Showing posts with label Mee Kolok. Show all posts
Showing posts with label Mee Kolok. Show all posts

Mee Kolok Special dan Roti Jantan Double: Menu Sarapan Sarawak

Sunday, December 27, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera sidang pembaca semua. Terima kasih sudi singgah blog Eza dengan senyuman. Hari ni hari Ahad, korang pergi mana jenjalan hari ni?

Hari ini Eza nak kongsikan sarapan yang dinikmati pagi tadi. Bukan selalu dapat makan di luar ya. Hari bekerja menu sarapan sama je setiap hari kalau tak nasi goreng alamatnya telur rebuslah tu. Memang husband dah didik untuk sarapan before ke tempat kerja. So, masa bekerja teruslah buat kerja hakiki yang sepatutnya. Tak la moody kalau boss arah buat kerja sekian sekian tapi perut kosong. Kena atur masa sebaiknya. Lagipun memang hak majikan pun untuk minta kita buat kerja terus jam 8.00 pagi tu. Tak payah nak merungut pun.Tapi itu terpulanglah dengan kebiasaan masing-masing. Tepuk dada, tanya selera. 

Hujung minggu ini, agak istimewa menu sarapan kami suami isteri iaitu hidangan Mee Kolok Special dan Roti Jantan Double. Untuk air minuman, Eza order Horlick panas, manakala suami order Milo Panas. Mee Kolok terkenal di negeri Sarawak. Bila dapat rasa mee kolok yang sedap, memang layan habis.

Kebanyakan restoran dan gerai makanan di seluruh Sarawak menghidangkan menu Mee Kolok. Kebiasaanya dihidangkan bersama sup dan kicap. Tapi tadi, Eza dihidangkan dengan sup dan sos cili cair. Mee Kolok ni uniknya kepada mee yang digunakan iaitu mee sanggul/yee mee. Korang boleh pilih nak mee kolok ayam, mee kolok daging mahupun mee kolok special. Ikut citarasa sendiri. Mee Kolok boleh dimakan kering (makan begitu sahaja), ataupun dimakan basah dengan menuangkan sup yang disediakan ke dalam mangkuk mee kolok. Eza pula lebih suka makan kering. 

Kenangan Mee Kolok, paling sedap Eza pernah rasa adalah kat kantin sekolah masa sekolah menengah dulu. Sampai sekarang tak jumpa lagi Mee Kolok sedap macam tu. Mungkin sebab duduk asrama, semua benda rasa sedap. HAHA. Itulah sebab Mee Kolok kantin sekolah paling sedap bagi Eza. Mee Kolok yang Eza makan hari ni Eza bagi 🌟🌟🌟/5. 

Menu seterusnya adalah Roti Jantan Double. Harga sepinggan ni adalah harga RM5.00. Sarapan jenis ni jugak sekali sekala sahaja kami melayan nafsu nak makan juadah ni. Maklumlah tinggi kalori. Tiberrr pulak ingat kalori time ni. Roti Jantan Double ni mengandungi 2 keping roti canai kosong dihiasi dua biji telor mata kerbau diatasnya, sambal sesudu kecil dan kuah banjir. Overall, rasanya sedap dan boleh tahan. Cuma belum sampai tahap wow lagi. Sama jugak, Eza bagi 🌟🌟🌟/5. 

Kepada korang yang datang ke Sarawak, jangan lupa order menu di atas terutamanya Mee Kolok. Roti jantan tu mana-mana ada kan? Hihik.

Total semua bayaran sarapan ni adalah kurang RM30.00 untuk dua orang makan. Tak dapat nak bagi exact harga sebab husband yang bayarkan. Makseh gilak tokeyneo kmk! Moga makin kaya raya melimpah ruah rejeki ktk!

Itu je lah cerita Eza di hujung minggu ni. Sambil menunggu penyertaan saat-saat akhir para peserta segmen yang Eza anjurkan. Esok Isnin, kena kerja demi sesuap nasi. Husband bestlah dia, cuti panjang. Tahun depan baru jumpa office. Banyaklah masa dia luangkan untuk hobi dia pulak. Moga semangat masih ada untuk bekerja dan dipermudahkan segala urusan. Januari nanti cuti panjang sikit. Nak balik kampung!

Oklah, sekian dahulu. Jumpa lagi. 

Read More