Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni bertarikh 1 Mei 2021, jatuh pada hari Sabtu. Selamat Hari Pekerja ataupun omputehnya Happy Labour Day! Hari ni diiktiraf sebagai Cuti Kelepasan Am, Cuti Umum ataupun Public Holiday. Sesiapa yang bercuti, Eza ucapkan selamat beristirehat. Manakala, kepada yang bertugas pada hari ini diucapkan selamat menjalankan tanggungjawab sebaiknya.
Pekerjaan di sini tidak kira anda bekerja sendiri, anda bertugas di sektor awam mahupun di sektor swasta. Selagi mendapat gaji ataupun upah dalam wang ringgit, maksudnya anda mempunyai pekerjaan. Saban hari melihat isu-isu semasa di laman sosial media, ramai juga yang menderita tatkala negera masih lagi dilanda pandemik. Ramai yang hilang pekerjaan dan mata pencarian untuk menampung kehidupan keluarga. Ramai juga yang sengsara apabila sedikit-sedikit harta ditarik demi untuk melangsaikan hutang. Entah bila agaknya pandemik ini akan beransur reda.
Bagi yang mempunyai pekerjaan tetap pula bersyukurlah masih ada gaji masuk setiap bulan. Malahan ada pertambahan dari jumlah dengan adanya elaun, bonus dan pelbagai tuntutan. Namun, gaji yang diperolehi tersebut bukan hanya sekadar nilainya ringgit di mata kita. Perlu juga diperhalusi dengan perkataan tanggungjawab dan amanah. Ada kawan Eza pernah berkongsi mengenai erti sebuah tanggungjawab. Kita kena tanggung tugas yang digalas dan kita perlu jawab atas amanah yang diberikan. Amanah adalah sesuatu yang berat. Ramai yang culas. Ramai juga buat endah tak endah. Hargailah nilai pekerjaan yang memberikan kelangsungan kehidupan kita. Syukurilah segala nikmat yang kita perolehi.
Moga mata dan hati ini akan sentiasa melihat pekerja yang lebih berintegriti dalam melaksanakan tugasan, tahu yang mana salah itu salah, mana yang betul itu adalah betul. Hanya mampu berdoa dan tidak mampu untuk mencegah kemungkaran itu dengan perbuatan.
Harapan Eza, mutu perkhidmatan dan kualiti kerja yang Eza hasilkan setiap hari akan bertambah baik dari hari ke hari. Mana tahu murah rezeki untuk naik pangkat. Sama-sama korang doakan ya secara berjemaah. InsyaAllah.
Eza reka satu pantun khas sempena 1 Mei Hari Pekerja ni.. Siapa nak jual dan beli pantun dengan Eza, sila drop komen ya. Hehe!
💙💚💛💜💗
Pasar minggu ramai penjaja
Ibu ke pasar bersama ayah
Setiap 1 Mei Hari Pekerja
Genggamlah integriti tanpa goyah
Oklah. Sekian dulu quick update ni. Bye!