Cerita ini kisah benar yang dilalui oleh Eza sendiri dalam suatu momen tahun lepas. Masih segar diingatan kerana keadaan itu ADA memberi ruang dan masa untuk peniaga itu jujur atas urusan perniagaannya. Memang benar, setiap business mahukan keuntungan yang berlipat ganda demi kelangsungan hidup pada zaman ekonomi merosot dek kerana pandemik. Namun, itu pilihan masing-masing untuk berniaga secara jujur ataupun sebaliknya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar sidang pembaca sekalian? Hari ini hari Isnin. Nampaknya, hari Isnin Eza alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah. Balik rumah pun muka happy. Sik la menjus padah orang Sarawak. Menjus bermaksud raut wajah yang masam mencuka. Semoga hari esok dan seterusnya pun begitu juga.
Berbalik semula kepada kisah yang ingin Eza ceritakan. Moga dapat dijadikan iktibar.
Setiap kali, waktu lunch hour kami suami isteri akan mencari masjid yang cantik dan bersih untuk mengerjakan solat Zohor. Masa yang ada terhad, hanya satu jam. Selalunya, sebelum singgah masjid akan beli air dan kuih-muih di tepi jalan jika sudah kelaparan. Kalau tidak, usai solat baru kami akan singgah di stall jalanan yang sejalan ke tempat kerja. Ini tanda support kami kepada peniaga kecil. Tak singgah membeli tu maksudnya dah bawa bekal dari rumah.
Jadi kejadiannya begini, Eza membeli dua cawan air berharga RM3.00 segelas, kuih ala-ala karipap tapi bukan karipap enam biji berharga RM1.00 per biji, Cheesekut dalam container 1 bekas berharga RM5.00 per bekas. Jumlah keseluruhannya adalah RM17.00. Sama bukan kira-kira kita?
Dengan itu, penjual itu memberitahu jumlah keseluruhan belian Eza adalah RM22.00. Jadi Eza hulurkan wang sebanyak RM52 supaya akan dapat baki RM30 genap. Baki duit bertukar tangan, Eza pun kembali ke kereta.
Dalam kereta, husband pun tanya berapa total semua? Jawaplah jawapan tadi. Mahal sungguh. Ni lepas set McDonald ni katanya lagi. Eza kiralah semula, congak matematik sikit memang salah kira ni. Kurang RM5.00. Eza pun turun semula untuk dapatkan baki duit yang sepatutnya.
Eza cakaplah, "Encik, macam salah kira ni..". Dia pun terus meluru bagi Eza RM2.00, oh kurang RM2.00 ya. Terus dia bagi Eza dua keping RM1. Lepas tu pulak ada pembeli lain datang dan Eza pun tak nak panjangkan cerita, lalu berlalu pergi. Tempat orang cari makan, jangan buat kacau.
Akhir cerita, penjual tu masih hutang Eza RM3.00 lagi. If Eza tak tanya balik baki duit sepatutnya, dia akan untung RM5.00.
Iktibarnya kat sini, apabila berlakunya kesalahan pengiraan dalam urusan jual beli sepatutnya pengiraan semula patut dilakukan. Bukan urusan sekadar ringgit-ringgit. Tetapi, kepercayaan orang terhadap awak sebagai pembeli dah tak ada. Padahal, awak ada je masa untuk kira betul-betul semasa Eza nak buat pembayaran tu sebab tak ada pelanggan lain.
Pengajarannya kat sini, nak berniaga kena jujur. Orang beli sebab nak support business awak. Kena lagi dekat husband Eza yang pantang kena tipu. Padahal isteri dia yang kena tipu. Tipah tertipu bang! Memang tak singgah lagi la stall tu. Tak suka orang tak jujur katanya. Kepercayaan manusia ni sukar dicari ganti, bila kepercayaan tergadai I say bye bye!😡
Entry ni macam ayat penyelesaian masalah matematik pulak bila baca balik. HAHA. Suka je nak bercerita malam-malam ni. Suka sangat nak taip panjang-panjang. Korang layankan je lah entry Eza ni ye.
Dalam urusan jual beli ni.....
Pembeli ni tahu je mengira, jangan anggap tak tahu.
Ambil kesempatan dan keuntungan ni tak bagus tau.
Berniaga dengan jujur, rezeki pun berkat dan barokah.
Pelanggan setia beli hari-hari, awak pun untung hari-hari.
Terima kasih sudi baca,
Till then. 😍