Memaparkan catatan dengan label terima kasih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label terima kasih. Papar semua catatan

Hadiah daripada Blogger Suria Amanda

Jumaat, Oktober 29, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Maaf ya timbul tenggelam dari dunia blogging ni. Sekejab ada sekejab tak ada. Tapi tak nak bagi alasan la kenapa tak update. Memang disebabkan urusan duniawi. Gituu. Eza nak mohon maaf juga dengan blogger Suria Amanda. Maaf sangat tau lambat Eza update mengenai hadiah yang diterima. 

Alhamdulillah. Eza dah terima hadiah Giveaway Cipta Sajak sempena ulang tahun kelahiran puteri SA, Ainnul Dania Huda. Jemput baca karya sajak Eza di entry ini ya. 

Hadiah yang dimenangi adalah beg tangan berona hitam. Cantik dan comel sangat. Syukur ke hadrat Ilahi ada rezeki menang GA. Bolehlah bawa gi jalan-jalan lepas ni. Yeay!

Di kesempatan ini, Eza juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kak SA atas penganjuran GA dan hadiah yang diberikan. Semoga ukhuwah antara kita kekal selamanya. InsyaAllah. 

Sekian sahaja dulu, update kali ini. 

Jumpa lagi.

Read More

Cara Semak Status Insentif Bayaran Balik PTPTN Anak Sarawak

Rabu, Mac 10, 2021

PTPTN atau nama panjangnya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ni merupakan pinjaman kewangan kepada pelajar yang memerlukan dana untuk tujuan pendidikan siswa siswi di menara gading. Mana yang ada mak ayah yang berkemampuan, bersyukurlah sebanyak-banyaknya sebab tak perlu bayar hutang lepas study. Cabaran dunia sekarang bukan mudah nak dapat kerja walaupun belajar tinggi-tinggi. Bila tak ada kerja, susahlah nak buat pembayaran balik PTPTN. 

Alhamdullillah, kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sangat baik untuk membantu anak Sarawak dengan mewujudkan Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Syukur bena kamek orang. Maksud insentif tersebut adalah pengurangan sebanyak 30% daripada baki pinjaman PTPTN peminjam. Ada less harga. Agak banyak jugak discount yang dikenakan. Beruntung betul anak Sarawak yang layak. Mengikut pembacaan Eza di akhbar-akhbar lebih 9000 anak Sarawak yang dapat menikmati insentif ini. Tahniah dan syabas, jom la kita cepat-cepat settlekan hutang kita. Terima kasih Kerajaan Negeri Sarawak!

Nak semak kelayakan, boleh layari pautan in SEMAK STATUS PEMBERIAN INSENTIF BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN ANAK  SARAWAK

Korang juga boleh mengikuti tatacara semakan yang Eza telah sediakan di bawah secara visual.

Boleh guna cara ini atau guna terus link yang Eza dah bagi di atas


Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-)


Alhamdulillah rezeki Eza.

 

Dalam bulan lepas, Eza sampai pergi ke pejabat PTPTN Daerah Eza untuk tanya pasal ni. Mereka PTPTN maklum untuk tunggu dulu sehingga ada pengumuman rasmi. So, 9 Mac 2021 adalah hari yang ditunggu-tunggu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Memang sangat bermakna insentif seperti ini kepada anak Sarawak seperti Eza. InsyaAllah settle tahun ini jugak. Moga Sarawak dikurniakan rezeki melimpah ruah dan kes COVID-19 semakin reda. Sik sabar saya nak green zone, dapat saya balit kampung. 

Maklumat lanjut boleh rujuk laman web rasmi PTPTN - Click SINI 👈👈

Sekian dulu perkongsian kali ini. Bye!

Read More

[TQ Post #4] - Terima Hadiah Dari Rakan Blogger

Sabtu, Februari 27, 2021

Assalamualaikum semua dan salam berhujung minggu. Entry kali ini penghargaan untuk rakan blogger lagi. Alhamdulillah kebelakangan ni ada rezeki menang segmen. Salah satunya segmen yang satu ni. Hadiahnya berbentuk intangible, bukan fizikal. Tapi bagi Eza intangible ke tangible ke, hadiah tetap hadiah. Orang doa kita baik-baik pun satu hadiah jugak kan. Alhamdulillah. 

Hari tu Eza ada join segmen tau. Boleh baca ENTRI ni untuk tengok entry penyertaan Eza. Mudah sangat syaratnya, so cepat je Eza join. 

Ini pula ENTRI Pengumuman Pemenang dari blogger penganjur. Jom la usha tengok Eza pemenang yang ke berapa? Alhamdulillah. Pemenang dipilih melalui random generator. So memang ada tuah Eza ya di segmen tersebut untuk tersenarai dalam bloglist kedua blogger Adinda Baizura Mazlan. Jom la singgah blog dia dan follow terus eh. Support each other kan adalah amalan mulia. 

