Memaparkan catatan dengan label Tips Pengurusan Kewangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Pengurusan Kewangan. Papar semua catatan

LIMA (5) LAGI TIPS PENGURUSAN KEWANGAN DI AWAL PERKAHWINAN - PART 2

Ahad, Januari 17, 2021

Pengurusan kewangan dalam sesebuah institusi keluarga yang baru dibina adalah penting bagi mengelakkan sebarang permasalahan yang tidak diingini berlaku. Suami dan isteri tu perlu mencipta kaedah sendiri agar kewangan keluarga stabil dan bersedia untuk menanti kelahiran anak-anak yang comel. Kehidupan kita adalah tanggungjawab kita, jika boleh hindarkan daripada menyusahkan ibubapa atau kawan-kawan dalam bab kewangan rumah tangga. 

Sebelum ini, Eza sudah kongsikan LIMA (5) TIPS PENGURUSAN KEWANGAN DI AWAL PERKAHWINAN - PART 1. So hari ini, Eza sambung lima tips lagi ya. Seperti biasa, diingatkan ini hanyalah pandangan peribadi Eza. Lain orang lain caranya. Mana yang boleh ikut dan bermanfaat, dipersilakan untuk mengaplikasikan tips pengurusan kewangan ini ya. 

1. PERBINCANGAN SECARA JUJUR

Di awal perkahwinan, sebenarnya kita baru hendak mengenali suami/isteri kita. Zaman bercinta ke bertunang ke, itu tak cukup kenal lagi ya. Jadi, perbincangan khas adalah mengenai kedudukan kewangan masing-masing perlu diadakan dengan jujur dan terus terang. Bincang mengenai nafkah bulanan, komitmen bulanan dan perbelanjaan dapur. Sebagai isteri, selepas tahu kedudukan kewangan suami macam mana, kita akan maklum dan tak letak expectation terlalu tinggi. Bab nafkah bulanan, itu kewajipan suami. Bab nafkah kena bincang betul-betul tau. Suami kena bagi ikut kemampuan dia. Perbincangan ini penting, maklum sahajalah masa adakan majlis bertunang atau kenduri kahwin dah makan banyak belanja. Jujurnya, memang duit pihak suami dan pihak isteri sendiri yang keluar. Lainlah perkahwinan dapat sponsor, ini memang selamat duit. Sebab itulah perbincangan kena telus antara suami dan isteri. Bayar rumah berapa, bayar kereta berapa, loan bank berapa. Buat kira-kira dulu. Jadi takda siapa yang makan hati. 

2. SEDIA BUKU CATATAN DAN FAIL UNTUK REKOD PERBELANJAAN

Ini memang Eza suka sangat buat sebab memang selalu lupa kalau tak rekod. Sediakan buku panjang (hard cover) sebab nak guna setahun kan dan fail clear holder untuk letak resit atau warranty peralatan elektrik contohnya. Simpan dua benda ini di tempat yang sama. Jadi nanti senang cari kalau ada keperluan seperti urusan cukai, peralatan rosak dan bila tak tahu tuju duit ke mana. Every month boleh pantau kedudukan kewangan di tahap mana. Buku catatan tak semestinya tulis perbelanjaan bulanan sahaja, duit masuk pun boleh dicatat sekali. Contohnya seperti duit kecemasan, tabung untuk baby dan tabung balik kampung. Dear baby, mami dadi dah saving tau untuk awak. Semoga Allah berikan rezeki zuriat kepada kami dan pasangan lain yang belum dikurniakan zuriat. Jom doakan beramai-ramai ya!

3. POTONG PERBELANJAAN MANA YANG BOLEH

Ini biasanya berkaitan dengan bil-bil utiliti dan bil-bil yang lain. Contohnya seperti bayaran bil wifi. Sekarang kena bayar dekat RM200. Kita akan survey promo-promo terbaru dari masa ke semasa daripada telco atau TM untuk lebih penjimatan. Bil telefon bimbit pun akan dikurangkan. Memang guna yang pakej jimat bayar berpuluh ringgit saja. Dua biji handphone, dua bil kena bayar. Balik rumah, onlinelah sepuas hati dengan wifi yang laju. Selain itu, amalan penjimatan barangan elektrik seperti penghawa dingin boleh dihadkan dengan menggunakan timer. HAHA! Husband suka tau letak timer bila pasang air-con. Suis lampu dan kipas yang tak digunakan, silalah tutup ya. Jangan membazir elektrik. Duduk rumah sendiri berdua ini, banyak benda Eza belajar. Hidup tak boleh nak ikut orang sangat. Ukur baju di badan sendiri. Rumah pun belum dapat nak renovate cantik-cantik, perancangan dan bajet itu perlu seiring. Tak mahu beban hutang, jadi kena saving. 

