Lee Zii Jia Juara Terbuka Seluruh England (All England) Tahniah Malaysia!

Sunday, March 21, 2021

Wakil tunggal negara yang layak ke peringkat akhir Badminton Terbuka Seluruh England (All England) di Birmingham ialah Lee Zii Jia. Seronok ada atlet Malaysia masuk final, malam ini tunggu siap-siap depan televisyen di TV1. Terima kasih RTM kerana menayangkan perlawanan secara langsung terus kepada rakyat Malaysia. 

Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki adalah di antara Lee Zii Jia dari negara kita Malaysia berdepan dengan pemain badminton lelaki Denmark, Viktor Axelsen. 

Kesungguhan LZJ sangat kelihatan sepanjang permainan dengan usaha bertubi-tubi membalas serangan pihak lawan. Pertahanan beliau juga agak kemas. Perlawanan sangat senget dengan corak permainan yang pantas dan tangkas dari kedua-dua pemain ini. Ayuh, Malaysiaku!
LZJ menang di set pertama yang berlanjutan hingga mata kemenangan 30-29. Set kedua pula menyebelahi Axelsen dengan pertarungan senget iaitu 22-20. Set penentuan iaitu set ketiga telah mengesahkan kejuaraan pemain negara dengan jumlah mata 21-9. 


Kemenangan ini merupakan kemenangan julung kalinya bagi pemain badminton negara, LZJ dalam Terbuka Seluruh England. Detik bersejarah ini amat bermakna bagi beliau dan juga kita rakyat Malaysia secara umumnya. 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Lee Zii Jia atas prestasi permainan yang sangat membanggakan dan sungguh bersemangat. Terima kasih kerana mengharumkan nama negara pada All England 2021 di Birmingham. 

Semoga terus maju jaya LZJ dalam arena badminton dan semoga menjadi atlet badminton yang disegani di mata dunia. Terus cemerlang, gemilang dan terbilang!
Read More

Menyukai suatu yang TERBAIK

Friday, March 19, 2021

 Assalamualaikum dan salam hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah hari ini kita diberi kesempatan lagi untuk bernafas di bumi Allah. Apa khabar? Eza doakan segala yang baik-baik sahaja untuk kalian sidang pembaca. Hari ni Eza ambil Cuti Rehat (CR) sebab banyak urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Husband pun macam tu jugak. Masa CR inilah nak selesaikan banyak perkara. Ye dak? 

Pastinya setiap individu inginkan yang terbaik dalam hidup. Doa pun yang baik-baik untuk diri sendiri. Kita sendiri kena doa untuk diri kita sendiri, orang lain belum tentu doakan kita. Jika ada yang sentiasa mendoakan kita pastinya mereka adalah ibubapa, suami/isteri ataupun anak-anak kita. Moga sentiasa dalam kalangan orang yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk kita seterusnya dikurniakan ibubapa, suami/isteri dan anak-anak yang soleh/solehah. Sama-sama kita sentiasa berdoa agar Allah kurniakan apa sahaja yang terbaik untuk kita semua. 

Oleh itu,

Bila jadi anak, jadilah anak yang terbaik,

Bila jadi suami/isteri, jadilah yang terbaik

Bila jadi kawan, jadilah kawan yang terbaik

Bila jadi ketua, jadilah ketua yang terbaik

Bila jadi pekerja, jadilah pekerja yang terbaik

Dalam alam pekerjaan, kita juga tidak lari dari tanggungjawab sebagai seorang pekerja untuk menjadi yang terbaik. Tiada istilah pertandingan mahupun perbandingan which is competition vs comparison. Cukuplah menjadi yang terbaik untuk diri sendiri. Sibukkan diri dengan urusan hakiki. Eza lebih gemar wujudkan rekod bila bekerja maksudnya ada benda dapat dirujuk. Sebab bila kita tak wujudkan rekod, orang boleh kata itu bukan workload kita. Padahal dah bertahun mengerah keringat untuk melaksanakan tugasan tersebut. Selalu doa agar Allah bagi bantuan bila kita tengah buntu dalam menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul. Mata Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Yakin, Allah sentiasa bersama di setiap ketika. 

Oleh itu, Eza kongsikan sepotong hadis melalui pembacaan buku berjudul 300 Hadis Bimbingan Ke Arah Mencari Redha Allah, penulisnya Dr. Haji Zahazan Mohamed Ahmad Hasan Mohd. Nazam. Buku ini ada buku hantaran suami sebagai hadiah semasa majlis pernikahan kami. Moga ada manfaatnya kepada kami dan para pembaca.

Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi.

Read More