NISFU SYA'BAN, AMPUNKAN KAMI YA ALLAH

Ahad, Mac 28, 2021

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Salam Nisfu Sya'ban. Lagi setengah purnama  kita menuju ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diberi kesempatan dan rezeki untuk merasai bulan puasa pada tahun ini. 

Malam ini merupakan malam di mana buku catatan amalan kita diangkat dan digantikan dengan buku catatan yang baharu. Malam ini juga merupakan peluang keemasan yang perlu kita rebut untuk meraih keampunan dari Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Malam ini merupakan Malam Pengampunan dari Allah.

"Ampunkanlah segala dosa kami, ya Allah. Tahun ini kami masih diduga dengan COVID-19. Ramai yang dijemput Ilahi, ramai juga yang masih berperang melawan penyakit ini. Lindungi kami, ya Allah. Selamatkan kami, ya Allah.."

Demikian juga terkandung dalam Surah Nuh iaitu surah ke-71, ayat ke-sepuluh membawa maksud:

Maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun". 

Tiada impian lain dalam kehidupan ini, hati ini hanya memerlukan keampunan dari Allah SWT. Tidak terhitung dosa-dosa yang telah dilakukan, alpa dengan dunia yang sementara dan kerisauan kepada makhluk yang mempunyai pelbagai ragam serta kisah tersendiri. Pahala pula boleh dihitung kerana terlalu sedikit jumlahnya. 

Sebenarnya tiada amalan khas sempena Nisfu Sya'ban merujuk laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah  Persekutuan. Namun, apa yang boleh dilakukan dan diusahakan adalah seperti yang berikut:

  • Berpuasa
  • Istighfar
  • Solat Taubat
  • Solat Hajat
  • Sedekah
  • Berdoa untuk diri sendiri dan orang lain
Bersama-samalah kita berusaha untuk jadi manusia yang lebih baik, umat yang lebih soleh dan solehah, insan yang menjaga agama dengan akhlaknya, istiqamah dalam beribadat dan sentiasa memperbaiki diri sendiri dari masa ke semasa. 

Jalan ke syurga itu bukan mudah tetapi tidak mustahil. Bimbing kami ke syurgaMu, ya Allah. Salam Nisfu Sya'ban. 

Read More

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog

Sabtu, Mac 27, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak update blog ya. Maklum sahaja balik kerja siap-siap masak then rasa kenyang. Mata pun layu. Dengan kurang sihatnya. Memang tertidur awal. Jadi hari ini bila tengok rakan blogger ada anjur Giveaway, haruslah beri sokongan padu. 

Nak join sekali, jemput click banner ni. 

Perasaan nak sambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini iaitu 1442 H. Eza ceritakan mengikut turutan bulan ya walaupun penceritaan ini pada 13 Syaaban. Okay, Eza mulakan penceritaan ya. 

Bulan Ramadhan Al-Mubarak penuh rahmat

Ramadhan kali ini, tahun kedua berpuasa dengan suami tersayang. Perasaannya agak teruja. Semangat nak sembahyang terawih di masjid berdekatan sebenarnya. InsyaAllah bila diizinkan Allah, kes COVID-19 pun mula menurun. Sembahyang dekat masjid ni aura dia lain, lebih ramai orang dan jumpa orang-orang yang sama-sama ingin mengerjakan ibadat di rumah Allah. Borak sia-sia memang taklah. Selalunya akan mengambil jalan untuk mendiamkan diri.Tak tahu nak diceritakan apa. Baik diam sahaja bukan? Rindu nak bersahur dan berbuka puasa dengan mama babah di kampung halaman. Menu semestinya teramat enak dengan masakan mama yang tiada tandingannya. MasyaAllah. Semoga segala ibadat kita pada tahun ini diterima Allah yang Maha Penyayang. 


Bulan Syawal Aidilfitri yang mulia

Perasaan menyambut syawal pula pada tahun ini agak sederhana dan minimalis konsepnya. Baju raya memang guna busana tahun lepas yang baru dipakai beberapa kali sahaja tahun lepas. Cuma ada syaratnya kami dua-dua kena weight loss dulu dalam dua bulan ini. Baju menyempit. Itulah kuat makan sangat. Bersenamnya kadang-kadang. InsyaAllah raya tahun ini akan disambut terutamanya hari raya pertama. Maklumlah di perantauan, sambut sehari dua cukuplah. Lain cerita pulak bila dapat balik kampung, sebulan tempoh raya sebulan itulah meraikan. Kita nantikan rezeki dan nikmat yang Allah nak berikan pada Syawal kali ini. 

Kali ini Eza nak tag rakan blogger Kak Mim dan Kak Shikin. Jemput join sekali ya. Hihi 💕😘

Oklah sekian dahulu entry penyertaan Eza. 
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua. InsyaAllah. 

Read More