4 Cadangan Doorgifts Majlis

Sabtu, April 03, 2021

Doorgift merupakan cenderahati yang diberikan oleh tuan rumah yang menganjurkan sebarang majlis seperti Majlis Doa Selamat, Majlis Kesyukuran, Majlis Sambutan Hari Jadi, Majlis Pertunangan, Majlis Resepsi Perkahwinan mahupun Majis Perpisahan Pejabat. Suka juga bagi doorgift ni sebab tanda terima kasih orang sudi hadir ke majlis kita. 

Doorgift ini sebenarnya mengikut kemampuan kita. Bagi Eza pula biarlah doorgift ni memberi satu kenangan manis kepada para tetamu. Antara ciri-ciri doorgift pilihan Eza adalah bersaiz kecil, senang dibawa (tak bulky), harga berpatutan, kemas dan praktikal untuk dimakan atau digunakan. Ini mengambil kira pengalaman menguruskan majlis perkahwinan sendiri ya. Sekadar pendapat peribadi untuk berkongsi, boleh jugak dijadikan rujukan orang lain. 

1. Cookies. 

Ini menjadi pilihan Eza sebab Eza suka beri apa yang Eza suka. So, Eza ada berkenan sangat dengan cookies ni. Selalu order masa nak raya. Pernah order masa majlis farewell. So, why not bagi tetamu cookies dengan tetamu kan? Seller pun agak membantu dalam memberi cadangan bajet dan urusan packaging cookies. Masa majlis tu, Eza tempah 1100 pax. Tak cukup pun untuk tetamu yang datang. Ramai yang sudi hadir. Maaf ya, hanya mampu merancang. 

Happy sangat sebab lepas majlis banyak jugak yang share dekat sosial media dan bagitahu cookies tu sedap. Tambahan pula order cookies dari Kuching untuk dihantar ke Miri. Postage pula menggunakan kemudahan bas. Cepat dan selamat. Sampai dengan sangat baik tak ada biskut yang pecah atau rosak. Jauh betul perjalanan doorgift. 





Eza kongsikan maklumat seller melalui aplikasi Instagram iaitu mcookiesrangup. Boleh runding harga ikut bajet yang korang ada. Don't worry ok. Seller baik orangnya. 😘

2. Tuala Muka
Ini doorgift yang Eza sediakan untuk hari Sabtu sebab saudara mara dan orang kampung gotong royong untuk majlis kami. Tak expect ramai. Syukur ya Allah. Doorgift ini pun tak mencukupi. Tuala untuk lap-lap peluh setelah bertungkus lumus membantu keluarga Eza. Terutama bab sembelih seekor kerbau yang sihat fizikalnya. Terima kasih banyak ya semua. Tuala yang bagus tuala yang menyerap air dan tebal. Jangan bagi tuala yang alang-alang ya. Tak best bagi barang orang yang tak dapat guna. Bagi Eza sesuatu pemberian itu bagilah seperti membeli hadiah untuk diri sendiri. Jika kita suka hadiah tu, insyaAllah orang yang terima tu pun akan suka jugak. Ini pun Eza dapat feedback yang baik dari saudara mara sebab bagi tuala dengan kualiti yang bagus. Sebenarnya Eza yang bersyukur sangat-sangat. Moga Allah sahaja dapat balas jasa baik korang ya. 

3. Buku Kecil Al-Ma'thurat (Doa dan Zikir Harian)
Idea doorgift ini tercetus bagi memberkati Majlis Khatam Al-Quran sebelum acara NIKAH berlangsung. Terima kasih kawan-kawan mama yang solehah sudi mengimarahkan majlis ini. Semoga dengan doorgift ini ada pahala yang mengalir bila dibaca dan diamalkan oleh pembacanya. Masa majlis ni rasa sebak sangat. Alunan bacaan tilawah surah-surah pendek. Bacaan doa khatam dibaca oleh Eza sendiri atas permintaan mama. Tengah baca tu menangis pula, air mata jatuh ke pipi. Selesai doa tersebut, kawan-kawan mama datang peluk. Ada yang menangis dan cakap kenapa sebak sangat baca doa tadi? Mixed feeling sangat time ni. Banyak benda dalam fikiran. Nervous nak  nikah. Kena cepat salin baju lagi. Berdebar pun ada hingga ada beberapa kesalahan bacaan dengan pakai microphonenya. Kenangan oh kenangan.

