Showing posts with label Kegunaan. Show all posts
Showing posts with label Kegunaan. Show all posts

KEPENTINGAN DAN KEGUNAAN PLANNER BOOK

Thursday, December 24, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Terima kasih singgah blog Eza Boom Boom dengan senyuman. Senyum itu sedekah tau!

Seperti yang kalian maklum, Eza tengah dalam tempoh penganjuran segmen. Rujuk link di bawah ini:

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Oleh itu, sesiapa yang nak blogwalking atau sesiapa yang DAH JOIN dan nak tengok senarai peserta yang join.. Boleh rujuk link di bawah:

SENARAI PESERTA PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

So, hari ini Eza nak kongsikan gambaran hadiah Planner Books untuk bakal pemenang Lucky Participants. Kira macam lucky draw jugaklah kaedahnya ya. Sebelum itu, Eza kongsikan dahulu beberapa kepentingan adanya sebuah planner book untuk tahun 2021.

Kehidupan lebih teratur 🎉

Dengan adanya planner, kita akan melakukan aktiviti merancang dengan lebih awal sebelum kejadian berlaku. Contohnya, masa Eza nak bertunang Eza memang sediakan buku untuk persediaan sebelum hari pertunangan. Tarikh sekian-sekian kena settle satu benda ni, kena settle bayaran itu. Pelamin, jurumekap dan sebagainya. So, life akan lebih teratur. Tak serabut mana yang tak settle lagi. Even teknologi dah semakin pesat membangun, Eza lebih selesa dengan menulis dalam buku walaupun tulisan cakar ayam. Untuk situasi terkini melibatkan aktiviti blogging, Eza kena prepare beberapa perkara sebelum posting iaitu isi-isi penting mengenai topik yang ingin dikupas, gambar yang bersesuaian, informasi yang ingin dikongsikan. A planner book is such the right choice for me, indeed!


Capai sasaran dengan lebih jelas 🎯

Setiap orang memiliki sasaran (target) dalam kehidupan tidak kira secara harian, mingguan, bulanan mahupun tahunan. Contohnya, sasaran untuk menurunkan berat badan. Bila dah ada sasaran, usaha kena ada. Kena bersenam, kena makan secara sihat dan cut terus minum manis. Dengan adanya planner book ini dapat membantu kita untuk trace dan track dekat mana pencapaian kita setakat tempoh dua minggu sekali. Turun berapa kilogram? Kurang berapa inci? So semua itu nampak lebih jelas dan nyata. Begitu jugak sasaran nak full solat lima waktu sehari semalam. Hari-hari akan rasa semangat nak dapat full mark sebab lengkap solatnya. Hujung minggu bolehlah tengok pencapaian semasa, alhamdulillah terjaga amanah Allah minggu ini. 

Catat peristiwa penting dalam hidup 📝

Planner book juga berperanan seperti diari kepada seseorang individu. Tetapi kalau dijadikan sebagai diari jangan pulak letak merata. Benda ni antara benda peribadi yang perlu disimpan dengan baik. Apa sahaja yang terjadi dalam satu-satu hari itu, kita tulis sebagai rekod kita. Contohnya, dapat surat dari HQ naik pangkat. Berita gembira macam inilah bila kita tulis kita akan tersenyum diri. Dalam hati, rezeki tak salah alamat. Bila Allah nak bagi, Dia akan bagi. Contoh lain, kena catat berapa hari ponteng puasa bulan Ramadhan. Sebab kita muslimah ni kena ganti puasa lepas tu. Jadi, dengan adanya planner book ni kita tak perlu agak-agak berapa hari nak ganti puasa. Rujuk saja planner book pada tarikh sepanjang bulan Ramadhan. 




Setakat itu sahaja perkongsian Eza mengenai buku planner. Ini pendapat peribadi Eza sendiri. Mungkin ada yang lebih gemar menggunakan kemudahan era digital. Mungkin masih ada yang memerlukan buku planner ini seperti Eza. 

Entry ini mengandungi beberapa gambar Planner Book yang bakal dimenangi oleh peserta segmen. Jemput menjamu mata. Segmen Eza berlangsung sehingga 27 Disember 2020 jam 11.59 malam. Sempat sangat nak join lagi. Penyertaan korang sangat dialu-alukan pihak penganjur. Hehe! 😍😍😍

Sekian dahulu entry kali ini. Jumpa lagi esok ya 💙💚💛💜. 

Read More