Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hai korang. Apa khabar hari Jumaat yang mulia ni?
Sebelum ini, Eza rasa hasilkan entry blog mudah sahaja. Taip taip taip, zap zap zap siap. Sekarang ni, nak post satu entry pun terkapai-kapai kelemasan. Overthinking sangat kot. Eza akan fikir macam-macam. Perlu share ke ni? Bermanfaat ke ni? Ataupun too personal? Haha. Nampak fikir jauh sangat. Sebab aku takut aku terlebih share entah apa-apa memandangkan husband aku jenis low profile. So, aku terikut. Mula lah Eza fikir patut tak berblogging lagi. Pastu, mungkin juga faktor usia yang semakin menua. Amboi Eza banyak betul alasan engkau. Macam banyak sangat readers ye dak? HAHA!
Untuk jadi seorang blogger perlukan beberapa faktor ini untuk terus menjadi blogger berjaya:
.png)
- Minat yang mendalam - Bila ada minat ni, semangat nak post entry akan berkobar-kobar. Sedia perkakas asas seperti sebijik laptop dan talian internet yang sepantas shinkanzen. Ibaratnya, walaupun ada halangan berskala kecil, tetap gigih draft entry demi kesinambungan blog sendiri. Moga minat Eza dengan blogging mendalam sedalam Lautan China Selatan. Amiin.
- Komitmen dan kesungguhan - Tanam azam yang kukuh untuk terus lestari sebagai blogger. Mungkin dalam 24 jam sehari, luangkan 1 jam sepenuhnya untuk update blog. Contoh blogger yang takda ciri ini, macam Eza Boom Boom la. Entry ke laut je semua. Awak kena improve diri awak Eza. Gituuu.
- Kerajinan yang tinggi - Nak buat sesuatu perkara perlukan sikap rajin. Rajin mencari bahan untuk entry. Rajin berusaha nak mencambah minda untuk menghasilkan sesebuah entry. Entry simple atau entry panjang, dua-dua memerlukan kerajinan. Perangai malas, apa pun tak jadi Eza ooii.
- Idea, Ilmu dan kreatif - Menulis semestinya memerlukan elemen idea, ilmu dan kreativiti dalam berkarya. Idea yang mantap dapat menghiburkan pembaca di samping mendapat engagement melalui ruangan komen. Ilmu juga penting agar kita dapat berkongsi perkara yang bermanfaat untuk pembaca blog. Kreativiti pula akan melahirkan keunikan identiti seseorang blogger. Orang baca je entry dah tahu siapa penulis melalui gaya bahasa yang dipamerkan.
Eza sengaja nak senarai faktor-faktor atas ni sebab Eza dah lama stop blogging. Nak mencari balik semangat ke-blogging-an yang hilang itu. Haruslah sedia faktor yang menpengaruhi diri sendiri to overcome the issue. Chewah. Bila diingat semula hampir setahun jugak rasanya. Tenggelam di dalam dunia kehidupan sendiri.
Eza nak share jugak sebab kenapa stop blogging sini sebab one day Eza baca balik, oh aku stop sebab gini-gini. Haaaa, kenangan. Lepas beranak ni, ada pelupa sikit. Harus letak di blog. HAHA. Sebabnya adalah:
- Busy kerja - Hal kerja ni tak dinafikan penat dia. Musim pandemik ke musim endemik ada je kesibukan yang tidak terperi. Penat tapi kena sabar demi rezeki yang halal dan berkat. InsyaAllah. So, sampai rumah, memang otak nak berehat setenang-tenangnya tanpa perlu buka laptop or PC. Dan tanpa perlu berfikir. Menulis ni kan perlu berfikir, walaupun sekadar pemikiran santai. Pekerjaan yang menggunakan otak penat dia lain macam. I decided taknak force. Nak blogging, when I am ready to do so. Darah tinggi nanti, yang makan ubat empunya badan sendiri jugak! Mental health amat penting tau. Please jaga elok-elok.
- Start pregnant - Ini reason utama ya. Entah kenapa jadi tak minat blogging, tiba-tiba. Habis segala faktor di atas terhakis secara totalnya. Jadi tak minat, tak rajin, takda idea dan sebagainya. Penangan first pregnancy. Itulah sebabnya hilang dari dunia blogging serta merta tanpa notis. Minat menulis pun pudar sepudarnya. Tapi alhamdulillah, urusan kerja hakiki tidak terjejas semasa tempoh mengandung ini. Bersyukur sangat.
.png)
Itu je lah Eza nak cerita sebenarnya. Stop kejab, baby nangis. Then sambung balik. Esoknya sambung lagi. Maka terhasil sebuah entry hari ini. Sekian dulu ya, jumpa lagi esok lusa. InsyaAllah.
Read More