Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan

Hello Bloggers & Readers!

Ahad, Jun 05, 2022

 Assalamualaikum dan hai hai hai semuanya. 

Apa khabar kalian semua? Lama bebeno ya Eza tak update blog. Semoga semuanya baik-baik sahaja dengan kehidupan masing-masing. Life banyak berubah sepanjang pandemik dan setelah endemik. Didoakan segala yang baik-baik untuk korang semua yang membaca entry ini. 

InsyaAllah lepas ni, nak start blogging balik. Konon je dulu. Haha. Tak berani nak berjanji. By the way, buku yang Eza ada tulis anekdot dulu tu dah published dah sebenarnya. Cuma takda promote dan jual sangat. Nanti nak tengok dulu kesesuaian masa dan availability Eza sendiri nak uruskan stok-stok buku tu. Tak banyak mana pun. Cukuplah untuk berkongsi pengalaman dan cerita sebagai seorang penulis anekdot. 

Ok la. Itu saja nak update dahulu. Jaga diri tau korang. Bye!

Read More

Finally, I am back to blogging!

Sabtu, September 04, 2021

 Assalamualaikum dan hi semua. Apa khabar? 

Lama menyepi dan sekarang Eza dah kembali. Alhamdulillah, halangan nak berblogging tu sudah pulih seperti sedia kala di samping kerja-kerja pejabat yang jarang-jarang surut tugasannya. Rasanya semua sosial media Eza tak aktif sangat sepanjang dua bulan krik-krik-krik ni. 

Tak ada masalah besar mana pun. Just laptop buat hal. Asyik restart dan tak boleh guna. Masalah kat SSD. Itulah risikonya, bila nak tambah kelajuan laptop ni ada pulak perkara lain yang terjejas. Nasib ada warranty tiga tahun. So, SSD yang rosak tu diganti secara percuma. Jika melibatkan kos, memang Eza dah jadi harimau. Grrrr!

Ujiannya bertambar besar apabila kita sekarang masih dilanda pandemik yang belum berkesudahan, kedai-kedai yang bukan essential services tak buka, menyukarkan lagi urusan nak repair laptop kesayangan intan payung tidak bertepian. 

Dengan usia laptop yang melebihi lima tahun dan bateri sudah tidak berfungsi, Eza sangat bersyukur masih dapat menggunakan laptop berona maroon-merah-delima. Berkhidmatlah lebih lama lagi ya. InsyaAllah akan ada aset baru iaitu PC sebagai adik baru awak ya. Masih dalam perancangan, tetapi sudah mendapat kelulusan ketua keluarga. Semoga murah rezeki untuk memiliki PC tersebut. Ramai-ramai tolong doakan. 

InsyaAllah akan selalu update blog. Tak berani janji dulu. HAHA. Sejak ada Android TV ni, selalu layan KDrama sampai stay up ke pagi buta. Tambahan pula, ketua keluarga dah terjebak minat menonton sama. Terima kasih ya awak! Aci la saya sudi teman awak memancing apek (udang galah) guna perahu, awak sudi teman saya tengok kdrama. 

Sekian dahulu coretan Eza ya. Till then!💗

Read More

DARI BLOGSPOT KE DOT COM

Ahad, Disember 13, 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua warga pembaca sekalian walau di mana anda berada. Terima kasih singgah ke blog ini dengan senyuman. 

Ada sesiapa tak perasan pertukaran link baru ke blog Eza. Ke blog Eza ya bukan ke hati awak. Cia cia cia!

Ok sebelum ini, link blog Eza adalah:

http://paejahbebels.blogspot.com

Sekarang, blog Eza telah mengalami penghijrahan drastik kepada:

https://www.ezaboomboom.com

Orang kata, anjakan paradigma. Guna perkataan jargon pulak. Tak adalah. Eza just suka nak ber-dot-com sebab Eza memang nak serius berblogging. Dan Eza harap blog ini malar segar hingga ke 10 tahun dan ke 20 tahun akan datang. Minat Eza memang dalam penulisan kreatif. Jadi Eza rasa Eza tak patut nak bazirkan bakat yang diberikan oleh Allah. Dan macam selalu Eza tekankan, Eza harap setiap tulisan itu akan menjadi sesuatu yang bermanfaat walaupun sedikit. Kalau korang dapat banyak manfaat lagilah Alhamdulillah. 

