Memaparkan catatan dengan label Tips Tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Tanaman. Papar semua catatan

Tips Tanaman Sayuran Kacang Panjang

Isnin, Januari 18, 2021

Sayur kacang panjang antara sayur yang menjadi pilihan Eza untuk ditanam di belakang rumah. Senang untuk hidup setelah disemai dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi untuk ianya terus menyubur. Jadi, kalau  korang masih dalam proses nak fikir apa nak tanam di kawasan rumah yang terhad bolehlah cuba tanaman sayur kacang panjang ini ya. Alhamdulillah, hasil sayur ini memang agak banyak dan selesai diagihkan kepada orang-orang terdekat Eza. Istimewanya sayuran ini, hayatnya memang agak lama. Panjang usianya dan lebat berbuah. Syukur sangat-sangat rezeki dari Allah. 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Hari ini kita borak pasal sayuran kacang panjang di Kebun Mini Eza. Ok nak borak sikit je pasal sayur kacang panjang ni. Sebenarnya, dulu masa sekolah abah pun selalu bawa pergi pejabat sayur kacang panjang ni. Memang jual murah je seikat sebab kami sekeluarga tak habis makan. Kiranya, Eza tanam kacang panjang ni dapat inspirasi mak ayah jugak la. Lama kot tak balik! Semua moment dirindu sampai tanam sayur sendiri. Alahai!

Tips tanaman sayur kacang panjang mengikut pengalaman sendiri adalah seperti berikut:
  • Biji benih perlu disemai dahulu di tempat semaian dengan tanah yang bersesuaian dan disiram dua kali sehari. Eza memang biasa semai dulu di tempat semaian untuk semua jenis tanaman. Sebabnya, tanah kawasan Eza ni tanah bukit. Pernah tanam terus ke tanah, tak tumbuh-tumbuh pun. 
  • Tunggu dalam dua minggu (kalau tak silap) sehingga daun sayuran kacang panjang ini jumlahnya 5 ke 6 helai. Jumlah daun itu petanda tumbuhan tersebut sudah lulus untuk dipindahkan ke tanah. Ini formula Eza je. Setakat ini, formula ini boleh digunapakai. 
  • Kemudian, barulah dipindahkan dan ditanam semula ke dalam tanah. Biarkan beberapa hari untuk tengok kesesuaian tumbuhan dan tanam. 
  • Nampak daun baharu sudah keluar, kita sediakan kayu/buluh penyokong untuk tumbuhan sayur kacang ini melilit (husband guna tali rafia, ini Eza tak recommend sebab tali itu putus sebab tak dapat menampung berat daun dan buah kacang panjang). Jika perlu, ikat longgar batang sayuran kepada kayu sokongan berhampiran agar tumbuhan menjalar ini melilit di kayu/buluh/tali yang telah disediakan. 
  • Apabila tumbuhan sayur kacang panjang ini semakin matang, ianya akan mula menghasilkan bunga berwarna putih sebelum mengeluarkan anak kacang panjang yang halus-halus. 
  • Kacang panjang itu akan membesar sehingga cukup masa menuai. Ini tidak mengambil masa yang lama untuk matang. Kena hari-hari jenguk kebun. Kalau seminggu dibiarkan, ada sayuran kacang panjang yang masuk kategori tua dan tidak sesuai dijadikan sayur untuk dimakan. 
  • Selain itu, perhatikan serangga yang menyerang dan menggangu kacang panjang. Jika memerlukan tindakan susulan, gunakan racun perosak yang organik untuk membunuh serangga tersebut. Kacang panjang Eza juga diganggu serangga perosak terutama kedudukan buah kacang panjang yang lebih rendah dan dekat dengan tanah. 
  • Tibalah masa penuaian sayur kacang panjang apabila kacang panjang cukup matang apabila warnanya hijau tua, gelap, mudah dipatahkan dan saiznya sedang-sedang. Berbeza pula keadaan kacang panjang yang sudah terlebih matang/tua. Warnanya akan kekuningan, warna hijau semakin pudar, lembik dan biji kacang tertonjol keluar. 
  • Sayur kacang panjang yang telah dipetik bolehlah dimasak untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam. Eza suka masak tumis bawang dengan telur letak kicap. Boleh juga dimakan sebagai ulam. 
Setelah diperhatikan, tanaman sayur kacang panjang lebih mempunyai hayat yang lama berbanding tumbuhan yang Eza tanam sebelum ini. Sayur kacang panjang memang panjang usianya sehingga berbulan-bulan. 

