Memaparkan catatan dengan label Happy New Year. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Happy New Year. Papar semua catatan

Year of 2023 & Rabbit's year

Jumaat, Januari 27, 2023

 Assalamualaikum semua. Apa khabar?

Pertama sekali, Eza nak ucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 walaupun hari ini dah 27 haribulan Januari. Lama bebeno ya tak update blog. Semoga diri ini masih belum dilupai oleh rakan-rakan blogger. Sinonim dengan tahun baharu pastinya tidak lari daripada topik-topik berikut:

Azam bukan zam zam ala kazam

Macam biasa azam nak kurus macam model setiap tahun. Namun makan tak pernah kurang. Sedih betul gemok ni ya. Korang faham tak perasaan orang gemok ni? Huhu.

Buku Perancangan or Planner Book

Eza bought 1 planner book. Nak tunjuk la dalam next entry. So cantik warna yellowish. Harapannya, nak full tulis dalam buku tu agar tak membazir amalan syaitanirrojiim.

Ucapan atau wish tahun baharu

Happy New Year guys! May 2023 bring us to a better life, better health, better future, better me and better you. Semoga ekonomi Malaysia semakin baik dan mengukuh serta keadaan politik yang lebih stabil demi kesejahteraan masyarakat di bumi Malaysia. 

InsyaAllah tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun lepas yang Eza update blog suam-suam kuku tu. Banyak hilang dari ada. Banyak menyepi dari berbunyi. Sosial media lain pun Eza tak bukak sangat kecuali yang melibatkan urusan kerja. Ye, sosial media pun kerja jugak.

Ini adalah entry pertama Eza pada tahun ini. Harapnya next entry will be coming very soon. KPI blog tahun ini rendah saja iaitu 12 post setahun. HAHA. Satu post per month. But I hope I post more and more. Eza suka tau meluah rasa guna perkataan ni. Guna percakapan macam tak sampai. Or orang macam tak berapa dengar sebab suara too soft. Entahlah. Biarlah. 

Anak sulung Eza sekarang dah tumbuh gigi dan nak pandai berdiri dah. Aktif dan bijak sangat dia, disayangi ramai sebab comel. Biasalah mak-mak suka puji anak sendiri. Anyhow, kita as parents memang kena selalu doa yang baik-baik pun untuk anak kita. Time ni anak tengah tido, barulah Eza berakit-rakit ke hulu menaip blog. Agitcheew. 

Itu sahajalah update kali ni. Sesuai sangat selepas perayaan Tahun Baharu Cina. Tahun ini tahun rabbit. So cute rabbit. I still got angpows CNY. Rezeki alhamdulillah. 

Bye for now, patik undur diri dulu. 

Read More