Memaparkan catatan dengan label Tips Blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Blogging. Papar semua catatan

4 PERKARA PENTING MENJADI BLOGGER

Sabtu, Ogos 06, 2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai korang. Apa khabar hari Jumaat yang mulia ni? 

Sebelum ini, Eza rasa hasilkan entry blog mudah sahaja. Taip taip taip, zap zap zap siap. Sekarang ni, nak post satu entry pun terkapai-kapai kelemasan. Overthinking sangat kot. Eza akan fikir macam-macam. Perlu share ke ni? Bermanfaat ke ni? Ataupun too personal? Haha. Nampak fikir jauh sangat. Sebab aku takut aku terlebih share entah apa-apa memandangkan husband aku jenis low profile. So, aku terikut. Mula lah Eza fikir patut tak berblogging lagi. Pastu, mungkin juga faktor usia yang semakin menua. Amboi Eza banyak betul alasan engkau. Macam banyak sangat readers ye dak? HAHA!

Untuk jadi seorang blogger perlukan beberapa faktor ini untuk terus menjadi blogger berjaya:

  1. Minat yang mendalam - Bila ada minat ni, semangat nak post entry akan berkobar-kobar. Sedia perkakas asas seperti sebijik laptop dan talian internet yang sepantas shinkanzen. Ibaratnya, walaupun ada halangan berskala kecil, tetap gigih draft entry demi kesinambungan blog sendiri. Moga minat Eza dengan blogging mendalam sedalam Lautan China Selatan. Amiin.
  2. Komitmen dan kesungguhan - Tanam azam yang kukuh untuk terus lestari sebagai blogger. Mungkin dalam 24 jam sehari, luangkan 1 jam sepenuhnya untuk update blog. Contoh blogger yang takda ciri ini, macam Eza Boom Boom la. Entry ke laut je semua. Awak kena improve diri awak Eza. Gituuu.
  3. Kerajinan yang tinggi - Nak buat sesuatu perkara perlukan sikap rajin. Rajin mencari bahan untuk entry. Rajin berusaha nak mencambah minda untuk menghasilkan sesebuah entry. Entry simple atau entry panjang, dua-dua memerlukan kerajinan. Perangai malas, apa pun tak jadi Eza ooii.
  4. Idea, Ilmu dan kreatif - Menulis semestinya memerlukan elemen idea, ilmu dan kreativiti dalam berkarya. Idea yang mantap dapat menghiburkan pembaca di samping mendapat engagement melalui ruangan komen.  Ilmu juga penting agar kita dapat berkongsi perkara yang bermanfaat untuk pembaca blog. Kreativiti pula akan melahirkan keunikan identiti seseorang blogger. Orang baca je entry dah tahu siapa penulis melalui gaya bahasa yang dipamerkan. 

Eza sengaja nak senarai faktor-faktor atas ni sebab Eza dah lama stop blogging. Nak mencari balik semangat ke-blogging-an yang hilang itu. Haruslah sedia faktor yang menpengaruhi diri sendiri to overcome the issue. Chewah. Bila diingat semula hampir setahun jugak rasanya. Tenggelam di dalam dunia kehidupan sendiri. 

Eza nak share jugak sebab kenapa stop blogging sini sebab one day Eza baca balik, oh aku stop sebab gini-gini. Haaaa, kenangan. Lepas beranak ni, ada pelupa sikit. Harus letak di blog. HAHA. Sebabnya adalah:

  1. Busy kerja - Hal kerja ni tak dinafikan penat dia. Musim pandemik ke musim endemik ada je kesibukan yang tidak terperi. Penat tapi kena sabar demi rezeki yang halal dan berkat. InsyaAllah. So, sampai rumah, memang otak nak berehat setenang-tenangnya tanpa perlu buka laptop or PC. Dan tanpa perlu berfikir. Menulis ni kan perlu berfikir, walaupun sekadar pemikiran santai. Pekerjaan yang menggunakan otak penat dia lain macam. I decided taknak force. Nak blogging, when I am ready to do so. Darah tinggi nanti, yang makan ubat empunya badan sendiri jugak! Mental health amat penting tau. Please jaga elok-elok. 
  2. Start pregnant - Ini reason utama ya. Entah kenapa jadi tak minat blogging, tiba-tiba. Habis segala faktor di atas terhakis secara totalnya. Jadi tak minat, tak rajin, takda idea dan sebagainya. Penangan first pregnancy. Itulah sebabnya hilang dari dunia blogging serta merta tanpa notis. Minat menulis pun pudar sepudarnya. Tapi alhamdulillah, urusan kerja hakiki tidak terjejas semasa tempoh mengandung ini. Bersyukur sangat. 