Eza beli domain blog Eza ni daripada NetKL Network. Lepas tu, ada sahabat blogger Sii Nurul bantu Eza untuk atur setting. Ada problem sikit semalam, Eza minta tolong lagi dekat NetKL Network dekat Facebook mereka. So, settlelah urusan membeli domain untuk blog kesayangan Eza ni semalam, pada tarikh twelve twelve twenty twenty (12.12.2020). Happy me!

Untuk pengetahuan korang, blog Eza ni bermula dari zero. Even dulu memang kenal secara maya blogger Fiza dan Uncle Gedek. Excited bukan main bila dapat tahu, mereka masih lagi blogging. Serius happy sangat! Zaman 10 tahun lepas masa masih ambik diploma. Then, time degree dah deactivated/deleted blog. Rindu old times yang cerita-cerita pasal pergi travelling bajet guna hasil berjimat PTPTN. 

Awal nak bagitahu, jangan tanya apa kelebihan ada domain sendiri. Eza kena study dan experience sendiri dulu benda ni, baru dapat share. Eza jenis tak dapat reka cerita yang Eza tak tahu. Nerdnya kamu ni Eza! One fine day, I will share about it to you guys bila dah celik minda sikit pasal ni. 


To dear self, what should you do when you need to choose between two options?

Should I buy it?

or 

Should I not?

If it's still in your mind, it is worth taking risk. 
That's the reason why I bought this domain.


Thank you for reading guys!

Read More

THROWBACK KOLEKSI HEADER BLOG DAHULU

Ahad, November 29, 2020

 Assalamualaikum dan hai semua. 😊

Entry malam ini mengenai kenangan blog Eza dulu-dulu. Kita mengimbau kembali pada tahun 2011. Masa ni Eza masih study diploma dekat UiTM dihatiku 😉. Header blog penting bagi Eza sebab ianya merupakan pandangan pertama (first impression) pembaca kepada pemilik blog. 

Nak dijadikan cerita, banyak kali jugak la Eza tukar-tukar header pada zaman itu. Dari tema warna oren ke hitam putih dan sebagainya. Dalam dunia blogging ni kena berani try and error. Sebab Eza rasa takda orang kisah pun design blog kita macam mana, yang paling utama sejuk mata kita sendiri yang memandangnya 👀. Setuju tak?

Eza felt very thankful kepada blogger yang sangat baik hati pada ketika itu sehingga sudi design header blog Eza secara percuma mahupun berbayar. Semuanya Eza kenang hingga ke tahun 2020 dan insyaAllah selamanya 😊.


Pertama [1]:

Terima kasih kepada blogger Geekzster's world atas header free ini.

Kedua [2]:


Terima kasih kepada blogger Nurulain1101 atas design header ini. 


Ketiga [3]:

Header ketiga ni Eza dah tak ingat siapa yang tolong buatkan. Haha, dulu muda remaja suka buat DUCK FACE 😂😂😂. Well, dulu kini dan selamanya memang kena confident ya walaupun segan jugak dibuatnya 👀. 

Namun, semua ini adalah kenangan. Kenangan yang begitu bermakna. Tidak semua kenangan perlu dilupakan. Ada pahit dan ada yang manis. Kenangan pahit kita kena belajar melepaskan perlahan-lahan dan bersikap memaafkan. Manakala, kenangan manis hendaklah selalu dipupuk agar sentiasa segar diingatan. 

Terima kasih yang sudi follow blog Eza ini. Semoga bersemai silaturrahim sampai bila-bila 😍😍😍.

Stay safe stay healthy you all💙💚💛💜💓

Read More