Eza rasa Eza pun nak wujudkan bloglist kedua untuk blogger yang selalu drop comment kat blog Eza tanda penghargaan dan terima kasih. Thank you sangat tau. Dengan harapan ianya akan memudahkan Eza melawat blog blogger lain atau bahasa blog dipanggil blogwalking. Singkatannya, we called as BW. Even korang tak tahu bila la Eza nak marathon kat blog korang, korang tetap tinggalkan komen. Sabar sekejab ya, nanti sampai jugak Eza ke blog korang. InsyaAllah. 

Sekian sahaja dahulu entry Eza petang ni. Malam sikit Eza menaip lagi entry baharu. Santai berhujung minggu bersama seisi keluarga. 

Read More

[TQ Post #3] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger

Selasa, Februari 23, 2021

Bersua lagi kita dalam entry khas Terima Kasih Rakan Blogger. Entry ini sebagai tanda penghargaan yang Eza sisipkan dalam blog agar menjadi kenangan yang semanis gula. Hari ni bersamaan 23 Februari 2021 sampai lagi satu parcel. Eh order mana yang dah sampai ni? Keliru ya sebab banyak sangat order kat Shopee. Insaflah wahai Eza, bulan masih panjang untuk menunggu tibanya gaji. 

First thing first kena tengok alamat pengirim. Ye, Eza sudah tau siapa gerangannya pemberi hadiah yang budiman. Terharu sangat dapat hadiah yang comel-comel, ole-ole orang pergi melancong. Dalam banyak-banyak negara dia pergi tu, hanya satu je Eza pernah pergi. Pergi sana sebelum jumpa jodoh, lepas balik terus jumpa jodoh. Sebab excited cerita pergi Krabi Thailand. Dia singgah opis cerita pasal laut apa semua, sangkut lah pulak terus jadi jodoh. Bagi Eza jodoh ni benda yang kita tak dapat nak sangka. Allah akan bagi bila masa kita ready dan orang yang sesuai untuk kita. Macam lari jauh je topik ni. Cerita jodoh sambung ke entry lain. 😂😂😂

Cantik dan comel kan hadiah ni semua. TQ Blogger Sal!

Korang mesti nak tahu macam mana Eza boleh menang kan?

Rujuk ENTRI ini.

Kemudian,

Rujuk ENTRI ini pula.

Dah tahu bukan full story detik-detik kemenangan? Jangan risau, Eza tak letak link spam ke iklan ke. Itu memang link entry.😍

Sukanya dapat hadiah macam ni. Semua comel!


So, antara hadiah yang Eza terima adalah 1 unit Mouse Pad yang bertemakan daun-daun kehijauan dan 4 unit Fridge Magnet dari negeri Pulau Pinang, Krabi Thailand, Korea dan kemungkinan besar negara China. Jauh perjalanan Blogger Sal ni merantau melihat negara orang. Alhamdulillah rezeki untuk melancong jauh-jauh. Masa pandemik ni, berjalan dalam negara je lah dapat ye. 

Terima kasih banyak-banyak tau sebab kirimkan Eza hadiah yang bermakna ni. Tak sangka jadi peserta pertama join Giveaway (GA) ada rezeki dapat hadiah daripada Blogger Sal. Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Semoga rezeki Blogger Sal melimpah ruah dan diberikan kesihatan yang baik. 

Maaf juga dipinta atas kelewatan memberi maklumat untuk tujuan pengeposan. Memang silap mata tertinggal satu huruf dalam email tu. Mohon maaf ya sekali lagi. 

Oklah sekian sahaja entry kali ni. Terima kasih sudi baca dan singgah sini ya. 

Read More

[TQ Post #2] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger

Ahad, Februari 14, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kembali lagi kita dalam rancangan TQ Post kali kedua. Dapat hadiah lagi. Alhamdulillah. Mana nak dapat hadiah bergolek. Syukur sangat atas rezeki yang diberikan. Hadiah ini diberikan oleh rakan blogger Dunia Sebenar Shida. Siapa tak kenal bukan? Antara blogger yang lama jugak telah bertapak di dunia blogging.

Nak tahu macam mana boleh dapat hadiah ni? Korang boleh baca entry berikut:

ENTRI 1

ENTRI 2

Hadiah ini menjadi kenang-kenangan di kemudian hari. Lain kali boleh throwback. Eza nak create banyak lagi moment blogging selagi masih bergelar blogger. Dulu tak simpan pun kenangan tu semua. Sayang bila dikenang semula. So, simpanlah dalam blog siap-siap. Bila rindu boleh baca balik. 

Eza suka je blogging ni sebab dapat banyak baca cerita-cerita blog korang. Mengenali tanpa perlu menilai. Itulah yang paling best sekali. Baca entry sedih, sedih jugak lah Eza. Baca entry ada ilmu, bertambah juga ilmu Eza. Pendeknya, blogging memang sangat fun dan jadi hobi yang berfaedah untuk Eza. 

Inilah hadiah yang Eza dapat 😍:


Nice sangat kan dapat kalendar rona kebiruan. Kreatif dan praktikal. Eza boleh simpan di workstation Eza kat rumah ni. Terima kasih tau  Blogger Shida sudi kirim dan bagi Eza kalender ni. 

