Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Apa khabar di hujung minggu ni? Lepas settle taip entry ini, insyaAllah Eza terus je nak masak untuk juadah berbuka puasa nanti. Hari ini hari ke-5 kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa yang merupakan Rukun Islam yang ke-tiga. Alhamdulillah. Semoga Ramadhan kali ini memberi banyak erti yang bermakna. Tahun kedua menyambut Ramadhan dalam suasana negara masih dilanda pandemik COVID-19.
Ok berbalik kepada tajuk entry. Sebulan lalu, iaitu pada 13 Mac Eza ada join satu Giveaway ni. Boleh baca entry: GIVEAWAY SUKA-SUKA BY ANAKOMAK. Syarat simple dan mudah untuk join, so memang tak ada hal nak join.
Setiap kali join apa-apa contest, giveaway atau segmen Eza tak letak apa-apa harapan pun. Sebab aim utama nak masuk bloglist. Walaupun blog Eza masih sendu, tapi bila update nanti ada jugak yang sudi jenguk bila dah masuk bloglist blogger lain.
Pada 20 Mac pula pengumuman Pemenang GA. Jemput baca entry penganjur: TAHNIAH KEPADA PEMENANG SUKA-SUKA by ANAKOMAK6. Rezeki Eza alhamdulillah memenangi GIFT CARD STARBUCKS COFFEE bernilai RM50 dan felt craft comel berona biru yang sangat comel!
Actually masa dapat tahu menang tu dah happy sangat dah sebab menang felt craft comel. Sebab mungkin Eza terskip baca mengenai kad Starbucks tu. So, bila sampai hadiah boleh Eza tanya " Tak salah hantar ke ni?". Maaf ya Kak Ret. Memang bersyukur alhamdulillah dapat rezeki macam ini dapat belanja husband minum sekali😍😍😍😍😍. Felt craft tu korang boleh follow IG dia kat sini: felt_craft_chummy.
Terima kasih ya blogger Ako Tetap Ako atas hadiah yang diberikan. Semoga semakin murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Siapa yang tak follow lagi blog Ako Tetap Ako, jemput follow ya. Blogger yang dah lama berkecimpung dalam dunia blogging sejak tahun 2008. Salute!😍
Oklah, itu je nak update hari ni. Happy blogging semua.