TIPS BLOGGING: BLOGWALKING KE SANA KE SINI

Sabtu, Disember 05, 2020

 Assalamualaikum dan salam berhujung minggu. 

Apa khabar kawan-kawan blogger sekalian? 4 hari Eza tak update apa-apa new post ya. Previous post adalah 1 Disember. Apa tidaknya, memang keletihan dengan tugasan di siang hari. Minggu yang agak mencabar sampaikan balik rumah pun tidur awal before jam 9.00 malam. Letih sungguh ya otak berfikir. Namun hari ini, itu semua tolak sahaja ketepi, kita fikirkan semula Isnin depan. 

Kerja takkan selesai selagi kita masih dalam perkhidmatan. Jadi, hadapi sahaja dengan senyuman. Melihat ragam orang di tempat kerja, caca marba. Ada yang boleh dicontohi, ada yang boleh dielakkan, ada yang merisaukan. Itulah kehidupan kan. Tidak dijanjikan bulan bintang jatuh ke riba. Maka, berusahalah dengan gigih untuk rezeki yang lebih diberkati. 

Ok, panjang sungguh Eza bebel sebab tak berblogging lebih 3 hari. Haha! Itu memang hakikat ya. Eza tak rajin mana nak cerita hal kerja kat blog ni. Tapi mana yang dapat diambil iktibar, dipersilakan ya. 

Kita kembali ke Sri Pentasss.. #tiberrrr 😂😂😂

____________________________________________

BLOGWALKING merupakan gabungan perkataan BLOG dan WALKING. Definisi blogwalking adalah kita berkunjung/melawat/singgah blog orang lain. Biasanya, aktiviti blogwalking akan melibatkan blog yang tersenarai dalam bloglist atau reading list kita. Biasanya Eza berkesempatan untuk melakukan blogwalking semasa hujung minggu atau hari-hari cuti riang ria. Pendeknya, bukan semasa hari bekerja. My first trial untuk ber-blogwalking semasa working days menemui KEGAGALAN. Apa tidaknya, awal sangat mata mengantuk. Zzzz.. 😴😴😴

Aktiviti blogwalking mempunyai kepentingan/kelebihannya tersendiri:

  • Melatih diri untuk menjadi pembaca setia (loyal reader). Selalunya orang-orang loyal ini akan disayangi 😉😉😉. Sekaligus, blog kita pun akan selalu dilawati. 
  • Memupuk minat membaca pelbagai jenis genre bacaan. Setiap blog mempunyai identiti tersendiri meliputi cara penulisan, gaya bahasa, gaya penceritaan dan sebagainya. Terdapat kepelbagaian blog seperti masakan, informasi, gaya hidup dan sebagainya. Blog Eza ini macam biasalah, janjiku bahagia sahaja 😆😆😆.
  • Pencambahan idea dan penambahbaikan blog. Kita akan dapat idea-idea malar segar bila melawat ke blog yang sudah lama bertapak atau kata lainnya blogger berpengalaman. Dari situ, kita akan dapat menghasilkan suatu post yang berkualiti. Dari penambahbaikan pula, kita boleh menilai kesesuaian sesuatu gadget untuk diletak atau dibuang melalui aktiviti blogwalking ini. 
  • Beri sokongan kepada rakan bloggers yang lain. Biasakan diri untuk meninggalkan jejak seperti di ruangan komen dan shoutbox bagi tujuan interaksi. Kita juga boleh menzahirkan sokongan melalui penyertaan Segmen/Contest/Giveaway anjuran bloggers lain. Sokongan antara satu sama lain adalah penting ya adik, abang dan kakak. 
  • Berupaya untuk meningkatkan followers blog. Orang suka blog kita, orang akan follow. Orang tak sudi follow apakan daya. Jangan sekali-kali paksa kecuali suami sendirik 😜😜😜. HAHA.