4. BELI IKUT KEPERLUAN

Ini apabila melibatkan barang yang berharga RM1k dan ke atas. Ini kena kaji dulu memang kena beli terus ataupun boleh tangguh. Ini contohnya HADIAH SUAMI: XIOMI POCO X3 NFC 6GB RAM 128GB ROM. Rasanya dalam tiga bulan jugak baru decide nak beli lepas tengok skrin beliau yang retak seribu itu. Keywordnya adalah saving jugak. Macam suami ada hobi dan kemahiran dia sendiri. So untuk itu, dia kena aim nak beli beberapa machines untuk buat perabot, gate dan kabinet sendiri. Bagi Eza, tiada halangan untuk dia nak beli machines tu semua sebab memang ada kegunaannya untuk rumah kami ni. Harga machines pun main huruf K je semua. Huhu. 1 mesin dah purchased last week tunggu sampai je lagi. Tinggal 1 mesin je lagi. Almost one year jugak nak completekan semua machines. So, inilah yang Eza maksudkan beli ikut keperluan.

5. PEMBELIAN BERHEMAH BARANG DAPUR DAN MAKANAN

Bab ini memang perlu improvement dari part Eza. HAHA. Suka sangat order makanan tapi tak habis pun. Makan sikit then husband yang habiskan. Kalau makanan dia tak berkenan, ke tong sampahlah jawabnya. Sayang dekat food. Sebenarnya, pembelian barang dapur agak tinggi jugaklah. Namun perlu diutamakan barangan seperti beras, minyak, tepung, pusu, telur, bawang-bawang, teh, garam dan gula. Bahan-bahan pasta juga perlu ada selalu sebab memang makanan kegemaran kami berdua. Masak di rumah lebih jimat, lebih bersih, lebih besar portion yang kita akan dapat. Tak salah makan di luar, sekali sekala. Jangan setiap hari. Duit pun mengalir bagai air sungai. Biasanya kalau kami busy sangat dan keletihan balik kerja, memang akan take away (tapau/bungkus) makanan dulu sebelum balik. Kalau tak pun order je di Grab Food dan Morefun. Order macam ni, tak lepas RM20 tak sah. So, agak costly jugak ya bila difikirkan semula. 

Setakat ini sahaja perkongsian Eza. Ada PART 1 dan PART 2 sahaja. Paling penting, simpanan tu kena jaga dan elakkan berhutang. Rumahtangga kita, kita sendiri yang jaga. So, jangan ikut orang lain. Hidup ini bukan satu pertandingan. Tolonglah bahagia dengan cara awak sendiri. Belajar dan saling memahami pasangan. Jangan create beban yang pasangan kita tak mampu nak pikul. Nak beli barang branded? Usahakan sendiri. Kalau pasangan nak hadiahkan, kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan. 

Sekian dahulu, terima kasih sudi baca. 

Yang benar, 

Isteri yang kena manage duit keluarga. Hihik! 

Read More

LIMA (5) Tips Pengurusan Kewangan Di Awal Perkahwinan - PART 1

Jumaat, Disember 18, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi sekalian. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Eza Boom Boom dengan senyuman. 

Sempena hari Jumaat yang mulia, marilah kita bersama-sama perbanyakkan sedekah terutama kepada ahli keluarga dan golongan yang kurang bernasib baik. Bagi kaum adam yang ke masjid untuk menyempurnakan Sembahyang Jumaat secara berjemaah, bawalah duit sedekah seikhlas hati untuk disumbangkan kepada tabung masjid berkenaan. Moga kebaikan sekecil ini, besar ganjaran pahalanya.

Berbalik kepada tips pengurusan kewangan di awal perkahwinan. Ini adalah antara isu penting yang sentiasa ke udara dalam setiap rumahtangga di awal usia perkahwinan. Benar, suatu kebahagiaan tidak boleh diukur dengan wang ringgit. Namun, kebanyakan perkara di dunia ini memerlukan duit termasuklah nak guna tandas awam!