Sekian dahulu ya! Jumpa lagi 😘



Read More

[TQ Post #1] Terima Hadiah Dari Rakan Blogger

Sabtu, Februari 13, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari tu Eza ada post mengenai terpilih untuk dapat hadiah sebab selalu drop komen. Rezeki tak salah alamat, Eza terima dengan hati yang girang gembira. Alhamdulillah. Dalam minggu ni ada beberapa hadiah yang sampai. Cuma Eza ambik masa sikit nak buat entry dengan keadaan kesihatan yang kurang mengizinkan. 


Syukur jugak sakit tak datang masa bekerja, dia menjelma bila di rumah. So, orang akan ingat kita okay-okay sahaja di tempat kerja. Eza selalu doa jugak supaya sakit yang dirasai tak menyerang masa kerja. Sebab tak suka orang kesian dengan keadaan Eza. Terima kasih male nurse aka husband tersayang selalu rawat tak kira masa sampai tak cukup tidur. Husband Eza bukan nurse pun, hihi. Gelaran tu  Eza saja je bagi, sebab dia selalu jaga Eza baik-baik. Ah nak nangis pulak cerita pasal ni. 

By the way, nak baca macam mana boleh dapat hadiah? Jemputlah baca entri berikut:

ENTRI 1

ENTRI 2

So, dah baca dah tahu ceritalah ya. 😍😍😍



Terima kasih sangat rakan blogger, Kak Shikin Razali dah bagi hadiah macam-macam kat Eza. Terharu sangat bila staff hantar kat pejabat. Eh apa benda berat-berat ni. Takkan order shopee pulak. Hihi. Rupa-rupanya ada nota diselitkan di dalam parcel. Terima kasih sangat kak Shikin. Moga murah rezeki melimpah ruah untuk buat renovation rumah dan dipermudahkan segala urusan. Semoga terus berblogging dan menyebar manfaat melalui penulisan blog. 

Inilah yang ada dalam parcel tu. Alhamdulillah sangat.

Sekian dahulu cerita hari ni. Nanti update lagi ya. 
Bye!


Read More

Appreciation Post #1 - Terima kasih kembali!

Sabtu, Januari 16, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai semua. Buat apa tu? Tibalah hari Jumaat, barulah Eza dapat kembali berblogging. Urusan kerja semakin sibuk, tambahan pula kawasan Eza dah jadi Zon Merah. Bergandalah kesibukannya. InsyaAllah semua akan baik-baik sahaja. Doakan kami seluruh Sarawak semoga baik-baik sahaja hendaknya. 

Okaylah, entry hari ni adalah appreciation post kepada entry penerimaan hadiah pemenang Lucky Participant Segmen Pencarian Bloglist Letopss By Eza Boom Boom. Terima kasih sebab sudi juga menghasilkan entry untuk hadiah tersebut. Memang sangat-sangat hargai. Sejuk hati baca bila orang suka hadiah yang kita bagi. Alhamdulillah. 

Jemput baca entry tersebut:

TERPILIH SEBAGAI PEMENANGSEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM

Sebenarnya kad tu Eza tulis sendiri. Memang ada kesan kotoran sikit sebab kena pen. Kes-kes macam ni memang selalu jadi kalau kidal (lefthanded). Kotor sikit tulisan kad tu ye, mohon maaf zahir dan batin. Pujian tulisan cantik tu Eza terima dengan hati terbuka. Ecewah. Walaupun tulisan macam budak sebijik-sebijik hurufnya. Hehe. Terima kasih. Segala puji hanya kepada Allah. 

Mamapipie kata nak buat GA nanti. InsyaAllah Eza akan join ya untuk memberi sokongan yang tak berbelah bagi. Terima kasih sekali lagi sudi terima hadiahnya. InsyaAllah di lain kesempatan, Eza anjur lagi Segmen/Contest/Giveaway untuk para pembaca blog Eza. 

Pesanan khidmat masyarakat: 

Jaga diri baik-baik ya, kes covid semakin tinggi. Wabak COVID-19 is real. No joke! Make sure pakai face mask and handsanitizer selalu. Jika keluar rumah, balik rumah kena terus mandi. Makan supplement tambahan untuk antibody yang lebih kuat. Ada kawan-kawan kita ditimpa banjir. Banyak kerosakan harta benda. Sangat sayu mata memandang nasib mereka. Apatah lagi bahu yang memikul. Doakan untuk semua orang dipermudahkan segala urusan. Banyak bencana berlaku akhir-akhir ini, berdoalah kita agar sentiasa dilindungi. InsyaAllah. 

Catatan:

Pemenang lain iaitu Blogger As Samsudin dah dapat hadiah beliau. Tinggal seorang lagi blogger iaitu Mama Yan, Eza masih belum berkesempatan untuk post dek situasi semasa yang kurang mengizinkan. InsyaAllah Eza akan cuba selesaikan secepatnya. Entri ni dari semalam type, pagi ni baru dapat publish. Banyak halangan. HAHA. 

Update terkini: Eza dah pos hadiah Mama Yan pada 16/1/2021. Tracking number Eza dah email. 

Till then. 💕

Read More