Hello April - Appreciate Everything!

Friday, April 02, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita dah sampai ke bulan keempat dalam tahun 2021 iaitu bulan April. Sekejabnya masa berlalu. Tak lama lagi nak puasa. InsyaAllah kita sama-sama ada rezeki untuk merasai bulan Ramadhan pada tahun ini. 

Entry kali ini random je lah. Cerita apa yang terlintas di fikiran. Laptop Eza sebenarnya ada masalah sikit, bila tekan backspace/delete jadi enter. Mood pun agak berlari-larian di tepi pantai. Sebab nak edit sikit, rasa renyah. Tengok esok macam nak bawak pergi klinik PC, kot-kot boleh sembuh semula. Mudah-mudahan ya, ini je lah laptop yang Eza ada sejak lebih lima tahun yang lalu. InsyaAllah dalam target jugak nak ada satu set PC lengkap, skrin besar, laju dan berprestasi tinggi. Bajet dalam RM2000. Tapi itulah, masih ada benda yang hendak didahulukan. 

Eza juga merupakan antara petugas barisan hadapan yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19. Totalnya adalah dua dos. Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan menyalurkan vaksin ni secara percuma kepada rakyat Malaysia. Semoga dengan usaha ini Allah bantu negara kita untuk mengurangkan dan menghapuskan virus COVID-19 jahat ni di muka bumi. Lebih setahun lebih bertempur kepada musuh yang tak nampak tapi berbahaya dan meragut nyawa. Harapan Eza bila dah dapat vaksin ini risiko jangkitan semakin rendah dan boleh balik kampung halaman raya ni. Mudahkan segala permintaan dan urusan kami ya Allah. Rindu sangat dengan mama babah. Entah berapa kali dah tulis dalam blog ni. Kadang, masa telefon pun bergenang kolam air mata. Lepas letak telefon, burst la empangan air itu. Korang registerlah sekali untuk terima suntikan vaksin ni. InsyaAllah semua baik-baik sahaja. Memang ada kesan sampingan, cuma sementara sahaja. Banyakkan minum air suam. 

Bulan April ini juga kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Persediaan nak beli kurma dan bekalan makanan yang mencukupi. Hajatnya memang cuba khatam Al-Quran dan laksanakan solat sunat terawih serta witir. Moga kesihatan baik-baik sahaja. Alhamdulillah juga dah selesai ganti puasa pada tahun lepas. 

Hari Jumaat ni, husband ada satu share video. Lately dia selalu share benda baik-baik. Benda yang boleh buat kita fikir. Dia kata dalam sepuluh orang kita jumpa, mesti seorang yang baik. Kita tak boleh assume semua jahat. Pengajaran yang diperolehi daripada video yang dia kongsikan adalah,

No one has ever become poor from giving.. 

Hari ni cuti umum atau hai kelepasan am iaitu Cuti Good Friday. So, merasa jugaklah long weekend sekali lagi. Memang suka sangat long weekend. Tak suka nak turun kerja weekend in case ada arahan atau kecemasan. Husband pun macam tu. Weekend ini masa bersama keluarga. Mahal sangat harganya. Tak dapat dibeli masa dengan wang ringgit. Bab rezeki pulak insyaAllah jika sumbernya halal akan menjadi rezeki diberkati. 

Oklah sekian dahulu perkongsian hari ini. Harap korang baik-baik sahaja ya. 

Read More

NISFU SYA'BAN, AMPUNKAN KAMI YA ALLAH

Sunday, March 28, 2021

Assalamualaikum para pembaca sekalian. Salam Nisfu Sya'ban. Lagi setengah purnama  kita menuju ke bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga kita semua diberi kesempatan dan rezeki untuk merasai bulan puasa pada tahun ini. 

Malam ini merupakan malam di mana buku catatan amalan kita diangkat dan digantikan dengan buku catatan yang baharu. Malam ini juga merupakan peluang keemasan yang perlu kita rebut untuk meraih keampunan dari Allah. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Malam ini merupakan Malam Pengampunan dari Allah.

"Ampunkanlah segala dosa kami, ya Allah. Tahun ini kami masih diduga dengan COVID-19. Ramai yang dijemput Ilahi, ramai juga yang masih berperang melawan penyakit ini. Lindungi kami, ya Allah. Selamatkan kami, ya Allah.."

Demikian juga terkandung dalam Surah Nuh iaitu surah ke-71, ayat ke-sepuluh membawa maksud:

Maka aku berkata (kepada mereka), "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun". 

Tiada impian lain dalam kehidupan ini, hati ini hanya memerlukan keampunan dari Allah SWT. Tidak terhitung dosa-dosa yang telah dilakukan, alpa dengan dunia yang sementara dan kerisauan kepada makhluk yang mempunyai pelbagai ragam serta kisah tersendiri. Pahala pula boleh dihitung kerana terlalu sedikit jumlahnya. 

Sebenarnya tiada amalan khas sempena Nisfu Sya'ban merujuk laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah  Persekutuan. Namun, apa yang boleh dilakukan dan diusahakan adalah seperti yang berikut:

  • Berpuasa
  • Istighfar
  • Solat Taubat
  • Solat Hajat
  • Sedekah
  • Berdoa untuk diri sendiri dan orang lain
Bersama-samalah kita berusaha untuk jadi manusia yang lebih baik, umat yang lebih soleh dan solehah, insan yang menjaga agama dengan akhlaknya, istiqamah dalam beribadat dan sentiasa memperbaiki diri sendiri dari masa ke semasa. 

Jalan ke syurga itu bukan mudah tetapi tidak mustahil. Bimbing kami ke syurgaMu, ya Allah. Salam Nisfu Sya'ban. 

Read More