Itu je lah Eza nak cerita sebenarnya. Stop kejab, baby nangis. Then sambung balik. Esoknya sambung lagi. Maka terhasil sebuah entry hari ini. Sekian dulu ya, jumpa lagi esok lusa. InsyaAllah. 

Read More

TIPS BLOGGING: 11 CHECKLIST PENGANJURAN SEGMEN/GIVEAWAY/CONTEST

Selasa, Februari 16, 2021

Hari ni Eza nak share salah satu tips blogging iaitu checklist penganjuran Segmen/Giveaway/Contest dan yang sewaktu dengannya terutama di blog. Penganjuran aktiviti bagi rakan-rakan bloggers jugak antara usaha dalam mengeratkan silaturrahim dalam kalangan blogger selain dapat meningkatkan traffik blog. Pada masa yang sama, amalan murni seperti memberi dan menerima hadiah juga terlibat dalam aktiviti ini. Bagi penganjur/pemberi hadiah akan lebih gembira apabila berkongsi rezeki. Manakala, penerima hadiah pula mensyukuri rezeki yang diterima. Rezeki ni kita tak boleh nak agak. Ada rezeki, Alhamdulillah. Terutamanya jika penganjur menggunakan kaedah ala-ala cabutan bertuah atau menggunakan random generator. Itulah nenek moyang kita ada menyebut, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah sahaja yang tahu".

Checklist ni dalam bahasa melayunya adalah Senarai Semak. So, bolehlah kiranya dijadikan sebagai panduan bersama. Ini untuk rujukan sendiri sebenarnya. Tahun lepas dengan penganjuran segmen secara solo, Eza detect beberapa kelemahan dan kekurangan. Life is about learning process, right? Eza harap perkongsian ini ada manfaatnya kepada blogger-blogger yang belum pernah menganjurkan apa-apa Segmen/Giveaway/Contest dan sebagainya. Blog berbeza sedikit dengan sosial media lain seperti twitter yang memang aktif buat Segmen/Giveaway/Contest. Rasanya hari-hari ada je yang anjur benda tu semua. Retweet, follow, komen, siap! Ini perkongsian serba sedikit mengenai dunia twitter. 

Jom kita ambil tahu 11 [SEBELAS] CHECKLIST bagi penganjuran Segmen/Giveaway/Contest. Let's check it out:

