Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ada orang Sarawak sik baca blog kamek tok? Mun ada droplah comment. Mun sudilah 😉😉😉. Oklah, kamek sik mok buang masa. Kita kembali ke tajuk asal iaitu Syarat Kelayakan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak.
Sebenarnya, dalam bulan lepas dah Eza dengar desas desus berita ni. Cuma belum tahu bila pelaksanaannya. Pada fikiran Eza, memang rezeki sangat jika dapat insentif dari Kerajaan Negeri Sarawak ni. Durian runtuh orang kata. InsyaAllah jika tiada aral melintang dapatlah selesaikan hutang PTPTN tahun ni. Hutang lain, belum selesai 😅. Sebelum ni, Eza lunaskan bayaran secara konsisten dengan menggunakan kaedah potongan gaji. Hutang PTPTN Eza hanya semasa pengajian Diploma. Lepas tu sambung belajar peringkat Ijazah, pinjaman PTPTN dijadikan biasiswa kerana result alhamdulillah. Apa yang Eza maklum, pinjaman jadi biasiswa hanya ditawarkan di peringkat Ijazah dengan CGPA Kelas Pertama. Itulah sebab Eza memang struggle nak dapatkan result first class. Hutang PTPTN ni siapalah nak bayarkan kalau bukan diri sendiri. Ye dak?
Oleh itu, pada tarikh 9 Mac 2021 bersamaan hari Selasa yang lalu anak-anak Sarawak dah boleh Semak Kelayakan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Alhamdulillah, nama Eza tersenarai dalam kalangan lebih 9000 penerima insentif. Terima kasih Allah mudahkan dan memberi rezeki seumpama ini.
Jadi jom baca syarat kelayakan untuk menerima insentif tok.
- Mun kitak orang mak bapak duak-duak asal Sarawak, memang pure Sarawakians lah kedak Eza tok. Mun salah seorang mak atau bapak kelahiran Sarawak juak layak nerimak insentif tok.
- Udah selesai bayar 30% dari pinjaman PTPTN. Hutang tok perlu dibayar. Incit-incit pun boleh, jangan sik bayar jak.
- Udah selesei belajar dengan jayanya. Sik extend nak oh. InsyaAllah kitak layak deng oii.
Oklah. Ya jak nak share dolok! Bye. 💕