Selesailah sudah lima kelebihan dan kepentingan BLOGWAKLING yang Eza boleh kongsikan dengan pakej infografik sekali. Kalau memanjang je kita update post kita tanpa beramah mesra dengan blogger lain, macam syok sendiri pulak ya. Kita dalam sebuah komuniti alam maya ini, kita memerlukan orang lain untuk menceriakan kehidupan yang begitu banyak pancarobanya. Ecewah!

Penulisan Eza dalam blogging ini, Eza sedaya upaya untuk menulis perkara yang bermanfaat walaupun sedikit. Semoga pembacaan korang di blog ini mendapatkan ilmu baharu dan perkongsian yang bermakna. 

Selamat berhujung minggu. 
Eza nak start jalan-jalan ke blog korang.
Salam kenalan dan salam ukhuwah fillah abadan abada. 

Read More

HORMAT itu mahal harganya

Selasa, Disember 01, 2020

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera warga pembaca sekalian. Hari ini hari pertama bulan Disember. Tinggal 30 hari lagi untuk melangkah ke tahun baharu 2021. Tahun yang mempunyai seribu satu cerita yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. 

Menyentuh mengenai nilai HORMAT. Kami suami isteri bertugas dalam satu jabatan yang sama tetapi berlainan unit. Jadi, hal-hal kerja yang melibatkan kedua belah pihak senang sampai ke telinga masing-masing. Urusan kerja perlu dilaksanakan dengan professional dan sedaya upaya tidak melibatkan emosi yang berlebihan. 

One day, husband said to me.. "Saya respect dengan cara awak bekerja. Even masih baru dalam perkhidmatan (almost 5 years), tapi cara awak bekerja boleh dijadikan contoh. Tak curi tulang dan sebagainya. Saya percaya bila awak ada rezeki naik pangkat nanti, awak akan jadi ketua yang baik." 😭😭 (Masa dengar ini Eza cool je, dalam hati sebaknya)

Sebenarnya, kata-kata husband itu amat menyentuh hati Eza. Dia nampak macam tak kisah pun tetapi seorang yang memerhati. Perasaan terharu macam menang anugerah. Sebak pun ada. Bagusnya penilaiannya di mata yang tersayang, semoga begitu juga di mata Tuhan. Selama ini, memang cakap kat diri sendiri "whatever you do, do the best you can do!" 😃

Apa yang Eza nak sampaikan sebenarnya, tak kira kita baru masuk kerja atau sudah bergelar senior buatlah sesuatu dengan terbaik. Walaupun mungkin tidak terbaik untuk orang lain, memadai terbaik untuk diri sendiri. Sampai satu masa, kita rasa bahagia dengan pekerjaan yang kita lakukan. 

Hormat ini mahal harganya. Tak semestinya kita pangkat tinggi orang akan hormat kita. Orang tak akan pandang pangkat pun kalau awak kerja aniaya orang, teriak orang sana sini. Jaga etika bekerja semasa di tempat kerja. Hal kerja, kerja. Hal peribadi tolak tepi, bawaklah hal peribadi tu dekat tepi laut semasa bersantai bersama keluarga. 

Secara jujurnya, Eza sangat respect dengan orang bersungguh kerja. Bukan depan je baik, rajin dan segala sifat positif ditonjolkan secara jelas. Tetapi, jadilah diri sendiri. Semampunya awak, seadanya awak. Jadilah diri awak yang sebenar. Sebabnya, kalau lakonan semata-mata, takut awak penat dengan lakonan sendiri. 

Pekerjaan yang baik adalah rezeki yang berkat. Buatlah dengan seikhlas hati. Gaji kecil tidak mengapa, yang penting mencukupi untuk keluarga. Bila gaji besar pula pastikan sumbernya dari yang halal sahaja dan tiada ketirisan di mana-mana. 

Menghormati dan dihormati adalah perkataan yang berbeza. Raihlah nilai hormat dengan amanah serta rasa tanggungjawab kepada diri sendiri, unit, jabatan, dan organisasi. 

Sekian dulu dari Eza 💕.

Ada flu sikit, semoga disegerakan kesembuhan.

Wassalam. 

Read More