  1. Nama Segmen/Giveaway/Contest - Nama ni penting bagi menarik minat rakan blogger untuk menyertai aktiviti yang kita anjurkan. Sekaligus bertindak sebagai platform agar blog kita lebih dikenali. Sangat digalakkan meletakkan sekali nama blog. Selalunya kalau Eza lupa nak bookmark sesuatu segmen yang Eza nak join, sekurang-kurangnya Eza akan ingat nama blog penganjur. Nama nak panjang ke pendek, terpulanglah. Sebab NAMA itu nanti yang menjadi title di entry-entry peserta. Contoh nama: SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPS BY EZA BOOM BOOM
  2. Objektif penganjuran - Setiap benda yang kita lakukan mesti ada tujuan dan matlamat yang ingin dicapai. Contohnya, mencari bloglist blog. Jadi segmen tersebut mempunyai tujuannya untuk mencari senarai blog yang hendak diletakan pada bloglist di sidebar. Ada juga objektif yang dinyatakan secara umum seperti bagi memeriahkan dunia blogging. Ini juga salah satu contoh objektif. Objektif yang tercapai akan menjadi kayu pengukur selepas selesainya sesuatu aktiviti tersebut. 
  3. Syarat Penyertaan - Kebiasaan syarat asas yang diletakkan adalah seperti follow blog, letak nama segmen dan banner disediakan penganjur serta tinggalkan link penyertaan di ruangan komen entry penganjuran. Syarat ini mesti dipatuhi agar peserta yang gagal mengikuti syarat ditetapkan boleh disqualified, penyertaan peserta itu boleh dibatalkan. 
  4. Tempoh masa penganjuran - Pendapat peribadi Eza, paling lama adalah dua minggu. Tapi terpulanglah kepada korang jugak. Semakin lama tempoh penganjuran, selagi itulah kita ada komitmen hendak dijaga. Jika dapat bagi komitmen yang terbaik, should be no problem. Masa tamat pun kena maklumkan sekali. Nak letak detail, bubuh sekali dengan jam berapa. Contohnya, tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Februari 2021 pada jam 8.00 malam. 
  5. Hadiah - Ini adalah pilihan. Nak bagi hadiah ataupun tidak. Tengok bajet yang korang ada. Contoh hadiah adalah barang-barang, wang tunai, vouchers, pemilihan blog yang terpilih jadi bloglist dan sebagainya. Jika rajin nak pergi pos barang, boleh tawarkan hadiah berupa barang-barang fizikal. Nak cepat settle, hadiah wang tunai. Zup zap transfer thru online banking. Settle. Hadiah ni selagi tak sampai ke tangan pemenang, selagi tu lah duk tak senang hati. 
  6. Banner Segmen/Giveaway/Contest - Banner ni penting untuk inform everything. Put all the information in one picture. Masuk la nama segmen, tempoh penganjuran, hadiah, syarat. Semua buh saja. Lagi padat lagi bagus. Nak buat banner segmen, senang sahaja ya. Boleh try aplikasi CANVA. Pantas dan cantik!
  7. Entry Senarai Peserta - Buat satu entry untuk menyenaraikan semua peserta yang menyertai aktiviti kita. Boleh update secara daily atau weekly, ikut kesesuaian masa korang. Fungsi senarai ni untuk semak in case ada penyertaan yang tercicir. So peserta yang dah join pun boleh detect, "Eh eh mana link blog saya, saya kan dah hantar link".  Boleh rujuk contoh di SINI.
  8. Maklum Balas kepada peserta yang menyertai - Tinggalkan komen dekat entry penyertaan peserta. Contohnya, "Terima kasih atas penyertaan Cik Boom Boom dalam Segmen Cikeboom Cikeboom, Cik adalah peserta yang ke-20. Happy blogging ya". So, peserta akan rasa dihargai dan maklum bahawa penyertaan mereka telah diterima oleh pihak penganjur. 
  9. Entry Tamat - Entry ini bertujuan untuk mengumumkan segmen/giveaway/contest telah tamat. Jadi sebarang penyertaan selepas tamat tempoh aktiviti tidak akan dilayan sama sekali. Dekat entry inilah korang akan bagitahu bila agaknya pemenang akan diumumkan. Jika entry tamat sudah posted, korang take your time untuk godek-godek balik entry peserta mengikut syarat ditetapkan dan buat shorlisted. Entry ni boleh je buat awal dan schedule kan mengikut masa tamat yang korang tetapkan.
  10. Entry Pengumuman Pemenang - Ini pun memerlukan satu entry bagi memaklumkan para pemenang yang telah berjaya. Mohon para peserta email maklumat yang diperlukan seperti nama penuh, alamat, nombor telefon atau nombor akaun bank jika memerlukan transaksi bank. In case aktiviti yang korang anjurkan takda pemenang mahupun pengalah, takda entry ni pun tak apa. Dalam entry ini korang zahirkan juga penghargaan kepada semua peserta dan sponsor (jika ada) atas kerjasama yang diberikan. Budi bahasa kan amalan mulia. 
  11. Maklum Balas kepada Pemenang - Bear in mind, setiap blogger ada masanya sendiri. Ada yang online weekend je, ada yang check blog tiga kali seminggu je. Oleh itu, penting bagi pihak penganjur untuk meninggalkan komen di entry penyertaan untuk memberitahu perkhabaran berita gembira mengenai kemenangan saudara/saudari tersebut. Jika dalam seminggu belum ada feedback lagi dari pemenang, usahakan untuk mencari info contact yang ada kat blog mereka. Sedaya upaya to reach them by email, phone or social media. Ini namanya, courtesy
Sekian sahaja perkongsian Eza mengenai 11 checklist penganjuran Segmen/Giveaway/Contest. Eza tak ada pengalaman luas beribu batu pun. Cuma nanti Eza boleh jadikan sebagai rujukan sendiri. Memang panjang entry ni kan. Suka je nak type explain panjang-panjang, dua malam baru siap. HAHA. Semoga bermanfaat ya. 