4. Goodies bag kahwin (Dry food)
Eza pilih jenis non-woven bag jenis tebal agar tahan lama dan boleh digunakan selalu. Isi bag pula letak air minuman kotak, bihun, biskut dan Drinking Water Moma. Ini eza tak berapa ingat sangat. Kakak Eza bantu part ni sebab Eza dah sibuk uruskan perkara lain. Tapi basicnya kira macam itulah. Terima kasih kakak ku sayang. 

Itulah serba sedikit Eza dapat share mengenai pengalaman Eza membuat persiapan untuk majlis sendiri. Terima kasih sudi baca. Semoga majlis yang korang pun dipermudahkan Allah ya. 
Read More

Hello April - Appreciate Everything!

Jumaat, April 02, 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita dah sampai ke bulan keempat dalam tahun 2021 iaitu bulan April. Sekejabnya masa berlalu. Tak lama lagi nak puasa. InsyaAllah kita sama-sama ada rezeki untuk merasai bulan Ramadhan pada tahun ini. 

Entry kali ini random je lah. Cerita apa yang terlintas di fikiran. Laptop Eza sebenarnya ada masalah sikit, bila tekan backspace/delete jadi enter. Mood pun agak berlari-larian di tepi pantai. Sebab nak edit sikit, rasa renyah. Tengok esok macam nak bawak pergi klinik PC, kot-kot boleh sembuh semula. Mudah-mudahan ya, ini je lah laptop yang Eza ada sejak lebih lima tahun yang lalu. InsyaAllah dalam target jugak nak ada satu set PC lengkap, skrin besar, laju dan berprestasi tinggi. Bajet dalam RM2000. Tapi itulah, masih ada benda yang hendak didahulukan. 

Eza juga merupakan antara petugas barisan hadapan yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19. Totalnya adalah dua dos. Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan menyalurkan vaksin ni secara percuma kepada rakyat Malaysia. Semoga dengan usaha ini Allah bantu negara kita untuk mengurangkan dan menghapuskan virus COVID-19 jahat ni di muka bumi. Lebih setahun lebih bertempur kepada musuh yang tak nampak tapi berbahaya dan meragut nyawa. Harapan Eza bila dah dapat vaksin ini risiko jangkitan semakin rendah dan boleh balik kampung halaman raya ni. Mudahkan segala permintaan dan urusan kami ya Allah. Rindu sangat dengan mama babah. Entah berapa kali dah tulis dalam blog ni. Kadang, masa telefon pun bergenang kolam air mata. Lepas letak telefon, burst la empangan air itu. Korang registerlah sekali untuk terima suntikan vaksin ni. InsyaAllah semua baik-baik sahaja. Memang ada kesan sampingan, cuma sementara sahaja. Banyakkan minum air suam. 

Bulan April ini juga kita akan menyambut Bulan Ramadhan. Persediaan nak beli kurma dan bekalan makanan yang mencukupi. Hajatnya memang cuba khatam Al-Quran dan laksanakan solat sunat terawih serta witir. Moga kesihatan baik-baik sahaja. Alhamdulillah juga dah selesai ganti puasa pada tahun lepas. 

Hari Jumaat ni, husband ada satu share video. Lately dia selalu share benda baik-baik. Benda yang boleh buat kita fikir. Dia kata dalam sepuluh orang kita jumpa, mesti seorang yang baik. Kita tak boleh assume semua jahat. Pengajaran yang diperolehi daripada video yang dia kongsikan adalah,

No one has ever become poor from giving.. 

Hari ni cuti umum atau hai kelepasan am iaitu Cuti Good Friday. So, merasa jugaklah long weekend sekali lagi. Memang suka sangat long weekend. Tak suka nak turun kerja weekend in case ada arahan atau kecemasan. Husband pun macam tu. Weekend ini masa bersama keluarga. Mahal sangat harganya. Tak dapat dibeli masa dengan wang ringgit. Bab rezeki pulak insyaAllah jika sumbernya halal akan menjadi rezeki diberkati. 

Oklah sekian dahulu perkongsian hari ini. Harap korang baik-baik sahaja ya. 

Read More