Ikan Kembung Fresh Dari Laut

Sunday, September 05, 2021

 Assalamualaikum dan hai semua. 

Hujung minggu ni tengah buat apa? Masa hujung minggu ni sangat berharga untuk dihabiskan bersama keluarga. Very precious. Bagi suami Eza, masa inilah dia nak makan sedap bertambah nasi berpinggan-pinggan. Jadi sebagai isteri yang penyejuk hati dan mata, berusaha untuk masak menu yang istimewa selama dua hari berhujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad. Agitchuu.

Bila pergi market, kami akan ronda dulu satu kali pusingan sebelum nak membeli bahan basah seperti ikan, udang dan sebagainya. Bagi insan bernama Eza ni mana tahu sangat pasal ikan mana satu yang segar dan mana satu yang dah lama. Itulah peranan suami untuk memilih ikan yang terbaik untuk dijadikan lauk kami berdua. Lagipun dia ada latar belakang yang berkaitan. Kita serah sahaja pada yang pakar. Dalam konteks ini Pakar Ikan! Haha. 😆😆

Inilah hasil tangkapan kami di Pasar Ikan. Ikan Kembung Betina beli 1 kilogram dengan harga RM26 tapi abang seller bagi less RM1, jadi dapatlah RM25. Thank you abang seller. Menurut suami, pembelian ikan itu mengikut kriteria dan informasi yang berikut, 

  • Ikan tersebut baru dapat dan belum diais lagi, jadi rasanya akan lebih sedap dan manis walaupun sekadar masakan ringkas.
  • Ikan Kembung Betina boleh diperolehi oleh nelayan di persisir pantai, tidak seperti Ikan Kembung Jantan yang perlu pergi ke tengah lautan. 
  • Kaedah yang digunakan untuk menangkap ikan kembung ini adalah memukat.
  • Berkemungkinan besar nelayan menggunakan mata pukat berukuran dua inci dan panjang pukat 30 hingga 50 utas. 
  • Ikan kembung tempatan ini rasanya lebih enak berbanding ikan kembung import. Sebab tu harganya lebih tinggi.
  • Secara umumnya, Ikan Kembung Jantan harganya lebih mahal berbanding Ikan Kembung Betina. 
Situasi di Pasar Ikan, biasanya suami akan siku Eza sikit supaya tak beli sebarang. Mata dia tajam sikit daripada Eza yang lurus pembaris ni. Eza memang mengaku lack of knowledge dan experience pasal ikan-ikan dan yang sewaktu dengannya. Tiberr buat pengakuan. Haha. Ye lah, kita bahagi la kemahiran, tak perlu tahu semua. Eza begitulah seadanya. 😂😂😂

Pasar Ikan tempat kami beli ini terletak di Jalan Bendahari belakang Hotel Pullman, Miri. Luas kawasan ni tak ada masalah untuk penjarakan sosial dan patuhi SOP semasa pandemik. Baru pertama kali pergi, insyaALLAH akan pergi lagi next time. 

Sekian dahulu la cerita hari ni. Banyak kerja rumah pending lagi ni. Tambah aku bawa balik kerja balik rumah minggu ni. Bertabahlah ya, enjoy the moment. 😘😘😘

Read More

Finally, I am back to blogging!

Saturday, September 04, 2021

 Assalamualaikum dan hi semua. Apa khabar? 

Lama menyepi dan sekarang Eza dah kembali. Alhamdulillah, halangan nak berblogging tu sudah pulih seperti sedia kala di samping kerja-kerja pejabat yang jarang-jarang surut tugasannya. Rasanya semua sosial media Eza tak aktif sangat sepanjang dua bulan krik-krik-krik ni. 

Tak ada masalah besar mana pun. Just laptop buat hal. Asyik restart dan tak boleh guna. Masalah kat SSD. Itulah risikonya, bila nak tambah kelajuan laptop ni ada pulak perkara lain yang terjejas. Nasib ada warranty tiga tahun. So, SSD yang rosak tu diganti secara percuma. Jika melibatkan kos, memang Eza dah jadi harimau. Grrrr!

Ujiannya bertambar besar apabila kita sekarang masih dilanda pandemik yang belum berkesudahan, kedai-kedai yang bukan essential services tak buka, menyukarkan lagi urusan nak repair laptop kesayangan intan payung tidak bertepian. 

Dengan usia laptop yang melebihi lima tahun dan bateri sudah tidak berfungsi, Eza sangat bersyukur masih dapat menggunakan laptop berona maroon-merah-delima. Berkhidmatlah lebih lama lagi ya. InsyaAllah akan ada aset baru iaitu PC sebagai adik baru awak ya. Masih dalam perancangan, tetapi sudah mendapat kelulusan ketua keluarga. Semoga murah rezeki untuk memiliki PC tersebut. Ramai-ramai tolong doakan. 

InsyaAllah akan selalu update blog. Tak berani janji dulu. HAHA. Sejak ada Android TV ni, selalu layan KDrama sampai stay up ke pagi buta. Tambahan pula, ketua keluarga dah terjebak minat menonton sama. Terima kasih ya awak! Aci la saya sudi teman awak memancing apek (udang galah) guna perahu, awak sudi teman saya tengok kdrama. 

Sekian dahulu coretan Eza ya. Till then!💗

Read More