Memaparkan catatan dengan label PENULISAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENULISAN. Papar semua catatan

Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda

Khamis, September 30, 2021

Assalamualaikum semua. Hari ini Eza baru terkedek-kedek nak join Giveaway Cipta Sajak sempena Kelahiran Ainnul Dania Huda. Hari ni hari last day penyertaan, sudilah kiranya menerima sajak dari insan bergelar Eza Boom Boom. 

Nak join sekali, click banner atas ni ehh 😘

SELAMAT 17, GADIS MANIS

Ainnul, si gadis manis

 25 September 2021

Dihitung hari dengan jemari

Menanti tarikh teristimewa

Hari kelahiran sang puteri

Mengecapi usia tujuh belas 

Mensyukuri hadirmu di bumi Tuhan


Dania, si gadis manis

Hidup ini tidak dijanji mudah

Tetaplah kuat dalam perjuanganmu

Jangan pernah mengalah

Tempur selagi dayamu

Sehingga cita digenggam rapi


Huda, si gadis manis

Doa dan kasih sentiasa mengiringimu

Agar engkau selalu sihat

Agar engkau selalu bahagia

Agar engkau selalu ceria 

Agar engkau selalu berjaya

Dan agar engkau tahu hakikat kehidupan 

Memilih permata itu jauh lebih sukar 

Daripada terpijak taburan kaca yang melukakan


Ainnul Dania Huda yang manis,

Sentiasalah jadi yang terbaik

Seadanya dirimu

Semampunya dirimu

Sebagai anak

Sebagai cucu

Sebagai kawan

Dan sebagai makhluk indah ciptaan Tuhan

Yang memberi manfaat sebaiknya.


Selamat hari lahir Sang Puteri

Insan bernama Ainnul Dania Huda

            Selamat 17, Gadis Manis.           


Sekian dahulu penyertaan Eza nukilan malam 30 September 2021. First time buat sajak sempena birthday. Tiada kata selain doa-doa yang baik-baik untuk puteri kesayangan blogger Suria Amanda. Sajak ini juga bermakna untuk Eza kerana menukangi sajak ini dengan mendengar kata hati.

Syarat-syarat GA telah dipatuhi sepenuhnya. Jemput menilai dan paling penting terhibur melalui penulisan Eza ini. Hehe. 

Sekian, terima kasih.  


Read More

Pengalaman Kali Pertama Menulis Anekdot - Part 1

Isnin, Januari 18, 2021

Penulisan anekdot merupakan bidang penulisan yang baru diceburi mulai Ogos tahun lepas. Anekdot bermaksud kisah ringkas atau kisah pendek yang diceritakan tentang sesuatu peristiwa yang benar terjadi. Penulisan jenis ini agak menarik kerana ianya mengimbau di sebalik kehidupan seorang manusia yang melalui hari-hari suka duka dan warna warni dunia. Jujurnya, Eza dari bangku sekolah lagi bercita-cita menjadi seorang penulis buku. Ingat taklah kesampaian cita-cita Mat Jenin ni, jadi buatlah blog. Bolehlah digelar penulis blog. Tak gitu? 


Untuk entry ini, Eza akan kongsikan pengalaman Eza menulis anekdot sebagai kenangan di hari tua nanti. InsyaAllah. Doakan untuk projek buku seterusnya ya. 

Mula terjebak

Cikgu D, cikgu yang ajar Eza kat sekolah menengah dulu tanya melalui whatsapp. 

Cikgu D: Nak tulis anekdot tak? 
Eza        : Anekdot tu apa cikgu?

Itulah ajakan awal yang diterima. Mula-mula, memang agak meragui diri sendiri jugak. Nak cerita pasal apa pulak ni. Life taklah hebat sangat. Rakyat marhaen yang biasa-biasa je. Tapi, di sisi yang sama. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu. Akan ada buku sendiri secara fizikal. Boleh disentuh, diautograf, dan dipeluk erat. Kiranya kejayaan peribadi Eza sendiri. Tak cuba tak tahu, bukan? So, my answer was absolutely YES. Itulah titik permulaannya. 

Whatsapp Group

Eza dimasukkan dalam group yang semuanya adalah penulis-penulis yang berpengalaman. Ada yang cikgu. Ada yang baru lepas STPM tetapi pernah menang pertandingan penulisan peringkat negeri, ada yang dah hasilkan beberapa buah buku, ada juga penulis komsas dan ramai lagilah. So, I'm the only one yang krik-krik-krik zero experience and knowledge. Buku itu nanti akan memuatkan karya-karya daripada 10 orang penulis Wanita Sarawak. Semua mereka baik-baik belaka. Eza kenal Cikgu D sahaja. Penulis lain baru kenal masa zoom meeting hari tu. Whatsapp group itulah info-info disalurkan seperti due date penghantaran anekdot, biodata, bincang costing dan sebagainya. 

