Selamat datang ke bulan Mac 2021. Sekejabnya dah bulan ketiga dalam tahun ini. Cepatnya masa berlalu. Dalam kalendar Islam, kita dah masuk bulan Rejab. Lepas Rejab, Syaaban dan seterusnya Ramadhan. Petanda kita tak lama lagi nak puasa. Kawan-kawan yang muslimah, dah habis ganti puasa tak tu? Siapa yang belum tu, cepat-cepatlah ganti eh. Masa tak menunggu kita.
Minggu ni macam mood ke laut sikit. Entah rasa sedih sangat. Emosi terganggu. Ada beberapa pemergian kawan-kawan sama tempat kerja. Sebak. Tak tahu nak gambarkan perasaan ini. Dalam masa terdekat jugak, sahabat baik Eza kehilangan ayah kesayangan beliau. Ya Allah, maaf tau awak. Belum dapat telefon awak dalam masa terdekat. Teringat kat awak pun, berkolam air mata saya. Awak sabar ya, awak kuat kan. Saya sayang kat awak tau. Allah sayang kat awak. Semoga roh rakan dan arwah ayah sahabat Eza ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Mohon kawan-kawan sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang telah meninggalkan kita. Moga Allah sentiasa pelihara kita untuk membuat kebaikan kepada semua orang.
Homesick juga. Rindu sangat dengan mama babah. Lama sangat dah tak balik. Dengar suara hanya di telefon, weekend hari tu video call. Ya Allah, rindunya. Sumpah sangat rindu. Benda yang paling Eza syukuri sebab mama abah Eza baik sangat. Selalu doakan, selalu cerita benda yang baik-baik, suka sebut yang baik-baik supaya Eza tak sedih.
Lepas tu, tengok patient sakit dalam hati selalu cakap kesian pakcik ni, kesian makcik ni, kesian adik ni. Ada yang berkerusi roda. Ada yang kudung. Bergenang lagi air mata. Hati tisu betul kamu ya Eza. Entahlah. Moga pulih perasaan yang sayu-sayu ni. Bantu Eza, ya Allah.
By the way, pencapaian blog Eza bulan Februari adalah 64% dengan penghasilan entry blog sebanyak 18 entries sahaja. Prestasi menurun dari bulan Januari ya. Tak apalah. InsyaAllah bulan ni nak post entry best-best. Masuk bulan ketiga ada blog Eza Boom Boom ni. Muda lagi usianya. Harap sangat memberi manfaat kepada pembaca.
Itu sahaja cerita hari ni. Korang jaga diri baik-baik tau. Bye!