Nak tahu, tanaman yang Eza pernah kongsikan sebelum ini?

Oklah sekian dulu. Terima kasih sudi baca. 

Read More

Tips Tanaman Sayuran Timun

Ahad, Januari 10, 2021

Sayuran mentimun atau timun antara pilihan Eza jugak untuk ditanam di belakang rumah. Orang kata bagus tanam sendiri, jadi tak perlu membeli sayur di pasar ataupun di tamu sayur. Sejak bertanam sendiri ni memang makan sayur sendiri sahaja. Lebih jimat, lebih kenyang, lebih selamat dan bersih. Lagipun, tanaman kami tidak menggunakan baja-baja atau bahan-bahan kimia. Memang tumbuh semula jadi dan membesar dengan kebebasan yang maksima. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini Eza akan kongsikan antara tanaman yang sesuai di tanam di kawasan rumah. Rumah kami merupakan rumah perumahan yang mempunyai halaman di belakang rumah. Daripada dibiar kosong dan semak, Eza usahakan untuk dijadikan kebun mini. Sedikit sebanyak husband pun menyemai minat untuk menguruskan kebun mini kami bersama-sama. 

Tips tanaman adalah seperti berikut:

  • Biji benih perlu disemai dahulu di tempat semaian dengan tanah yang bersesuaian dan disiram dua kali sehari.
  • Tunggu dalam dua minggu (kalau tak silap) sehingga daun sayuran timun ini jumlahnya 5 ke 6 helai. Mudah untuk bezakan sayuran ini dengan tumbuhan lain kerana bau daunnya seperti bau timun itu sendiri.
  • Kemudian, barulah dipindahkan dan ditanam semula ke dalam tanah. Biarkan beberapa hari untuk tengok kesesuaian tumbuhan dan tanam. 
  • Nampak daun baharu sudah keluar, kita sediakan kayu/buluh penyokong untuk tumbuhan mentimun ini melilit (husband nak guna tali, Eza layankan saja). Jika perlu, ikat longgar batang sayuran kepada kayu sokongan berhampiran.
  • Apabila tumbuhan sayur mentimun ini semakin matang, ianya akan mula menghasilkan bunga berwarna kuning. 
  • Perlu diingatkan, berbunga sahaja belum tentu akan menghasilkan buah. Ada kemungkinan bunga akan luruh. Pada ketika ini, daun-daun yang berada paling bawah akan bertukar kekuningan. Cantas sahaja untuk tumbesaran sayuran yang lebih sihat. 
  • Perhatikan serangga yang menyerang dan menggangu tumbuhan timun. Jika memerlukan tindakan susulan, gunakan racun perosak yang organik untuk membunuh serangga tersebut.
  • Apabila buah telah kelihatan dalam dua inci panjang, bolehlah membungkus buah timun tersebut dengan surat khabar bagi melindungi buah tersebut dan bentuknya juga lebih cantik memanjang. (Abah Eza cakap begitu ya, tapi Eza tak bungkus pun sebab nak tengok pembesaran buah. Hasilnya ada yang macam huruf C dan ada yang macam ganggang telefon).
  • Buah sudah matang, bolehlah dipetik untuk dimasak untuk hidangan makan tengah hari atau diselitkan di dalam sandwich semasa sarapan pagi.
Ini sedikit sebanyak yang Eza boleh kongsikan mengenai pengalaman menanam sayuran timun. Hayat pokok ini singkat dan mudah mati setelah menghasilkan buah. Semakin tua, semakin kecil buah yang dihasilkan. Alhamdulillah hasilnya Eza dapat bersedekah dengan keluarga dan kawan-kawan sekerja Eza. 