Oleh itu, Eza akan kongsikan tips pengurusan kewangan dengan berbekalkan pengalaman sendiri yang baru setahun jagung. Tiada istilah betul ataupun salah dalam perkongsian. Mana yang bermanfaat dan relevan untuk dijadikan panduan, dipersilakan untuk mengikuti lima (5) tips yang berikut:

1. Pembahagian tanggungjawab dalam komitmen bulanan

Situasinya, suami isteri yang bekerjaya. Sehubungan itu, pembahagian tanggungjawab dalam pembayaran bulanan perlu dilaksanakan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Contohnya, suami membayar kewajipan nafkah kepada isteri, ansuran rumah, ansuran kereta, bil air, bil elektrik dan sebagainya. Manakala, isteri pula boleh membantu untuk membayar bil yang lain seperti bil wifi, bayaran bulanan penapis air, petrol/diesel kereta dan keperluan-keperluan lain. Pembahagian ini penting supaya tidak membebankan mana-mana pihak. Namapun hidup bersama. Susah sama susah, senang sama senang. Seorang suami mempunyai tanggungjawabnya besar untuk menyara keluarga. Manakala, tugas isteri membantu mana yang boleh. Dalam perkara ini, perbincangan dan persetujuan bersama perlu dilakukan sebelum pelaksanaan pembahagian  tanggungjawab. 

2. Pembelian Insurans Perlindungan Diri 

Pada pendapat peribadi kami, insurans adalah penting bagi pasangan yang baharu berkahwin. Tambahan lagi, semasa musim pandemik yang sedang melanda dunia. Selain untuk mendapatkan medical card dan menerima manfaat perlindungan yang dinyata dalam pakej insurans, pembelian insurans ini merupakan antara salah satu cara kami menyimpan duit daripada dibelanjakan tanpa hala tuju. Perkara ini amat kami titikberatkan demi masa hadapan dan tahap kesihatan yang tidak dapat dijangka. Sekurang-kurangnya, kami telah menyediakan payung sebelum hujan. 

3. Penyimpanan duit di Unit Trust

Inipun salah satu cara kami untuk menyimpan duit. Ada penyimpanan secara bulanan dan konsisten. Ada juga penyimpanan sekaligus maksudnya lump sum RM10k dan tunggu duit 'beranak-pinak'. Hasil Unit Trust ini tidak dapat dilihat dalam masa yang singkat. Perjalanan kami masih jauh. Cuma konsepnya, semakin banyak simpanan, semakin banyak pulangan (jumlah keuntungan) yang akan diperolehi. Korang boleh membuat pembacaan sendiri mengenai untungnya menyimpan di Unit Trust. Nak explain terperinci, takut salah explain pulak. Sebab tu, Eza tak recommend mana-mana bank yang lebih bagus dalam entry ini kerana masing-masing ada tawaran mereka sendiri mengikut target pulangan korang. Puluhan ribu, ratusan ribu mahupun mencapai angka jutaan. 

4. Simpanan Sendiri (Manual dan Auto)

Simpanan sendiri ini termasuklah duit syiling yang dikumpul secara harian, simpanan tabung haji, dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Yang penting kena menyimpan. Dekat ASB Auto-Labur paling minima adalah RM30. Macam Eza bagitahu tadi, biar sikit jangan takda langsung. Prinsip kami dengan mengutamakan simpanan (saving) ni sebab taknak susahkan ibubapa bila sudah berkeluarga. Belajar berdikari. Bagi Eza, mereka dah cukup berkorban segalanya untuk membesarkan kami dari kecil. Tiba masanya kami pula yang berbakti setia kepada mereka. Oh ya, baru teringat duit syiling dalam tin roti tak kira lagi!

5. Sediakan tabung kecemasan

Kegunaan tabung kecemasan ini bagi menghadapi kejadian yang tidak dapat diramal seperti kereta rosak, kecemasan melibatkan keluarga hingga memerlukan pembelian tiket kapal terbang, bayaran klinik swasta dan sebagainya mengikut situasi semasa. Tabung kecemasan perlu diwujudkan dengan rasa tanggungjawab dan disiplin kedua belah pihak. Sekurang-kurang, simpanan lain masih terpelihara dan tidak diganggu dengan adanya tabung ini. 

Cukup lima tips dahulu untuk dikongsikan. Kesemua lima tips tersebut, Eza dan suami telah/sedang laksanakan seawal dua ke tiga bulan usia perkahwinan. Kami masih dalam usaha untuk men-stabil-kan kewangan keluarga kecil kami. Sejujurnya, ini merupakan 100% pengalaman sendiri. 

Ada lima tips lagi yang Eza akan kongsikan pada entry akan datang. Semoga manfaat kepada semua pembaca. Panjang pulak bebels pasal ini. Gigih nak taip panjang-panjang. 

Till then. 💕

Read More