Anekdot Pertama

Pengalaman ini memang tak dapat nak lupa. Siapkan anekdot je berhari-hari. Eza bukan orang yang pandai berimaginasi. Penceritaan Eza lebih kepada pengalaman sendiri dan benar-benar terjadi. Eza tak tahu Eza tak reti nak cerita. Anekdot pertama mengambil masa dalam tiga hari baru siap. Itupun tunggu husband tidur dulu. HAHA. Kalau dia tak tidur, dia banyak cerita dan banyak tanya. Jadinya idea pun lari ikut cerita dia. Penceritaan pun ke Lautan Hindi. Anekdot ini Eza taip sampai 7 mukasurat. So, lepas diedit tak tahu lagi berapa page tinggal. Masa hantar email tu siap maklum awal kat Puan Editor, "Mohon maaf atas kecelaruan cerita dan kelemahan penceritaan di sana sini". 😂😂😂

Anekdot Kedua

Ini ada peningkatan sikit. Ambil masa dalam sehari. Ini giliran Eza pulak nak kusutkan fikiran husband. Sebab ini melibatkan banyak ayat-ayat teknikal yang dia tahu. Masa tu dia dah tidur dah. Still, Eza kept on asking him:

"Awak, betul ke nama peralatan ni?"
"Apa nama sungai awak pergi tu?"
"Awak dengar tak niiii...."

Dalam pada dia mengantuk tu, dia jawab jugak. Supportive-nya awak. Saya bagi 5 bintang campur semua bintang di langit! Anekdot kedua saya dapat taip dalam 6 mukasurat.

Anekdot Ketiga 

Anekdot ini terhasil bila kelulusan diberikan kepada husband untuk pergi memancing demi mendapatkan ketenteraman dalam proses percambahan idea. So, seharian itulah Eza menaip dan susun jalan cerita anekdot. Untuk anekdot ini, Eza agak mengerah minda dan fikiran sampai tertido dua jam. Masuk mimpi pulak tu. Nasiblah masa husband pulang dari pancing just tinggal double check ejaan, gaya bahasa dan struktur ayat. Kalau tak, memang tak siaplah. Dahlah due date keesokan harinya. Dapat jugak taip dalam 6 mukasurat. Alhamdulillah dipermudahkan. 


Sekian dahulu perkongsian kali ini. InsyaAllah Eza kongsikan lagi di masa akan datang. 
Ada yang nak beli tak buku Eza ni? 😍😍😘😘 Terima kasih daun keladi jika sudi. 
Read More

Koleksi Pantun Ucapan Tahun Baharu by Eza Boom Boom

Ahad, Januari 03, 2021

Koleksi pantun sempena tahun baharu ini merupakan antara cara untuk mengucapkan tibanya tahun baharu. Tahun baharu merupakan tititk tolak permulaan yang segar. Semoga kekal bersemangat dan positif dalam menjalani 365 hari yang penuh warna warninya. Pantun-pantun ini merupakan hasil nukilan asli Eza sendiri. Pantun dicipta dalam satu rangkap. Satu rangkap akan mengandungi dua baris atas sebagai pembayang, manakala dua baris ke bawah adalah maksud pantun. 

Jika ada sesiapa yang ingin menggunakan untuk sebarang teks pengacaraan majlis atau atas apa tujuan sekalipun, mohon jasa baik untuk meninggalkan komen di entry ini ataupun boleh menghubungi Eza seperti yang tertera di About Me: The Author atau di ruangan sidebar PUAN TANAH. Memang niat untuk berkongsi, namun Eza tak nak hasil seni ini diplagiat sesuka hati tanpa dikreditkan kepada penulis asal. Terima kasih kerana menghargai dan menghormati bakat seni Eza. 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan semua ke blog Eza. Semoga hari yang dilalui dihadapi dengan senyuman. 

Tanpa melengahkan masa lagi, Eza kongsikan enam rangkap pantun bertemakan tahun baharu untuk tatapan sidang pembaca:

Pantun 1:

Sayang-sayang buah kepayang
Sayang kekanda pasang pelita
Tahun lalu sudah melayang
Tahun ini menanam cita.

Pantun 2:

Pantun 3:

Hati senang dusun berbuah
Dahan pokok dikerat-kerat
Tahun baharu di sambut meriah
Ikatan keluarga terpatri erat

Pantun 4:


Pantun 5:

Awas taulan bila bertiti
Dalam sungai terlihat bayang
Mulia peribadi kaya pekerti
Indah budi orang pun sayang

Pantun 6:


Sekian dahulu, perkongsian untuk hari ini. Jumpa lagi di sesi pantun akan datang. 
Till then 💙💚💛💜💓

Read More