Ini pengalaman Eza sendiri, mungkin yang lagi pakar lain pula pendapatnya. Semoga ada manfaat untuk para pembaca. 

Sekian dahulu, terima kasih sudi baca. 
Till then. 

Read More

Tips Tanaman Buah Tembikai

Khamis, Disember 10, 2020

 Assalamualaikum semua dan hai pembaca yang baik-baik semuanya. 

Hari ini, Eza nak cerita mengenai tanaman tembikai. Taklah terror mana berkebunnya pun. Baru pertama kali jugak try tanam kat belakang rumah. Masih level beginner. Tambahan tanah belakang rumah pun tak sebesar mana. Maklumlah duduk kawasan perumahan ni tak sama dengan kampung halaman. Harap ada rezeki la nak memiliki sebidang tanah yang luas suatu hari nanti. 

Buah tembikai adalah tanaman pertama yang Eza berminat nak tanam. Sebab selalu beli je timbang kilo. Tambah hari panas-panas, memang sedap makan buah tembikai. Nak dijadikan cerita Eza beli la biji benih yang jenis paket kat kedai yang sepatutnya. 

Eza tanam di tepian pagar. Kita memang dah maklum tumbuhan ini jenis menjalar. Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, selesailah aktiviti penanaman biji benih buah tembikai. Mengenai berapa tempoh masa nak tumbuh dan bercambah, jangkaan Eza adalah dalam tempoh seminggu. Eza tak berapa ingat sebenarnya. Biasalah benda tak catat ni, Eza tak berani nak yakin sangat. Risau Eza silap. Risau tertipu orang. Eza tak mau semua tu. Lebih selamat gunalah perkataan jangkaan.

Tips menanam buah tembikai adalah (HAHA terus bagi tips):

  1. Tumbuhan ini suka di permukaan yang berpasir. Korang bubuh la pasir kalau kawasan korang tanah bukit macam area rumah kami ni.
  2. Selalu siram dengan air yang mencukupi. Tambahan pula kalau tanam pada musim kemarau. Pagi sebelum turun kerja siram, petang balik kerja siram lagi. 
  3. Jika ada daun yang kekuningan atas sebab kekurangan kasih sayang petani moden seperti Eza ni, guntingkan sahaja. Bagi yang berdaun hijau hidup lebih subur.
  4. Bagi baja organik seperti baja taik ayam yang "harum semerbak" dan baja buah. 
  5. Cantaslah rumput-rumput yang menjadi saingan tumbuhan ini. Jangan biarkan rumput lagi panjang tau. 
Tak salah kan bagi tips berdasarkan pengalaman sendiri. Mana yang korang nak ikut, ikut je. Eza suka je kongsi benda-benda yang Eza dah pernah lalui ni. 

Pemerhatian mengenai tumbuhan ini:
Tumbuhan ini merupakan salah satu tumbuhan yang senang hidup. Banyak menghasilkan bunga. Bunga bagi tumbuhan ini ada jantan dan betinanya. Bunga betina akan menghasilkan buah, manakala bunga jantan hanya berbunga dan layu. Tetapi perlu diingat, tak semua buah akan menjadi. Ada yang akan terbantut pada saiz yang kecil sahaja. 


Hasil tanaman:
Hasilnya, hanya dua biji buah tembikai sahaja yang berjaya dipetik dan dimakan segar. Alhamdulillah manisnya sedang-sedang. 

Oklah, sekian sahaja perkongsian Eza hari ni. Moga ada manfaatnya. Lain hari lain tanaman lagi ya. Sampai jumpa lagi. 


Read More