Showing posts with label Paejah Bebels. Show all posts
Showing posts with label Paejah Bebels. Show all posts

Eza join SEGMEN: Pencarian Bloglist By Izatie Salim

Sunday, November 29, 2020

Assalaamualaikum dan hai semua. 

Tengah buat apa tu? Blog-walking ke? Kalau ada yang sesat ke blog Eza ni, selamat datang ya. Eza sentiasa mengalu-alukan kedatangan kawan blogger yang lain ke kebun blogging Eza ni. 

Ok, hari ini Eza nak join satu segmen. Katanya nak cari bloglist. Apa lagi, Eza terus berminat nak join. Memang hasrat dan harapan Eza nak berblogging semula ini untuk ramaikan rakan bloggers dan nak buat apa yang Eza suka. Contohnya membebel dekat blog ini. Agitcheew.

Click LINK ini kalau nak join sama.

Bloglist ini ada beberapa manfaatnya:

  1. Kita senang nak melawat blog yang ada dekat bloglist kita
  2. Kita bantu rakan bloggers naikkan traffik blog dia
  3. Merapatkan silaturrahim sesama bloggers
  4. Tambah followers sekaligus tambah kawan-kawan di alam maya
  5. Salah satu cara sokongan kita kepada rakan bloggers

So korang, jemputlah join sekali segmen ini. Masa kita dilanda pandemik COVID-19 ni, elok kita luangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Jom la kita meriahkan semula arena blogging ni. 

Salam kenalan dari Eza.
Sayang selalu.


Read More

First Entry: Being a blogger again

 Assalamualaikum and hi guys.. Apa khabar?

Yeah, aku jadi blogger lagi. Blog dahulu memang dah lama deactivated. So biarlah cerita-cerita dahulu dilupakan dan kita mulakan hidup baharu ya. 

Since benda typing dan writing ni memang tak dapat berpisah walaupun aku dah layan neflix, layan Kdrama. Sebab itu, wujudlah sebuah blog dengan izin suami yang tercinta dengan nama blog yang lebih sempoi. 

Oh ya, nak dijadikan cerita alhamdulillah aku bertemu jodoh dengan suami pada tahun lepas. Tahun yang banyak keajaiban. Tahun yang membahagiakan. Tahun yang istimewa. Next time, aku share pasal kehidupan selepas berumahtangga ya. Syukur ke hadrat Ilahi, kami sudah berjodohan selama setahun dengan direstui kedua-dua belah keluarga. Rindunya dengan keluarga, cepatlah pandemik berakhir. Please go away COVID-19!

Blog kali ini aku namakan sebagai Paejah Bebels. Sebabnya, aku memang lebih suka menaip perkataan daripada membebel dengan mulut. Aku susah nak explain something gunakan kata-kata sebab aku jenis detail dan a bit complicated. Err.. Sebenarnya aku malas nak cakap banyak. End up lebih baik aku diam saja. Hahaha. The fact is bila aku dengar orang membebel aku macam automatik mengantuk. Tak kira di pejabat atau di rumah. Mungkin ada had perkataan untuk pendengaran  aku sampaikan ke otak. Kalau lebih, effectnya terus ngantuk atau tanda awalnya sakit kepala. Haha. 

Dulu aku pun guna nama Eza Boom Boom acah-acah nama pena. Aku tak dapat fikir nama lain, jadi aku kekalkan je la. Dulu nama blogspot aku masyaAllah panjangnya, (cheksunnyboomboom@blogspot.com). Sekarang, aku dah insaf sikit. Mungkin nak dekat angka 30 ni, aku nak yang simple-simple je. Blog ini aku harap dapat bertahan lama sebagai hobi masa lapang, luahan sesi-sesi perasaan, motivasi dan banyak lagi aku nak share. 

Sampai jumpa lagi tau. 

Aku nak hias-hias blog tu bagi cantek. Follow la kalau sudi ya!

Adious amigos, bai bai!


Read More