚💛💜💓

Read More

First Entry: Being a blogger again

 Assalamualaikum and hi guys.. Apa khabar?

Yeah, aku jadi blogger lagi. Blog dahulu memang dah lama deactivated. So biarlah cerita-cerita dahulu dilupakan dan kita mulakan hidup baharu ya. 

Since benda typing dan writing ni memang tak dapat berpisah walaupun aku dah layan neflix, layan Kdrama. Sebab itu, wujudlah sebuah blog dengan izin suami yang tercinta dengan nama blog yang lebih sempoi. 

Oh ya, nak dijadikan cerita alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan suami pada tahun lepas. Tahun yang banyak keajaiban. Tahun yang membahagiakan. Tahun yang istimewa. Next time, aku share pasal kehidupan selepas berumahtangga ya. Syukur ke hadrat Ilahi, kami sudah berjodohan selama setahun dengan direstui kedua-dua belah keluarga. Rindunya dengan keluarga, cepatlah pandemik berakhir. Please go away COVID-19!

Blog kali ini aku namakan sebagai Paejah Bebels. Sebabnya, aku memang lebih suka menaip perkataan daripada membebel dengan mulut. Aku susah nak explain something gunakan kata-kata sebab aku jenis detail dan a bit complicated. Err.. Sebenarnya aku malas nak cakap banyak. End up lebih baik aku diam saja. Hahaha. The fact is bila aku dengar orang membebel aku macam automatik mengantuk. Tak kira di pejabat atau di rumah. Mungkin ada had perkataan untuk pendengaran  aku sampaikan ke otak. Kalau lebih, effectnya terus ngantuk atau tanda awalnya sakit kepala. Haha. 

Dulu aku pun guna nama Eza Boom Boom acah-acah nama pena. Aku tak dapat fikir nama lain, jadi aku kekalkan je la. Dulu nama blogspot aku masyaAllah panjangnya, (cheksunnyboomboom@blogspot.com). Sekarang, aku dah insaf sikit. Mungkin nak dekat angka 30 ni, aku nak yang simple-simple je. Blog ini aku harap dapat bertahan lama sebagai hobi masa lapang, luahan sesi-sesi perasaan, motivasi dan banyak lagi aku nak share. 

Sampai jumpa lagi tau. 

Aku nak hias-hias blog tu bagi cantek. Follow la kalau sudi ya!

Adious amigos, bai bai!


Read More