Assalamualalaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza Boom Boom dengan senyuman.
Apa aktiviti korang seharian di hujung minggu ya? Mesti berehat bersama seisi keluarga bukan. Memang kebiasaannya begitu. Setelah penat membanting tulang dari Isnin sampai Jumaat. Mencari rezeki untuk keluarga, mana ada kerja yang senang kecuali curik tulang!
Yesterday, Eza ada program yang perlu dihadiri. Satu pagi dan satu lagi sebelah petang. Pagi Eza guna baju bertema merah, petang guna baju tema biru. By the way, kalau korang ada baca komen Eza kat blog korang dan perhati jam dalam 4.30 ke 5.00 pagi tu memang Eza ya. Bukan orang lain. HAHA. Awal Eza bangun setiap hari. Dah terbiasa kot mata ni. Time tu jugak la Eza buat draft post untuk new entry. Aman damai ya suasana pada hening-hening pagi. Husband Eza cakap kalau kita awal bangun, masa yang kita ada sehari tu lebih banyak untuk diluangkan kepada aktiviti yang bermanfaat. Lepas kahwin begitulah ya, dah jadi habit awal bangun di pagi hari. Sekian cerita part tu. HAHA. Hashtag #readersperlutahu
So, selepas selesai program kedua Eza teruslah meneruskan perjalanan ke Mall untuk beli hadiah istimewa untuk husband tercinta. Of course lah dia ikut sekali pergi Mall 😆. Lama dah menabung untuk beli hadiah dia ni. Bukan apa, effort kena ada kan. Nak bagi orang hadiah ada syaratnya jugak tau. Pertama, kena bagi apa yang terbaik di mata kita. Kedua, bagi dengan seikhlas hati. Jika dua syarat ni ada, you're at the right track!
Ok, nak dijadikan cerita tajuk di atas adalah hadiah beliau. Betul, XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM. Sebuah handphone baharu yang dibeli cash. Tak suka nak hutang kalau beli phone. Sebab tu pilih dan beli handphone dengan harga yang affordable. Husband dah latih untuk beli apa-apa aset/barangan di bawah RM10k, kami kena kumpul duit month by month, berjimat cermat amalan mulia.
Untuk entry ini, Eza ceritakan serba sedikit spesifikasi handphone XIOMI POCO X3 NFC. Untuk review penuh, Eza akan post new entry selepas penggunaan sebulan. Kelebihan dan kekurangan (jika ada).
Dengan harga RM1099. Telefon bimbit jenama XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM yang dilancarkan pada 8 september 2020 memiliki kekuatan dan keistimewaannya yang tersendiri.
- Saiz skrin - 6.67" (inches). Maksudnya skrinnya cukup luas ya, saujana mata memandang.
- Camera - 64MP (wide). Handphone ni for sure takda masalah mengenai camera. Cantik je gambar-gambar yang diambil. Sharpness, low light. Great!
- 6GB RAM - Snapdragon 732G. 6GB RAM ini mencukupi untuk bertindak pantas. Jadi taklah lag or loading je memanjang. Lagipun snapdragon tu memang sesuai dengan individu kaki games macam husband Eza ni. Contohnya, bagi permainan MOBILE LEGEND. Dia cakap TAKDA MASALAH dan running smooth!
- Battery - Li-Po 5160mAH (non-removable) dengan adanya fast charging 33W melalui USB-C. Penggunaan yang lama dan cas yang cepat. Ini yang diperlukan ya dalam sesebuah handphone tuan-tuan dan puan-puan. Renyah juga nak cas handphone memanjang, bawa powerbank. So, this one adalah spec yang eza titikberatkan jugak sebelum buat pembelian.
- Storage - 128 GB. Bolehlah simpan gambar-gambar dan fail-fail kerja. Tak perlulah husband delete everyday benda yang tak penting dalam phone dia seperti sebelum ni. Tapi, whatsapp dari orang yang merapu dan merepek kena delete la. Sakit mata dan sakit hati. HAHA! Oh dude, your message is deserved to be deleted.
- Infrared port - YES. Oh yeah, bagi spec ni memang husband suka sangat. Dengan adanya infrared port ini anda boleh mengawal peralatan elektrik seperti televisyen, penghawa dingin, kipas dan termasuklah peralatan berkaitan jenama Xiomi dengan menggunakan phone ini saja. So dia senang nak control on off air con, on off televisyen. Mudah sangat!