Eza doakan andai kata korang anjurkan sebarang Segmen/Giveaway/Contest, semoga dipermudahkan segala urusan dan berjaya mencapai objektif yang diimpikan. Selamat maju jaya! Happy blogging!
Read More

Cara edit gambar menggunakan aplikasi CANVA. Guna phone pun boleh!

Sabtu, Januari 09, 2021

Peranan gambar atau infografik dalam media sosial adalah penting bagi menarik minat pembaca/audience/viewer/potential company untuk mengikuti perkembangan media sosial kita. Ada yang lebih gemar melihat gambar, ada juga yang suka dengan susunan ayat (wordings) dalam satu-satu post. Oleh itu, hari ini Eza nak berkongsi macam mana nak menghasilkan suatu gambar yang cantik, kemas dan semestinya mempunyai content yang boleh dimanfaatkan. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa hari lepas, Eza mendapat pertanyaan daripada Encik Blogger Wak Lat. Soalannya seperti dalam gambar di bawah.


Pertama sekali, terima kasih Wak Lat atas pertanyaan tersebut. Eza beri jawapan dalam satu entry ni ya. Minta maaf juga jawapan daripada Eza ini kelewatan sedikit, weekend baru dapat diselesaikan sebaiknya. 

Untuk entry Koleksi Pantun Ucapan Tahun Baharu By Eza Boom Boom, Eza menggunakan sepenuhnya APLIKASI CANVA untuk memaparkan tiga rangkap pantun tersebut. Di bawah ini merupakan penerangan lebih terperinci mengenai font yang digunakan.

Untuk gambar pertama, font yang digunakan adalah:

Wording Pantun Tahun Baharu - Font Hey Gotcha!
Serangkap Pantun - Font Moontime
Link Blog - Font Organic

Untuk gambar kedua, font yang digunakan adalah:

Wording Kolekasi Pantun Tahun Baharu - Font Glacial Indifference 
Serangkap Pantun - Font Madelyn
Link Blog - Font Monserrat Classic



Untuk gambar ketiga, font yang digunakan adalah:

Hashtag - Font Code Pro
Serangkap Pantun - Font Madelyn
Link Blog - Code Pro 


Aplikasi CANVA ni senang nak guna. Boleh download aplikasi ini dekat playstore smartphone korang juga. Mudah sangat. Sebab rata-rata dia bantu untuk buat post kat semua sosial media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. 

Caranya mudah je ikut langkah-langkah berikut:

1. Kena sign up untuk create account korang. Lepas dah sign up baru boleh log in. 
2. Then, create design yang korang nak. Header blog Eza sekarang pun, Eza edit di CANVA je. 
3. Selebihnya, ikut kreativiti korang nak design macam mana ya.
4. Selesai design boleh save dalam format PNG untuk High Quality atau JPEG untuk Small Size File Image. Lepas saved pun boleh je edit lagi. No hal punya. 
5. Dah puas hati kome, boleh dah post dekat mana-mana sosial media. 

Catatan: 
Eza subscribed yang Canva Pro berharga RM21.90/monthly sebab senang nak edit apa-apa, pilihan design lebih cantik, template banyak dan tidak terhad. Jika bagi korang mencukupi menggunakan yang basic dan free, itupun sudah memadai. Terpulanglah ya.

Ini je Eza nak share hari ni. Mungkin ramai yang dah tahu mengenai CANVA ni. Tapi, tak apalah. Eza kongsi lagi ya. Harap boleh membantu serba sedikit. Selamat mencuba dan jumpa lagi di lain entry. 

Terima kasih. 
Till then. 
Read More

TIPS BLOGGING: BLOGWALKING KE SANA KE SINI

Sabtu, Disember 05, 2020

 Assalamualaikum dan salam berhujung minggu. 

Apa khabar kawan-kawan blogger sekalian? 4 hari Eza tak update apa-apa new post ya. Previous post adalah 1 Disember. Apa tidaknya, memang keletihan dengan tugasan di siang hari. Minggu yang agak mencabar sampaikan balik rumah pun tidur awal before jam 9.00 malam. Letih sungguh ya otak berfikir. Namun hari ini, itu semua tolak sahaja ketepi, kita fikirkan semula Isnin depan. 

