Memaparkan catatan dengan label terbaik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terbaik. Papar semua catatan

Menyukai suatu yang TERBAIK

Jumaat, Mac 19, 2021

 Assalamualaikum dan salam hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah hari ini kita diberi kesempatan lagi untuk bernafas di bumi Allah. Apa khabar? Eza doakan segala yang baik-baik sahaja untuk kalian sidang pembaca. Hari ni Eza ambil Cuti Rehat (CR) sebab banyak urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Husband pun macam tu jugak. Masa CR inilah nak selesaikan banyak perkara. Ye dak? 

Pastinya setiap individu inginkan yang terbaik dalam hidup. Doa pun yang baik-baik untuk diri sendiri. Kita sendiri kena doa untuk diri kita sendiri, orang lain belum tentu doakan kita. Jika ada yang sentiasa mendoakan kita pastinya mereka adalah ibubapa, suami/isteri ataupun anak-anak kita. Moga sentiasa dalam kalangan orang yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita seterusnya dikurniakan ibubapa, suami/isteri dan anak-anak yang soleh/solehah. Sama-sama kita sentiasa berdoa agar Allah kurniakan apa sahaja yang terbaik untuk kita semua. 

Oleh itu,

Bila jadi anak, jadilah anak yang terbaik,

Bila jadi suami/isteri, jadilah yang terbaik

Bila jadi kawan, jadilah kawan yang terbaik

Bila jadi ketua, jadilah ketua yang terbaik

Bila jadi pekerja, jadilah pekerja yang terbaik

Dalam alam pekerjaan, kita juga tidak lari dari tanggungjawab sebagai seorang pekerja untuk menjadi yang terbaik. Tiada istilah pertandingan mahupun perbandingan which is competition vs comparison. Cukuplah menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Sibukkan diri dengan urusan hakiki. Eza lebih gemar wujudkan rekod bila bekerja maksudnya ada benda dapat dirujuk. Sebab bila kita tak wujudkan rekod, orang boleh kata itu bukan workload kita. Padahal dah bertahun mengerah keringat untuk melaksanakan tugasan tersebut. Selalu doa agar Allah bagi bantuan bila kita tengah buntu dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Mata Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Yakin, Allah sentiasa bersama di setiap ketika. 

Oleh itu, Eza kongsikan sepotong hadis melalui pembacaan buku berjudul 300 Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Redha Allah, penulisnya Dr. Haji Zahazan Mohamed Ahmad Hasan Mohd. Nazam. Buku ini ada buku hantaran suami sebagai hadiah semasa majlis pernikahan kami. Moga ada manfaatnya kepada kami dan para pembaca.

Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi.

Read More

HORMAT itu mahal harganya

Selasa, Disember 01, 2020

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera warga pembaca sekalian. Hari ini hari pertama bulan Disember. Tinggal 30 hari lagi untuk melangkah ke tahun baharu 2021. Tahun yang mempunyai seribu satu cerita yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. 

Menyentuh mengenai nilai HORMAT. Kami suami isteri bertugas dalam satu jabatan yang sama tetapi berlainan unit. Jadi, hal-hal kerja yang melibatkan kedua belah pihak senang sampai ke telinga masing-masing. Urusan kerja perlu dilaksanakan dengan professional dan sedaya upaya tidak melibatkan emosi yang berlebihan. 

One day, husband said to me.. "Saya respect dengan cara awak bekerja. Even masih baru dalam perkhidmatan (almost 5 years), tapi cara awak bekerja boleh dijadikan contoh. Tak curi tulang dan sebagainya. Saya percaya bila awak ada rezeki naik pangkat nanti, awak akan jadi ketua yang baik." 😭😭 (Masa dengar ini Eza cool je, dalam hati sebaknya)

Sebenarnya, kata-kata husband itu amat menyentuh hati Eza. Dia nampak macam tak kisah pun tetapi seorang yang memerhati. Perasaan terharu macam menang anugerah. Sebak pun ada. Bagusnya penilaiannya di mata yang tersayang, semoga begitu juga di mata Tuhan. Selama ini, memang cakap kat diri sendiri "whatever you do, do the best you can do!" 😃

Apa yang Eza nak sampaikan sebenarnya, tak kira kita baru masuk kerja atau sudah bergelar senior buatlah sesuatu dengan terbaik. Walaupun mungkin tidak terbaik untuk orang lain, memadai terbaik untuk diri sendiri. Sampai satu masa, kita rasa bahagia dengan pekerjaan yang kita lakukan. 

Hormat ini mahal harganya. Tak semestinya kita pangkat tinggi orang akan hormat kita. Orang tak akan pandang pangkat pun kalau awak kerja aniaya orang, teriak orang sana sini. Jaga etika bekerja semasa di tempat kerja. Hal kerja, kerja. Hal peribadi tolak tepi, bawaklah hal peribadi tu dekat tepi laut semasa bersantai bersama keluarga. 

Secara jujurnya, Eza sangat respect dengan orang bersungguh kerja. Bukan depan je baik, rajin dan segala sifat positif ditonjolkan secara jelas. Tetapi, jadilah diri sendiri. Semampunya awak, seadanya awak. Jadilah diri awak yang sebenar. Sebabnya, kalau lakonan semata-mata, takut awak penat dengan lakonan sendiri. 

Pekerjaan yang baik adalah rezeki yang berkat. Buatlah dengan seikhlas hati. Gaji kecil tidak mengapa, yang penting mencukupi untuk keluarga. Bila gaji besar pula pastikan sumbernya dari yang halal sahaja dan tiada ketirisan di mana-mana. 

Menghormati dan dihormati adalah perkataan yang berbeza. Raihlah nilai hormat dengan amanah serta rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, unit, jabatan, dan organisasi. 

Sekian dulu dari Eza 💕.

Ada flu sikit, semoga disegerakan kesembuhan.

Wassalam. 

Read More