Kerja takkan selesai selagi kita masih dalam perkhidmatan. Jadi, hadapi sahaja dengan senyuman. Melihat ragam orang di tempat kerja, caca marba. Ada yang boleh dicontohi, ada yang boleh dielakkan, ada yang merisaukan. Itulah kehidupan kan. Tidak dijanjikan bulan bintang jatuh ke riba. Maka, berusahalah dengan gigih untuk rezeki yang lebih diberkati. 

Ok, panjang sungguh Eza bebel sebab tak berblogging lebih 3 hari. Haha! Itu memang hakikat ya. Eza tak rajin mana nak cerita hal kerja kat blog ni. Tapi mana yang dapat diambil iktibar, dipersilakan ya. 

Kita kembali ke Sri Pentasss.. #tiberrrr 😂😂😂

____________________________________________

BLOGWALKING merupakan gabungan perkataan BLOG dan WALKING. Definisi blogwalking adalah kita berkunjung/melawat/singgah blog orang lain. Biasanya, aktiviti blogwalking akan melibatkan blog yang tersenarai dalam bloglist atau reading list kita. Biasanya Eza berkesempatan untuk melakukan blogwalking semasa hujung minggu atau hari-hari cuti riang ria. Pendeknya, bukan semasa hari bekerja. My first trial untuk ber-blogwalking semasa working days menemui KEGAGALAN. Apa tidaknya, awal sangat mata mengantuk. Zzzz.. 😴😴😴

Aktiviti blogwalking mempunyai kepentingan/kelebihannya tersendiri:

  • Melatih diri untuk menjadi pembaca setia (loyal reader). Selalunya orang-orang loyal ini akan disayangi 😉😉😉. Sekaligus, blog kita pun akan selalu dilawati. 
  • Memupuk minat membaca pelbagai jenis genre bacaan. Setiap blog mempunyai identiti tersendiri meliputi cara penulisan, gaya bahasa, gaya penceritaan dan sebagainya. Terdapat kepelbagaian blog seperti masakan, informasi, gaya hidup dan sebagainya. Blog Eza ini macam biasalah, janjiku bahagia sahaja 😆😆😆.
  • Pencambahan idea dan penambahbaikan blog. Kita akan dapat idea-idea malar segar bila melawat ke blog yang sudah lama bertapak atau kata lainnya blogger berpengalaman. Dari situ, kita akan dapat menghasilkan suatu post yang berkualiti. Dari penambahbaikan pula, kita boleh menilai kesesuaian sesuatu gadget untuk diletak atau dibuang melalui aktiviti blogwalking ini. 
  • Beri sokongan kepada rakan bloggers yang lain. Biasakan diri untuk meninggalkan jejak seperti di ruangan komen dan shoutbox bagi tujuan interaksi. Kita juga boleh menzahirkan sokongan melalui penyertaan Segmen/Contest/Giveaway anjuran bloggers lain. Sokongan antara satu sama lain adalah penting ya adik, abang dan kakak. 
  • Berupaya untuk meningkatkan followers blog. Orang suka blog kita, orang akan follow. Orang tak sudi follow apakan daya. Jangan sekali-kali paksa kecuali suami sendirik 😜😜😜. HAHA.

Selesailah sudah lima kelebihan dan kepentingan BLOGWAKLING yang Eza boleh kongsikan dengan pakej infografik sekali. Kalau memanjang je kita update post kita tanpa beramah mesra dengan blogger lain, macam syok sendiri pulak ya. Kita dalam sebuah komuniti alam maya ini, kita memerlukan orang lain untuk menceriakan kehidupan yang begitu banyak pancarobanya. Ecewah!

Penulisan Eza dalam blogging ini, Eza sedaya upaya untuk menulis perkara yang bermanfaat walaupun sedikit. Semoga pembacaan korang di blog ini mendapatkan ilmu baharu dan perkongsian yang bermakna. 

Selamat berhujung minggu. 
Eza nak start jalan-jalan ke blog korang.
Salam kenalan dan salam ukhuwah fillah abadan abada. 

Read More